Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Kristus, Batu Dikerat Bukan Dengan Tangan
Kristus, Pejuang itu sebagai Sabda Tuhan
Tuhan Berperang Menerusi Hamba-hamba Utusan-Nya
Kristus, Batu Dikerat Bukan Dengan Tangan
2020-09-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Dan. 2:34   Tuanku sedang memandang sehinggalah satu batu dikerat bukan dengan tangan, dan batu itu menimpa patung itu pada kakinya yang daripada besi dan tanah liat lalu menghancurkannya.

Wahi 19:19-20   Dan aku nampak binatang itu dan raja-raja di bumi serta tentera mereka berhimpun bersama untuk berperang dengan Dia yang duduk di atas kuda dan dengan tentera-Nya...Binatang itu ditangkap, dan penyabda palsu...turut ditahan bersamanya...Kedua-dua ini dicampakkan hidup-hidup ke dalam tasik api yang membakar dengan belerang.

Daniel 2:34 mengatakan bahawa “satu batu dikerat bukan dengan tangan” menimpa “patung itu pada kakinya” dan “menghancurkannya”. Ayat 35 bersambung, “Kemudian besi, tanah liat, tembaga, perak, dan emas dihancurkan sekali gus, dan semuanya menjadi seperti sekam dari tempat pengirikan musim panas, dan angin menerbangkannya sehingga tidak ada kesan yang dijumpai.” Di sini, patung manusia besar menandakan agregat kerajaan manusia, manakala batu yang memukul bukan sahaja menandakan Kristus yang individu tetapi juga Kristus yang korporat. Pada lahiriahnya, bahagian-bahagian yang dibuat daripada emas, perak, tembaga, dan besi bukanlah masalah bagi Tuhan. Namun pada sepuluh jari kaki itu, terdapat satu masalah yang besar, kerana apabila kerajaan manusia mencapai tahap sepuluh jari kaki — tahap Antikristus dan sepuluh rajanya — kerajaan manusia akan berperang dengan Tuhan secara langsung. Oleh itu, kerajaan manusia bukan sahaja memberontak terhadap Tuhan, mengagung-agungkan orang, dan menyembah berhala, tetapi juga berperang dengan Tuhan secara langsung. Akan tetapi, Kristus, perjasadan Tuhan, akan datang bersama-sama pengantin perempuan-Nya untuk menghancurkan kerajaan manusia. 

Apabila Kristus datang sebagai batu yang memukul, Dia tidak akan datang seorang diri. Sebaliknya, Dia akan datang bersama dengan pengantin perempuan-Nya. Hal ini kerana apabila Kristus datang untuk berperang menentang Antikristus dan angkatan tenteranya, Dia akan datang sebagai Anak Manusia. Sebagai Anak Manusia, Dia memerlukan pasangan untuk berpadanan dengan-Nya dan melengkapkan-Nya. Pasangan ini akan menjadi pengantin perempuan-Nya. Setelah memperoleh dan mengahwini gereja sebagai pengantin-Nya, Kristus akan datang sebagai batu yang memukul. Jika Kristus tidak mempunyai pengantin perempuan, Dia akan berperang bersendirian dengan Antikristus dan angkatan tenteranya. Akan tetapi, Kristus akan mempunyai angkatan tentera, dan angkatan tentera ini ialah pengantin-Nya. Pada hari perkahwinan Kristus, Dia akan berkahwin dengan orang yang telah bertahun-tahun berperang menentang musuh Tuhan. Ini bermaksud bahawa Kristus akan mengahwini pejayeng yang telah mengatasi yang jahat itu, iaitu iblis (Wahi 12:11). Sebagai batu yang dikerat Tuhan, Kristus bersama dengan pejayeng-Nya — Kristus korporat — akan menimpa sepuluh raja berserta Antikristus (19:11-21) yang dilambangkan oleh sepuluh jari kaki pada patung manusia besar. Dengan berbuat demikian, Kristus korporat akan menghancurkan patung besar dari jari kaki ke kepala (Dan. 2:35); ertinya, Kristus korporat — Kristus bersama-sama pengantin-Nya yang baru berkahwin yang terdiri daripada para pejayeng — akan datang sebagai batu yang dikerat bukan dengan tangan dan menimpa kerajaan manusia sehingga menjadi cebisan. Dengan cara ini, Kristus bersama dengan pengantin perempuan-Nya akan menghapuskan kerajaan manusia.

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 6, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Kristus, Pejuang itu sebagai Sabda Tuhan
Tuhan Berperang Menerusi Hamba-hamba Utusan-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)