Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 2/4)
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 1/4)
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 3/4)
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 2/4)
2020-05-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (3)

Nota Editor:

Yang berikut ialah beberapa ungkapan terpilih daripada Dikbang Nee yang didapati dalam bacaan harian untuk para pekudus hari ini. Sudah pasti ungkapan ini harus dibaca sambil berdoa dalam konteks seluruh bab:

“Apabila ada sedikit kelemahan, penyakit, atau kesakitan, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka mulai mengasihi dan mengasihani diri sendiri, dan kehilangan ketenangan hati. Dalam keadaan demikian, sudah tentu mustahil bagi mereka menjalani kehidupan rohani.”

“Sudah tentu Bible tidak menghalang kita memberi sedikit jagaan kepada tubuh, kerana jika tidak, kita terpaksa menggunakan lebih masa sekiranya tubuh kita jatuh sakit. Pakaian, makanan, tempat tinggal semuanya diperlukan. Kadang-kadang rehat juga diperlukan. Namun maksud kita ialah kita tidak harus membiarkan hidup kita berpusatkan hal-hal ini. Kita harus makan bila lapar, minum bila haus, rehat bila letih, dan memakai baju bila sejuk. Akan tetapi, kita tidak harus membiarkan semua perkara ini menguasai hati kita, dan kita juga tidak harus membiarkan semua ini menjadi sebahagian daripada tujuan kehidupan kita. Kita tidak harus mendambakan semua ini.”

“Kita sebagai percayawan harus bersandar pada Roh Kudus yang memberi hayat kepada tubuh kita untuk menentang maut dalam tubuh.”

“Tuhan memberi hayat kepada tubuh kita adalah demi-Nya, supaya mulai hari ini kita hidup demi Dia.”

TUBUH

(CWWN SET 1, JIL 14, BAHAGIAN 10)

** Hakcipta GBC

BAB SATU

PERCAYAWAN DAN TUBUHNYA (Bahagian 2/4)

Bacaan Bible:

Roma 8:11-13 Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman. Dengan demikian, dikbang-dikbang, kita bukan penghutang kepada tubuh daging untuk hidup menurut tubuh daging; kerana jika kamu hidup menurut tubuh daging, kamu mesti mati, tetapi jika melalui Roh itu kamu mematikan amalan-amalan tubuh, kamu akan hidup.

Ini merupakan apa yang disediakan Tuhan untuk semua anak-Nya. Akan tetapi, berapakah orang percayawan yang benar-benar mengalami Roh Tuan memberi hayat kepada tubuhnya yang akan mati setiap hari? Bukankah banyak percayawan masih dipengaruhi konstitusi fizikal mereka, sehinggakan membahayakan hayat rohani mereka? Bukankah banyak yang sering gagal disebabkan kelemahan tubuh? Bukankah mereka masih tidak berupaya berbahagian dalam kerja Tuhan yang cergas disebabkan belenggu penyakit? Pengalaman percayawan hari ini belum berpadanan dengan persediaan Tuhan. Terdapat banyak sebab dalam perkara ini. Sesetengah orang adalah jahil, iaitu mereka tidak tahu bahawa Tuhan mempunyai persediaan sedemikian dalam Roh Kudus. Ada yang berfikir bahawa hal ini adalah mustahil disebabkan tidak percaya. Ada pula yang berfikir bahawa hal ini tidak ada kaitan dengan mereka kerana mereka tidak menghendakinya. Sesetengah orang pula tahu, percaya, dan memang menghendakinya, namun mereka tidak mempersembahkan tubuh sebagai korban hidup. Sebaliknya mereka mengharapkan Tuhan akan memberi dia kekuatan menerusi Roh Kudus supaya mereka dapat hidup demi diri sendiri. Oleh itu, mereka juga tidak dapat mengalaminya. Sekiranya percayawan benar-benar ingin hidup demi Tuhan, dan mereka menerapkan janji dan persediaan Tuhan ini melalui iktikad, mereka akan melihat bahawa Roh Kudus benar-benar akan memenuhi tubuh dengan hayat. (Kita akan lebih banyak berbicara berkenaan hal ini kemudian.)

