Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 2/4)
Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 1/4)
Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 3/4)
Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 2/4)
2020-05-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (11)

Nota Editor:

“Tuhan tidak pernah berniat agar anak-anaknya menjadi lemah dan jatuh sakit; kehendak-Nya ialah mereka menjadi sihat dan kuat. Dia tidak mahu sepanjang hidup anak-anak-Nya dilanda kelemahan sampai hari menemui ajal. Sabda-Nya berkata, “Dan sebagaimana hari-harimu, demikianlah kekuatanmu” (Ul. 33:25).”

“Tuhan mengingini kekuatan anak-anak-Nya sama seperti hari-hari mereka, maka Dia berjanji bahawa Dia akan menjadi kekuatan mereka. Oleh itu, sebagaimana Tuhan hidup, kita juga akan hidup, dan demikian juga kekalnya kekuatan kita. Oleh sebab janji Tuhan ini, setiap hari apabila kita bangun pagi dan melihat fajar menyingsing, kita mempunyai iktikad untuk mengatakan bahawa disebabkan Tuhan hidup, kita pasti ada kekuatan untuk hari tersebut, baik kekuatan rohani mahupun kekuatan fizikal.”

Bible turut mencatatkan keadaan fizikal Kaleb. Selepas umat Israel masuk ke Kanaan, dia berkata, “...hari ini aku berumur lapan puluh lima tahun. Pada hari ini, aku masih kuat sama seperti pada hari Musa mengutus aku keluar. Sebagaimana tenagaku pada masa itu, demikianlah tenagaku sekarang untuk bertempur dan untuk keluar dan masuk” (Yos. 14:9-11). Daripada ini kita melihat seorang yang mengikut Tuhan dengan sepenuhnya, dan Tuhan menjadi tenaganya menurut janji-Nya, sehingga bahkan selepas empat puluh lima tahun, dia tetap tidak kehilangan mana-mana tenaganya.”

“Hari ini anak-anak Tuhan harus mengetahui bahawa Tuhan mengambil berat akan tubuh jasmani mereka. Tuhan bukan sahaja menjadi kekuatan roh kita, malah juga kekuatan tubuh jasmani kita. Pada zaman Wasiat Lama, kurnia tidak dimanifestasikan sebanyak hari ini, namun pekudus Wasiat Lama mengalami Tuan sebagai kekuatan fizikal mereka. Masakan berkat yang kita terima hari ini tidak setanding dengan mereka? Apa yang kita alami dalam tubuh seharusnya sama seperti apa yang dialami mereka. Jika kita tidak mengenali kekayaan Tuhan, barangkali kita berfikir Dia hanya mampu memberi kita sesuatu yang rohani. Namun jika kita mempunyai iktikad, kita tidak akan mengehadkan hayat dan kekuatan Tuhan kepada roh dan terlupa akan tubuh kita.”

“Suatu perkara yang kita beri penekanan khusus ialah: Hayat Tuhan bukan sahaja menyembuhkan penyakit kita, bahkan memelihara tubuh kita sentiasa sihat dan jauh daripada penyakit. Sebelum ini kita sudah berbicara tentang bagaimana Tuhan menyembuhkan penyakit kita. Sekarang kita ingin menekankan bahawa Tuhan menjadi kekuatan kita agar kita bukan sahaja jayeng atas penyakit, bahkan jayeng atas kelemahan. Tuhan tidak menyembuhkan kita agar badan kita sihat untuk terus hidup menurut hayat alamiah. Sebaliknya, Dia sendiri menjadi hayat tubuh kita agar tubuh kita juga dapat hidup melalui-Nya, dan menerima segala kekuatan yang diperlukan dalam kerja Tuhan.”

TUBUH

(CWWN SET 1, JIL 14, BAHAGIAN 10)

** Hakcipta GBC

BAB TIGA

TUHAN MENJADI HAYAT TUBUH (Bahagian 2/4)

Bacaan Bible:

Roma 4:19 “Dan dia tidak lemah dalam iktikadnya, meskipun dia menganggap tubuhnya sendiri sudah mati semasa berumur kira-kira seratus tahun dan rahim Sara juga sudah mati.”

Ul. 34:7 “Dan Musa berumur seratus dua puluh tahun ketika dia mati; matanya tidak kabur, dan kesegarannya juga tidak meninggalkannya.”

