Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 1/4)
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 2/4)
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 1/4)
2020-04-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (2)

Nota Editor:

Bermula daripada “Bacaan Harian untuk Para Pekudus” ini, kami ingin menyajikan pandangan dan persekutuan Dikbang Nee berkenaan percayawan dan tubuhnya sebagaimana dilihat dari sabda Tuhan. Berikut adalah petikan dari bab “Percayawan dan Tubuhnya” (CWWN, Set 1, Jilid 14, Bahagian 10, The Body)

Satu Korintus 6:20 berkata, “Kerana kamu telah dibeli dengan harga yang tinggi. Jadi, muliakan Tuhan dalam tubuhmu.”…Dikbang-dikbang, Tuhan hendak kita memuliakan-Nya dalam tubuh kita. Dia hendak kita memuliakan-Nya menerusi persembahan yakni “tubuh [adalah]…untuk Tuan,” Dia hendak kita juga memuliakan-Nya menerusi kurnia yakni “Tuan [adalah] untuk tubuh.” Hendaklah kita berwaras dan berjaga-jaga, dengan tidak membiarkan diri kita menggunakan tubuh kita untuk diri sendiri, atau membiarkan tubuh kita jatuh ke dalam keadaan seperti Tuan adalah bukan untuk tubuh. Dengan sebegitulah kita berupaya memuliakan Tuhan, dan dengan begitulah Dia berupaya memanifestasikan kudrat-Nya secara bebas. Maka, dari satu segi, kita akan dibebaskan dari kepentingan diri, kasih diri, dan dosa, dan dari segi yang lain, kita akan dibebaskan dari kelemahan, kesakitan, dan keperitan.

TUBUH

(CWWN SET 1, JIL 14, BAHAGIAN 10)

** Hakcipta GBC

BAB SATU

PERCAYAWAN DAN TUBUHNYA (Bahagian 1/4)

Bacaan Bible:

1 Kor. 6:13b “Tubuh…untuk Tuan, dan Tuan untuk tubuh.”

1 Kor. 6:19 “…tubuhmu ialah bait Roh Kudus yang ada dalam kamu…”

1 Kor. 6:20 “Kerana kamu telah dibeli dengan harga yang tinggi. Jadi, muliakan Tuhan dalam tubuhmu.”

Kita perlu mengetahui kedudukan tubuh di mata Tuhan. Sesiapa pun tidak dapat menafikan hubungan antara tubuh dengan roh. Selain roh dan sukma, kita juga ada tubuh. Sungguhpun intuisi, persekutuan, dan zimah kepunyaan roh kita adalah sangat kuat dan sihat, dan sungguhpun emosi, minda serta tekad kepunyaan sukma kita juga telah diperbarui, namun sekiranya tubuh luaran kita masih tidak sihat dan diperbarui agar sepadan dengan roh dan sukma kita, maka kita masih tidak dapat menjadi seorang yang rohani. Kita tidak boleh dikira lengkap dan kita masih kekurangan sesuatu. Sebagai manusia, kita bukan sahaja ada roh dan sukma, malah kita ada tubuh. Kita tidak boleh mengabaikan tubuh dan hanya mementingkan roh dan sukma. Kalau begitu, hayat kita akan layu.

Tubuh diperlukan dan adalah penting; jika tidak, Tuhan tidak akan memberi manusia sebuah tubuh badan. Jika kita membaca seluruh Bible secara teliti, kita akan melihat bahawa Tuhan memang memberi penekanan kepada tubuh manusia. Hampir segala hal yang tercatat dalam Bible ada kaitan dengan tubuh. Yang paling nyata dan yang paling meyakinkan ialah perkara inkarnasi. Anak Tuhan mengenakan tubuh yang mempunyai darah dan daging. Sungguhpun Dia telah melalui kematian, namun Dia masih memakai tubuh ini sampai keabadian.

ROH KUDUS DAN TUBUH

Roma 8:10 hingga 13 memberitahu kita secara terperinci tentang keadaan tubuh kita (percayawan), bagaimana Roh Kudus membantu tubuh kita, dan sikap kita yang wajar terhadap tubuh. Selepas kita memahami beberapa ayat ini, kita tidak akan silap berkenaan kedudukan tubuh percayawan dalam rancangan penebusan Tuhan.

Ayat 10 berkata, “Jika Kristus berada dalam kamu, meskipun tubuh adalah mati akibat dosa, tetapi roh ialah hayat kerana keadilbenaran.” Pada asalnya tubuh dan roh kita adalah mati. Akan tetapi, setelah kita percaya kepada Tuan Yesus, kita menerima Dia ke dalam kita untuk menjadi hayat kita. Kristus (menerusi Roh Kudus) huni dalam percayawan. Ini merupakan kebenaran injil yang paling penting. Setiap percayawan, tidak kira betapa lemahnya dia, mempunyai Kristus huni dalamnya. Kristus ini ialah hayat kita. Semasa Dia masuk ke dalam kita, Dia menghidupkan roh kita. Hal ini telah kita lihat sebelum ini. Pada asalnya, roh dan tubuh kita adalah mati, namun oleh sebab kita beroleh Kristus huni dalam kita, maka roh kita menjadi hidup. Dahulu kedua-dua roh dan tubuh adalah mati, namun sekarang roh sudah hidup; tinggal lagi tubuh yang masih mati. Inilah keadaan lazim bagi setiap percayawan—tubuh adalah mati sementara roh adalah hidup.