Ayat 12 berkata, “Dengan demikian, dikbang-dikbang, kita bukan penghutang kepada tubuh daging untuk hidup menurut tubuh daging.” Ayat Bible ini dengan jelasnya membicarakan hubungan wajar antara percayawan dengan tubuh. Hari ini, kita tidak tahu berapa banyak percayawan yang telah menjadi abdi tubuh dengan sepenuhnya. Hayat rohani banyak percayawan terkurung sepenuhnya dalam tubuh mereka! Mereka seolah-olah dua orang yang berlainan: Semasa mereka “kembali kepada jati diri”, mereka berasa diri sendiri sangat rohani, sangat dekat dengan Tuhan, dan hayat rohani mereka sangat tinggi. Akan tetapi, semasa mereka hidup dalam tubuh daging luaran, mereka berasa diri mereka adalah jatuh, bersifat tubuh daging, dan berpisah dengan Tuhan. Mereka tunduk kepada tubuh mereka. Tubuh mereka seolah-olah menjadi beban mereka. Apabila ada sedikit kurang selesa, kehidupan mereka akan berubah. Apabila ada sedikit kelemahan, penyakit, atau kesakitan, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka mulai mengasihi dan mengasihani diri sendiri, dan kehilangan ketenangan hati. Dalam keadaan demikian, sudah tentu mustahil bagi mereka menjalani kehidupan rohani.

Kata-kata dutus “dengan demikian” menyambung ayat ini dengan teks sebelumnya. Saya percaya bahawa ayat ini merupakan susulan ayat 10 dan 11. Ayat 10 mengatakan bahawa tubuh adalah mati, sementara ayat 11 mengatakan Roh Kudus memberi hayat kepada tubuh. Berdasarkan dua keadaan tubuh ini, dutus berkata, “Dengan demikian, kita bukan penghutang kepada tubuh daging untuk hidup menurut tubuh daging.” (1) Memandangkan tubuh adalah mati akibat dosa, maka kita tidak boleh hidup menurutnya; jika tidak, kita akan berbuat dosa. (2) Memandangkan Roh Kudus memberi hayat kepada tubuh kita yang akan mati, maka kita sudah tidak perlu hidup menurut tubuh daging, kerana tubuh daging kita sudah tidak berhak untuk membelenggu hayat rohani kita lagi. Melalui persediaan Roh Kudus, hayat dalaman kita dapat memberi perintah kepada tubuh luaran kita secara langsung tanpa halangan. Dahulu, kita penghutang kepada tubuh daging. Kita tidak dapat menyekat keinginan, kegemaran, dan nafsu tubuh daging, oleh itu kita hidup menurutnya lalu berbuat banyak dosa. Akan tetapi, memandangkan hari ini kita ada persediaan Roh Kudus, nafsu tubuh daging tidak dapat memaksa kita berbuat apa-apa, bahkan kelemahan, penyakit dan kesakitan tubuh daging juga tidak dapat mengawal kita lagi.