Yos. 14:10-11 “...Yehova telah memelihara aku supaya terus hidup, sebagaimana yang disabdakan-Nya, selama empat puluh lima tahun ini...Sekarang, lihatlah, hari ini aku berumur lapan puluh lima tahun. Pada hari ini, aku masih kuat sama seperti pada hari Musa mengutus aku keluar. Sebagaimana tenagaku pada masa itu, demikianlah tenagaku sekarang untuk bertempur dan untuk keluar dan masuk.”

PENGALAMAN PEKUDUS ZAMAN DAHULU

Tuhan tidak pernah berniat agar anak-anaknya menjadi lemah dan jatuh sakit; kehendak-Nya ialah mereka menjadi sihat dan kuat. Dia tidak mahu sepanjang hidup anak-anak-Nya dilanda kelemahan sampai hari menemui ajal. Sabda-Nya berkata, “Dan sebagaimana hari-harimu, demikianlah kekuatanmu” (Ul. 33:25). Pastinya kata-kata ini merujuk kepada tubuh. Selagi kita masih hidup untuk sehari lagi di bumi, selagi itulah Tuan menjanjikan kekuatan tubuh untuk hari itu. Tuhan tidak berniat membiarkan kita hidup sehari lagi tanpa memberi kita kekuatan untuk hari itu. Disebabkan percayawan tidak melatih iktikad untuk mengaplikasikan janji yang berharga ini, kekuatan mereka jauh ketinggalan daripada hari-hari mereka. Tuhan mengingini kekuatan anak-anak-Nya sama seperti hari-hari mereka, maka Dia berjanji bahawa Dia akan menjadi kekuatan mereka. Oleh itu, sebagaimana Tuhan hidup, kita juga akan hidup, dan demikian juga kekalnya kekuatan kita. Oleh sebab janji Tuhan ini, setiap hari apabila kita bangun pagi dan melihat fajar menyingsing, kita mempunyai iktikad untuk mengatakan bahawa disebabkan Tuhan hidup, kita pasti ada kekuatan untuk hari tersebut, baik kekuatan rohani mahupun kekuatan fizikal.

Mengalami Tuhan sebagai kekuatan tubuh, atau mengalami Tuhan memberi hayat kepada tubuh merupakan pengalaman yang lazim dalam kalangan pekudus zaman dahulu. Kita mendapati pengalaman ini pertamanya pada Abraham. Meskipun dia sudah “berumur kira-kira seratus tahun dan rahim Sara juga sudah mati” (Roma 4:19), disebabkan dia percaya kepada Tuhan, dia memperanakkan Ishak. Daripada ini kita melihat bagaimana kekuatan Tuhan dimanifestasikan menerusi tubuh yang seakan-akan sudah mati. Soal di sini bukan bagaimana keadaan tubuh kita tetapi bagaimana kekuatan Tuhan dalam tubuh kita.

Apabila kita membaca tentang Musa, Bible mencatat, “Dan Musa berumur seratus dua puluh tahun ketika dia mati; matanya tidak kabur, dan kesegarannya juga tidak meninggalkannya” (Ul. 34:7). Jelas sekali hayat Tuhan diekspresikan pada Musa.

Bible turut mencatatkan keadaan fizikal Kaleb. Selepas umat Israel masuk ke Kanaan, dia berkata, “Dan Musa bersumpah pada hari itu, dengan berkata, Pastinya tanah yang diinjak kakimu akan menjadi warisanmu dan anak-anakmu buat selama-lamanya kerana engkau mengikut Yehova Tuhanku dengan sepenuhnya. Sekarang, lihatlah, Yehova telah memelihara aku supaya terus hidup, sebagaimana yang disabdakan-Nya, selama empat puluh lima tahun ini, sejak Yehova membicarakan sabda ini kepada Musa semasa orang Israel berjalan melalui gurun tandus. Sekarang, lihatlah, hari ini aku berumur lapan puluh lima tahun. Pada hari ini, aku masih kuat sama seperti pada hari Musa mengutus aku keluar. Sebagaimana tenagaku pada masa itu, demikianlah tenagaku sekarang untuk bertempur dan untuk keluar dan masuk” (Yos. 14:9-11). Daripada ini kita melihat seorang yang mengikut Tuhan dengan sepenuhnya, dan Tuhan menjadi tenaganya menurut janji-Nya, sehingga bahkan selepas empat puluh lima tahun, dia tetap tidak kehilangan mana-mana tenaganya.

