Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Tuhan Berperang Menerusi Hamba-hamba Utusan-Nya
Kristus, Batu Dikerat Bukan Dengan Tangan
Menjadi Pejayeng- Saksi-saksi Tuhan untuk Mengekalkan Kesaksian-Nya
Tuhan Berperang Menerusi Hamba-hamba Utusan-Nya
2020-09-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 1:18-19   Dan lihatlah, pada hari ini Aku membuat engkau menjadi kota berkubu dan menjadi tiang besi dan menjadi tembok tembaga menentang seluruh tanah, menentang raja-raja Yehuda, menentang pemimpinnya, menentang hentarnya serta umat tanah ini. Dan mereka akan memerangi engkau, tetapi mereka tidak akan mengatasi engkau, kerana Aku ada bersama denganmu untuk melepaskan engkau, isytihar Yehova.

[Tuhan] memanggil seorang pemuda yang bernama Yeremia dan mengamanatkannya untuk berbicara bagi-Nya. Apabila Yeremia memberi alasan dengan mengatakan bahawa dia masih muda dan tidak tahu bagaimana untuk berbicara, Yehova berkata kepadanya, “Janganlah engkau berkata, Aku masih muda, / Kerana ke mana sahaja Aku mengutus engkau, haruslah engkau pergi, / Dan segala-gala yang Aku perintahkan kepadamu haruslah engkau bicarakan. / Janganlah takut akan muka mereka, / Kerana Aku ada bersama denganmu untuk melepaskan engkau” (Yer. 1:7-8). Yehova bersambung dengan mengatakan bahawa Dia akan membuat Yeremia menjadi kota berkubu dan menjadi tiang besi dan menjadi tembok tembaga menentang seluruh tanah. Raja-raja, pemimpin, hentar, dan umat itu akan memeranginya, tetapi mereka tidak akan mengatasinya (ay. 18-19). Mereka yang memerangi Yeremia sebenarnya memerangi Yehova. Dia merupakan tentera solo Yehova. Tidak ada siapa-siapa yang dapat menewaskannya kerana Yehova ada bersama dengannya. Oleh itu, Yeremia tidak dapat lari daripada amanat Tuhan tetapi didesak untuk menerimanya.

Bible memberitahu kita bahawa di bumi sentiasa berlangsung suatu pertempuran yang sengit antara Tuhan dengan orang yang menentang-Nya dan memerangi-Nya. Tuhan tidak berperang menerusi diri-Nya secara langsung tetapi menerusi hamba-hamba-Nya yang telah diutus-Nya. Inilah keadaan pada masa Yeremia. Tuhan mengutus tentera-Nya — seorang pemuda yang bernama Yeremia — untuk memerangi orang yang menentang-Nya. Yeremia diperlengkapi Tuhan sehinggakan dia menjadi kota berkubu. Oleh sebab Tuhan ada bersama dengannya untuk menyelamatkannya, penentang-penentang itu tidak dapat mengatasinya. 

Dalam pemulihan Tuan hari ini, kita juga menghadapi penentangan, pengutukan, dan penolakan, dan kita juga harus berperang untuk Tuhan. Apabila kita diutus Tuhan untuk berperang bagi-Nya, Dia berperang menerusi kita. Dalam peperangan ini senjata kita ialah Tuhan sendiri dan kebenaran yang diwahikan dalam Bible.

**Dipetik daripada SKPP— Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 1, Hari 1.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Kristus, Batu Dikerat Bukan Dengan Tangan
Menjadi Pejayeng- Saksi-saksi Tuhan untuk Mengekalkan Kesaksian-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)