Banyak orang menganggap bahawa tubuh daging mempunyai keinginan dan kegemaran yang sah, yang patut kita layani. Akan tetapi, dutus memberitahu kita bahawa kita “bukan penghutang kepada tubuh daging”; kita langsung tidak terhutang apa-apa kepada tubuh daging. Selain menjaga tubuh daging dalam keadaan yang wajar agar menjadi wadah Tuhan, kita tidak terhutang apa-apa kepadanya. Sudah tentu Bible tidak menghalang kita memberi sedikit jagaan kepada tubuh, kerana jika tidak, kita terpaksa menggunakan lebih masa sekiranya tubuh kita jatuh sakit. Pakaian, makanan, tempat tinggal semuanya diperlukan. Kadang-kadang rehat juga diperlukan. Namun maksud kita ialah kita tidak harus membiarkan hidup kita berpusatkan hal-hal ini. Kita harus makan bila lapar, minum bila haus, rehat bila letih, dan memakai baju bila sejuk. Akan tetapi, kita tidak harus membiarkan semua perkara ini menguasai hati kita, dan kita juga tidak harus membiarkan semua ini menjadi sebahagian daripada tujuan kehidupan kita. Kita tidak harus mendambakan semua ini. Semua perkara ini harus datang mengikut keperluan dan pergi mengikut keperluan, dan tidak sepatutnya kekal lama dalam kita. Semua ini tidak patut menjadi idaman kita. Kadang-kadang tubuh mempunyai keperluan seperti ini, namun disebabkan kerja Tuhan atau keperluan lain yang lebih penting, kita sepatutnya dapat menghentam diri kita dan tidak dikuasai tubuh. Keadaan disipal yang mengantuk di Taman Getsemani dan kelaparan Tuan Yesus di tepi perigi di Sikhar menunjukkan bahawa kita perlu mengatasi bahkan terdapatnya keperluan yang sah. Jika tidak, keperluan ini akan membawa kegagalan. Kita bukan penghutang kepada tubuh daging. Oleh itu, kita tidak harus berbuat dosa disebabkan nafsu tubuh daging, dan kita juga tidak harus mengurangkan kerja rohani disebabkan kelemahan tubuh daging.

Ayat 13 berkata, “Kerana jika kamu hidup menurut tubuh daging, kamu mesti mati, tetapi jika melalui Roh itu kamu mematikan amalan-amalan tubuh, kamu akan hidup.” Memandangkan Tuhan mempunyai persediaan ini, jika percayawan enggan menerimanya sebaliknya ingin hidup menurut tubuh daging, maka mereka pasti akan dihukum.

“Jika kamu hidup menurut tubuh daging, kamu mesti mati.” Perkataan “mati” di sini dan “hidup” dalam ayat seterusnya mempunyai beberapa maksud. Kami akan menyebut satu maksudnya, iaitu kematian tubuh. Berhubungan dengan dosa, tubuh kita adalah “mati”. Berhubungan dengan akibatnya, tubuh kita “akan mati”. Jika kita hidup menurut tubuh daging, tubuh yang akan mati ini akan menjadi tubuh yang “hampir mati”. (“Mesti mati” dalam ayat ini asalnya bermaksud “hampir mati”.) Sekiranya kita hidup menurut tubuh daging, dari satu segi kita tidak menerima hayat yang diberi Roh Kudus kepada tubuh, dari segi yang lain kita mempercepat kadar penuaan tubuh. Semua dosa memudaratkan tubuh. Semua dosa menunjukkan kesannya dalam tubuh, dan kesan ini ialah maut. Kita sebagai percayawan harus bersandar pada Roh Kudus yang memberi hayat kepada tubuh kita untuk menentang maut dalam tubuh. Jika tidak, maut dalam tubuh akan mempercepat kerjanya

“Jika melalui Roh itu kamu mematikan amalan-amalan tubuh, kamu akan hidup.” Kita tidak harus sekadar menerima Roh Kudus sebagai pemberi hayat kepada tubuh kita, malah kita harus menerima Dia sebagai pembunuh amalan-amalan tubuh kita. Jika kita abai dalam hal mematikan amalan-amalan tubuh melalui Roh Kudus, kita tidak boleh mengharapkan Roh Kudus untuk memberi hayat kepada tubuh kita. Kita hanya dapat hidup dengan mematikan amalan-amalan tubuh melalui Dia. Jika tubuh hendak hidup, amalan tubuh harus mati dahulu. Jika tidak, maut akan segera menimpa. Inilah kesilapan banyak orang; mereka menyangka bahawa mereka dapat hidup demi diri sendiri, menggunakan tubuh mereka untuk berbuat sesuka hati, dan masih menerima hayat daripada Roh Kudus untuk tubuh mereka supaya tubuh mereka kuat tanpa penyakit. Roh Kudus memberi hayat dan kudrat kepada orang agar orang hidup demi diri sendiri! Bagaimana mungkin hal ini terjadi? Tuhan memberi hayat kepada tubuh kita adalah demi-Nya, supaya mulai hari ini kita hidup demi Dia. Jika kita tidak mempersembahkan diri secara menyeluruh, Roh Kudus memberi kita kesihatan, kekuatan, dan tenaga hanyalah membuat kita lebih-lebih lagi hidup demi diri sendiri! Banyak percayawan yang mengejar Roh Kudus supaya hayat dapat diberi kepada tubuh mereka harus sedar bahawa mereka tidak dapat menerima apa-apa yang diminta sekiranya mereka tidak memberi perhatian kepada butir ini.