Apabila kita membaca Hakim-hakim dan melihat kekuatan Simson, kita jelas melihat Roh Kudus boleh memberi kekuatan yang begitu besar kepada tubuh manusia. Meskipun Simson telah melakukan banyak hal yang tidak bermoral, dan walaupun Roh Kudus tidak semestinya memberi kekuatan yang begitu besar kepada setiap percayawan, namun suatu perkara adalah pasti: Jika kita bergantung pada penghunian-Nya dalam kita, kita akan sentiasa beroleh kudrat-Nya untuk membekali segala keperluan kehidupan harian kita.

Dengan meneliti kidung-kidung Daud dalam Mazmur, kita boleh mendapati bagaimana Daud menerima kekuatan Tuhan dalam tubuhnya. Mazmur 18 ayat 1 berkata, “Aku mengasihi-Mu, O Yehova, kekuatanku.” Ayat 32 hingga 34 berkata, “Tuhan yang mengenakan kekuatan padaku / Dan menjadikan jalanku sempurna, / Yang membuat kaki aku bagaikan kaki rusa betina / Dan mendirikan aku di atas tempat-tempat tinggiku, / Yang mengajar tanganku berperang / Agar lenganku dapat melengkungkan busur tembaga.” “Yehova ialah cahayaku dan penyelamatanku; / Kepada siapa lagi aku harus takut?” (27:1). “Semoga Yehova memberikan kekuatan kepada umat-Nya” (29:11). “Tuhanmu telah memerintahkan kekuatanmu…Tuhan Israel, Dia memberikan kekuatan dan kudrat kepada umat” (68:28, 35). “Dia memuaskan waktu terbaik hidupmu dengan kebaikan, / Agar masa mudamu diperbarui seperti burung helang” (103:5).

Dalam mazmur-mazmur lain juga terdapat catatan Tuhan menjadi kekuatan kepada tubuh umat-Nya. Mazmur 73:26 berkata, “Tubuh dagingku dan hatiku melenyap, / Tetapi Tuhan itu batuan hatiku dan bahagianku buat selama-lamanya”. Mazmur 84:5 berkata, “Berberkatlah orang yang kekuatannya ada dalam Engkau”, dan 91:16 berkata, “Dengan melanjutkan hari-hari Dia Aku akan memuaskan-Nya, / Dan Aku akan menunjukkan penyelamatan-Ku kepada-Nya.”

Elihu memberitahu Ayub berkenaan hukuman Tuhan berserta kesudahannya dengan berkata, “Manusia juga dihukum dengan kesakitan di atas katilnya / Dan tulang-tulangnya bergelut selalu, / Sehinggakan hayatnya jijik akan roti, / Dan sukmanya jijik akan makanan yang sedap. / Dagingnya susut sehinggakan tidak kelihatan, / Dan tulang-tulangnya yang tidak kelihatan itu mula menonjol keluar. / Dan sukmanya menghampiri lubang dalam, / Dan hayatnya menghampiri pemusnah. / Jika bersama dengannya ada malaikat, Pentafsir, satu antara seribu, / Untuk menyatakan kepada manusia apa yang betul untuknya, / Maka Dia akan bermurah hati terhadapnya dan akan bersabda, Tebuslah dia daripada turun ke lubang dalam; / Aku telah mendapat wang penebusan. / Dagingnya akan menjadi lebih segar daripada zaman kanak-kanak; / Dia akan kembali kepada masa mudanya.” Inilah bagaimana hayat Tuhan diekspresikan menerusi seseorang yang sudah menghampiri ambang maut.

Penyabda Yesaya juga bersaksi tentang hal ini dengan berkata, “Lihatlah, Tuhan penyelamatanku; / Aku yakin dan tidak gentar; / Kerana Yah Yehova kekuatan dan kidungku, / Dan Dia telah menjadi penyelamatanku” (Yes. 12:2). Dia juga berkata, “Dia memberikan kudrat kepada yang lesu, / Dan Dia melipatgandakan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya. / Walaupun orang muda akan lesu dan menjadi penat, / Dan belia akan rebah keletihan, / Tetapi orang yang menantikan Yehova akan memperbarui kekuatan mereka; / Mereka akan mengembangkan sayap seperti burung helang; / Mereka berlari dan tidak menjadi penat; Mereka berjalan dan tidak lesu.” Semua ayat ini jelas merujuk kepada tubuh jasmani. Kekuatan Tuhan akan turun ke atas orang yang menantikan-Nya agar mereka dapat menjadi orang sedemikian.

