Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Menjadi Pejayeng- Saksi-saksi Tuhan untuk Mengekalkan Kesaksian-Nya
Tuhan Berperang Menerusi Hamba-hamba Utusan-Nya
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (156)
Menjadi Pejayeng- Saksi-saksi Tuhan untuk Mengekalkan Kesaksian-Nya
2020-09-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 1:9-10   Kemudian Yehova menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh mulutku, dan Yehova bersabda kepadaku, Lihatlah, Aku telah meletakkan sabda-Ku dalam mulutmu. Lihatlah, Aku telah melantik engkau pada hari ini atas bangsa-bangsa dan atas kingdom-kingdom untuk mencabut dan meruntuhkan, untuk memusnahkan dan merobohkan, untuk membina dan menanam.

Gereja Tuhan menjadi tandus, dan kebanyakan umat Tuhan telah gagal, kehilangan kedudukan mereka, dan tidak berupaya memenuhi keperluan Tuhan. Namun demikian, sepanjang dua ribu tahun yang lalu, sebilangan kecil pejayeng sentiasa dibangkitkan menjadi saksi-saksi Tuhan yang setia untuk mengekalkan kesaksian-Nya.…Sepanjang zaman-zaman, garis pejayeng tidak pernah terputus. 

Apabila umat mengatakan bahawa semuanya adalah aman dan baik serta mereka dapat melawan Babylon, Yeremia bangkit dan mengatakan bahawa semuanya tidak aman, dan mereka tidak akan berupaya melawan Babylon (Yer. 27:1-15).…Elia merupakan antikesaksian yang mengutuk; Yeremia pula merupakan antikesaksian yang menangis.…Elia memberitahu orang Israel bahawa mereka melayan Baal, bukan Yehova; hal ini perlu dikutuk.…Namun demikian, antikesaksian Yeremia berbeza.…Dia memberitahu mereka bahawa…mereka akan diserahkan kepada musuh, tetapi mereka pula percaya bahawa Tuhan akan menyelamatkan mereka. Oleh yang demikian, Yeremia menangis untuk mereka dan tidak mengutuk. 

Apabila umat Tuhan berada dalam keadaan tandus, kita perlu bangkit untuk menjadi antikesaksian. Dari satu segi, kita harus menegur dan mengutuk mereka untuk menunjukkan bahawa mereka tidak melayan Tuhan dengan hati yang murni, sebaliknya mengambil berat tentang tubuh daging serta mengikuti dunia demi kepentingan nama mereka sendiri, dengan mengambil Baal sebagai pusat mereka. Dari segi yang lain, kita harus meratap untuk keadaan mereka yang tidak mengenali Tuhan, kerana jelas sekali mereka telah kehilangan hadirat Tuhan biarpun mereka mendakwa Tuhan ada bersama dengan mereka, dan mereka telah kehilangan kurnia Tuhan biarpun mereka menganggap bahawa Tuhan penuh kurnia terhadap mereka. 

Elia bersaksi menentang berhala, manakala Yeremia bersaksi menentang damai sejahtera yang palsu. Elia merupakan seorang yang kuat (bd. 2 Raj. 1:10, 12), manakala Yeremia merupakan seorang yang lembut. Kita tidak harus menganggap bahawa orang yang lembut tidak dapat menjadi antikesaksian.…Pada zaman Elia, seseorang itu perlu kuat untuk menjadi antikesaksian menentang tuhan-tuhan yang palsu. Namun demikian, pada zaman Yeremia, orang Israel dalam keadaan yang amat menyedihkan; mereka akan dipimpin ke pembantaian tidak lama lagi, namun mereka masih mengatakan bahawa semuanya baik. Pada masa sedemikian, memang perlu adanya seorang yang lembut untuk menangis bagi mereka. Yeremia tidak menyebabkan langit menurunkan hujan, tetapi “hujan” datang daripada matanya. Dia menitiskan banyak air mata dan bertutur-sabda dalam air mata. Orang sedemikian dapat melunakkan hati orang lain.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 1, Hari 2.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Tuhan Berperang Menerusi Hamba-hamba Utusan-Nya
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (156)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)