Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Apa itu pengalaman hayat?
Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
Hati Baru
Apa itu pengalaman hayat?
2023-08-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Hayat ialah Tuhan sendiri. Hayat ialah Tuhan sendiri mengalir ke dalam kita untuk kita terima dan alami. Oleh itu, mengalami Tuhan bererti mengalami hayat. Semua pengalaman hayat itu mengalami Tuhan dan menyentuh Tuhan. Sebarang pengalaman yang tidak menyentuh Tuhan bukanlah pengalaman hayat.

 

Misalnya, sesetengah pertaubatan bukanlah hasil daripada pencahayaan Tuhan, tetapi hasil daripada manusia mengkaji diri sendiri. Oleh sebab pertaubatan itu tidak menyebabkan manusia menyentuh Tuhan, maka itu bukan pengalaman hayat. Jika sesuatu pertaubatan dihasilkan daripada pencahayaan Tuhan, maka pertaubatan itu pasti akan menyebabkan manusia menyentuh Tuhan, dan itu pengalaman hayat.

 

Segala-gala yang berpunca daripada kelakuan manusia sendiri tidak boleh dikira sebagai pengalaman hayat. Itu buatan manusia dan kerja manusia sendiri, bukan hasil daripada Tuhan melewati manusia atau hasil daripada manusia melewati Tuhan. Oleh itu, segala-gala yang berpunca daripada kelakuan manusia sendiri tidak boleh dikira sebagai pengalaman hayat.

 

Jadi, apakah yang boleh dikira sebagai pengalaman hayat? Pengalaman yang dihasilkan daripada Tuhan melewati manusia dan manusia melewati-Nya boleh dikira sebagai pengalaman hayat. Contohnya, semasa berdoa, kita bertemu dengan Tuhan, dicahayai, melihat kesalahan kita sendiri, dan menanggulangi kesalahan itu di hadapan Tuhan. Kita bukannya mengesan kesalahan sendiri, tetapi kita disentuh oleh Tuhan dalam batin, dan melihat kesalahan sendiri sewaktu kita mendekati Tuhan. Tuhan ialah cahaya. Apabila kita menyentuh-Nya, kita melihat kesalahan kita dalam cahaya-Nya. Maka secara spontan kita mengaku dosa kepada Tuhan dan memohon pembasuhan darah Tuan. Hasilnya, Tuhan melewati kita dan kita juga melewati Tuhan. Pengalaman sedemikian menyebabkan kita mengalami Tuhan. Oleh yang demikian, itu merupakan pengalaman hayat.

 

Pembaca yang dikasihi, semua pengalaman hayat berasal daripada Tuhan dan merupakan operasi Tuhan dalam kita; oleh itu, semua pengalaman ini dapat menyebabkan kita menyentuh Tuhan dan mengalami-Nya. Segala pengalaman yang bukan sedemikian bukanlah pengalaman hayat. Hal ini kerana hayat ialah Tuhan, dan mengalami hayat bererti mengalami Tuhan. Lantaran itu, sebarang pengalaman terhadap Tuhan yang sedemikian akan memaparkan hayat (Flp. 2:13-16).

 

Hanya pengalaman terhadap Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan yang sedemikian yang merupakan pengalaman hayat. Semua yang lain daripada ini tidak boleh dikira sebagai pengalaman hayat. Kamu boleh menggelar hal-hal itu sebagai kesungguhan hati, kehidupan keagamaan, atau pembaikan diri, tetapi kamu tidak boleh memanggilnya pengalaman hayat. Mengalami hayat bererti mengalami Tuhan, mengalami Kristus, dan mengalami Roh Kudus. Ini bukan hasil kerja kita sendiri atau usaha kita untuk membaiki diri, tetapi hasil daripada Tuhan beroperasi dalam kita, Kristus hidup keluar menerusi kita, dan Roh Kudus mengurapi dalam kita. Semoga kita mengejar pengalaman hayat ini.

 

Bacaan lanjut: Pengetahuan Hayat, bab 2

Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
Hati Baru
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)