Semasa Daniel nampak visi Tuhan, dia berkata, “Tidak ada kekuatan lagi dalamku, tetapi wajahku berubah menjadi pucat mati” (Dan. 10:8). Namun Tuhan mengutus malaikat untuk menguatkannya. Daniel menyebut perkara ini dan mencatatkan, “Dia yang mempunyai penampilan seperti manusia itu menyentuh aku sekali lagi dan menguatkan aku, dan dia berkata, Jangan takut, manusia kemestikaan. Damai sejahtera kepadamu. Kuatkan diri, ya, kuatkan diri. Dan ketika dia berbicara kepadaku, aku menerima kekuatan dan berkata, Berbicaralah, tuan, kerana tuan telah menguatkan aku” (ay. 18-19). Daripada petikan ini kita melihat dengan paling jelas bahawa Tuhan dapat memberi kekuatan kepada tubuh manusia.

Hari ini anak-anak Tuhan harus mengetahui bahawa Tuhan mengambil berat akan tubuh jasmani mereka. Tuhan bukan sahaja menjadi kekuatan roh kita, malah juga kekuatan tubuh jasmani kita. Pada zaman Wasiat Lama, kurnia tidak dimanifestasikan sebanyak hari ini, namun pekudus Wasiat Lama mengalami Tuan sebagai kekuatan fizikal mereka. Masakan berkat yang kita terima hari ini tidak setanding dengan mereka? Apa yang kita alami dalam tubuh seharusnya sama seperti apa yang dialami mereka. Jika kita tidak mengenali kekayaan Tuhan, barangkali kita berfikir Dia hanya mampu memberi kita sesuatu yang rohani. Namun jika kita mempunyai iktikad, kita tidak akan mengehadkan hayat dan kekuatan Tuhan kepada roh dan terlupa akan tubuh kita.

Suatu perkara yang kita beri penekanan khusus ialah: Hayat Tuhan bukan sahaja menyembuhkan penyakit kita, bahkan memelihara tubuh kita sentiasa sihat dan jauh daripada penyakit. Sebelum ini kita sudah berbicara tentang bagaimana Tuhan menyembuhkan penyakit kita. Sekarang kita ingin menekankan bahawa Tuhan menjadi kekuatan kita agar kita bukan sahaja jayeng atas penyakit, bahkan jayeng atas kelemahan. Tuhan tidak menyembuhkan kita agar badan kita sihat untuk terus hidup menurut hayat alamiah. Sebaliknya, Dia sendiri menjadi hayat tubuh kita agar tubuh kita juga dapat hidup melalui-Nya, dan menerima segala kekuatan yang diperlukan dalam kerja Tuhan. Semasa orang Israel keluar dari Mesir, Tuhan berkata kepada mereka, “Jika engkau mendengar suara Yehova Tuhanmu dengan teliti dan melakukan apa yang betul di mata-Nya dan memasang telinga kepada perintah-Nya dan mematuhi segala statut-Nya, Aku tidak akan meletakkan apa-apa penyakit padamu yang telah Aku letakkan pada orang Mesir; kerana Akulah Yehova yang menyembuhkan engkau” (Kel. 15:26). Janji ini telah digenapi sepenuhnya pada masa kemudian. “Tidak ada seorang pun dalam kalangan suku-Nya yang tersandung” (Mzm. 105:37). Semoga kita sedar bahawa Tuhan menyembuhkan kita bukan sekadar bermaksud Tuhan mengubati penyakit kita, malah Tuhan menjauhkan penyakit daripada kita dan memelihara kita sentiasa sihat dan kuat. Jika kita patuh sepenuhnya, tidak mengingkari kehendak Tuhan secara sengaja dalam apa-apa jua, dan dengan hati yang percaya menerima hayat Tuhan menjadi kekuatan tubuh kita, maka kita akan melihat bahawa Yehova tetap akan menyembuhkan kita. (bersambung...)

Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 1/4)
Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 3/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)