Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
Inkarnasi dan Prinsip Inkarnasi
Apa itu pengalaman hayat?
Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
2020-12-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PRINSIP INKARNASI YANG DAPAT DILIHAT DALAM HAYAT PENCANTUMAN

    Paulus menulis 1 Korintus 7 dalam prinsip inkarnasi. Prinsip inkarnasi ialah Tuhan masuk ke dalam manusia dan membaurkan diri-Nya dengan manusia untuk menjadikan manusia satu dengan diri-Nya. Oleh itu, Tuhan berada dalam manusia dan manusia juga berada dalam Tuhan. Ini boleh diilustrasikan melalui pencantuman. Ketika dua pohon dicantum, kedua-dua pohon mesti dipotong. Pemotongan pada pohon pertama merupakan satu bukaan untuk penerimaan pohon yang satu lagi. Pohon kedua juga perlu dipotong supaya ia dapat diletakkan ke dalam pohon pertama. Kemudian kedua-dua potongan diletakkan bersama dan dua pohon itu mula bertumbuh bersama. Untuk kita dicantumkan ke dalam Kristus, Kristus dan kita mesti dipotong. Pemotongan ini dilakukan di atas salib Kristus. Kristus sebagai pohon zaitun baik yang ditanam (Roma 11:17-18; bd. Yoh. 15:1) telah dipotong menerusi kematian-Nya di atas salib. Kita juga dipotong melalui penyaliban kita dengan Kristus di atas salib (Gal. 2:20). Apabila kita percaya ke dalam Kristus dan dibaptis ke dalam-Nya, kita telah dicantumkan ke dalam Kristus; kedua-dua potongan diletakkan bersama, dan kita mula hidup bersama dengan Kristus. Pertukaran hayat tidak berlaku, sebaliknya dua hayat digabungkan dan mula bertumbuh bersama secara organik (Roma 6:4-5).

Inkarnasi dan Prinsip Inkarnasi
Apa itu pengalaman hayat?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)