Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Inkarnasi dan Prinsip Inkarnasi
Disposisi dan Kebergunaan
Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
Inkarnasi dan Prinsip Inkarnasi
2020-12-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

INKARNASI DAN PRINSIP INKARNASI

        Inkarnasi ialah Tuhan masuk ke dalam manusia untuk membaurkan diri-Nya dengan manusia. Tuhan berinkarnasi dalam Manusia Yesus Kristus. Dia ialah persona yang ajaib, persona yang unik, dengan mempunyai dua sifat. Dia mempunyai sifat divin dan sifat insani, namun kedua-dua sifat ini tidak berpisah; kedua-duanya berbaur bersama. Dia ialah Tuhan-manusia yang unik.    

        Kedua-dua sifat Kristus yang berbaur bersama boleh diilustrasikan dengan teh dan air. Teh mengandungi dua unsur: teh dan air. Apabila kita mengatakan bahawa kita sedang minum teh, kita sebenarnya minum teh dan air. Oleh yang demikian, kita boleh mengatakan bahawa kita sedang minum air teh. Tuhan boleh diumpamakan sebagai teh, dan manusia diumpamakan sebagai air. Sebagaimana teh dan air dibaurkan bersama untuk menjadi air teh, demikian juga Tuhan dan manusia berbaur bersama untuk menjadi Tuhan-manusia, Tuan Yesus. Tuhan-manusia ini ialah pembauran dua unsur, dua sifat, menjadi satu entiti tanpa menghasilkan sifat yang ketiga. Dalam air teh, kedua-dua unsur teh dan air kekal berbeza namun tidak berpisah. Kedua-duanya wujud bersama dalam cara pembauran. Halnya sama dengan Tuan Yesus sebagai Tuhan-manusia yang mempunyai dua sifat kedivinan dan keinsanan.

(Pengalaman Dan Pertumbuhan Dalam Hayat, m.s. 187)

Disposisi dan Kebergunaan
Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)