Tubuh kita asalnya bukan berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi, kita dapat mengawal tubuh menerusi Roh Kudus. Dia memberi kita kudrat untuk mematikan amalan-amalan tubuh. Setiap percayawan pernah mengalami nafsu dalam anggotanya, yang merangsang tubuh untuk bangkit memuaskan permintaan nafsu dengan menggunakan anggota tubuh, dan dia juga melihat betapa tidak terdayanya dia untuk mengatasi ini. Akan tetapi, menerusi (atau melalui) Roh Kudus, dia dapat berbuat demikian. Ini merupakan butir yang sangat penting. Memang tidak berguna langsung bagi diri menyalibkan diri sendiri. Hari ini, banyak percayawan yang memahami kebenaran penyaliban bersama, tetapi amat sedikit orang yang benar-benar mengekspresikan hayat ini. Bagi kebanyakan orang, kebenaran penyaliban bersama ini sekadar satu ajaran. Mereka tidak melihat kedudukan Roh Kudus dalam penyelamatan. Mereka tidak tahu bahawa Roh Kudus bekerja bersama dengan salib. Jika hanya ada salib tanpa Roh Kudus, salib itu langsung tidak berguna. Hanya Roh Kudus yang dapat “mengaplikasikan” segala yang disempurnakan salib, dan hanya Dia yang dapat menjadikannya pengalaman kita. Selepas mendengar kebenaran salib, jika kita tidak membiarkan kebenaran ini menjadi benar dalam kehidupan kita “menerusi Roh Kudus”, segala yang kita lihat itu sekadar teori sahaja.

Memang baik untuk mengetahui bahawa “manusia lama kita telah disalibkan bersama dengan-Nya supaya tubuh dosa dapat dimansuhkan”. Akan tetapi, jika kita tidak “menerusi Roh Kudus”—menerusi kudrat Roh Kudus dan dalam Roh Kudus—mematikan amalan-amalan tubuh, pengetahuan tentang kebenaran ini tidak dapat menyelamatkan kita daripada amalan tubuh. Banyak percayawan jelas memahami serta menerima kebenaran salib, namun kebenaran ini sedikit pun tidak berkesan pada mereka. Ini menyebabkan mereka meragui sama ada penyelamatan salib dari segi praktikal itu benar atau tidak. Tidaklah hairan jika mereka berfikir demikian, kerana mereka telah lupa bahawa Roh Kuduslah yang dapat mengubah salib menjadi pengalaman. Hanya Dia yang dapat menjadikan penyelamatan itu nyata kepada kita, namun Dia telah dilupakan manusia. Oleh itu, melainkan seseorang percayawan menyangkal diri sepenuhnya dan yakin sepenuhnya pada kudrat Roh Kudus—mengenderai kudrat Roh Kudus—untuk mematikan amalan-amalan tubuh, maka kebenaran yang diketahuinya sekadar teori sahaja. Hanya dengan kudrat pematian daripada Roh Kudus, barulah hayat dapat diberi kepada tubuh. (bersambung…)

Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 1/4)
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 3/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)