Disebabkan pengalaman ini (yang dikongsi oleh semua percayawan), terdapatnya perbezaan besar antara bahagian luaran dengan bahagian dalaman percayawan. Manusia dalaman kita penuh dengan hayat, namun bahagian luaran penuh dengan maut. Kita merupakan orang yang hidup; roh kita penuh dengan hayat, namun kita huni dalam tubuh yang mati. Dengan kata lain, hayat dalam roh kita sama sekali berbeza dengan hayat dalam tubuh kita. Hayat dalam roh benar-benar ialah hayat, manakala hayat dalam tubuh sebenarnya ialah maut, kerana tubuh kita masih merupakan “tubuh dosa”. Tidak kira betapa majunya hayat rohani seseorang percayawan, tubuhnya masih “tubuh dosa”. Kita masih belum memiliki tubuh yang bangkit, tubuh yang mulia dan rohani itu. Penebusan tubuh kita hanya akan berlaku pada masa hadapan. Hari ini tubuh kita sekadar sebuah “wadah tanah”, “tabernakal di bumi”, yang masih “hina”. Walaupun dosa telah diusir dari roh dan tekad, namun penebusan tubuh masih merupakan hal pada masa hadapan. Oleh yang demikian, dosa belum lagi diusir dari tubuh. Disebabkan dosa masih berada dalam tubuh, maka tubuh adalah mati. Inilah maksudnya “tubuh adalah mati akibat dosa”. Namun demikian, pada masa yang sama roh kita adalah hidup, ataupun dengan lebih tepat lagi, roh kita ialah hayat. Hal ini kerana roh kita telah beroleh hayat disebabkan keadilbenaran Kristus. Ketika kita percaya kepada Kristus, kita telah menerima (1) keadilbenaran Kristus dan (2) justifikasi Tuhan. Dalam kes pertama, Kristus memberikan keadilbenaran-Nya kepada kita. Hal ini benar-benar berlaku dan bukan suatu perumpamaan. Kristus memberikan keadilbenaran-Nya kepada kita, seperti seseorang mengagihkan benda fizikal di dunia. Dalam kes kedua, Tuhan menerusi Kristus telah mengira kita sebagai adilbenar. Ini hanya suatu prosedur di sisi undang-undang. Jika keadilbenaran tidak diberikan, tidak akan ada justifikasi. Apabila kita menerima Kristus, kita beroleh justifikasi daripada Tuhan dari segi kedudukan. Pada masa yang sama, dari segi hakiki, Dia mengagihkan keadilbenaran Kristus kepada kita, agar Kristus masuk ke dalam kita menjadi hayat kita, supaya roh kita yang mati itu hidup semula. Atas sebab ini, Roma 8:10 mengatakan bahawa “roh ialah hayat kerana keadilbenaran”.

Ayat 11 berkata, “Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.” Ayat sebelumnya mengatakan bagaimana Tuhan menjadikan roh kita hayat, dan ayat ini mengatakan bagaimana Tuhan membolehkan tubuh kita beroleh hayat. Ayat 10 mengatakan bahawa roh adalah hidup; tubuh masih mati. Ayat ini seterusnya mengatakan bahawa tubuh juga dapat menjadi hidup selepas roh dihidupkan. Mula-mulanya dikatakan bahawa roh adalah hidup kerana Kristus huni dalam kita; kemudian dikatakan bahawa tubuh adalah hidup kerana Roh Kudus huni dalam kita. Roh Kudus ingin memberi hayat kepada tubuh kita.

Kita sudah melihat bagaimana tubuh kita adalah mati. Walaupun cangkerang tubuh itu tidak mati, namun ia tetap menuju ke kubur. Berbicara dari segi rohani, tubuh ini juga dikira sudah mati. Walaupun berbicara dari segi manusia, tubuh itu berhayat, namun pada pandangan Tuhan, hayat itu adalah maut kerana dipenuhi dosa. “Tubuh adalah mati akibat dosa.” Dari satu segi, walaupun tubuh mempunyai kekuatan, namun kita tidak harus membiarkannya mengekspresikan hayatnya. Tubuh tidak harus mempunyai apa-apa tindakan kerana tindakan hayatnya hanyalah maut. Dosa merupakan hayat tubuh, dan dosa merupakan kematian rohani. Oleh itu, tubuh hidup melalui sejenis kematian rohani. Dari segi yang lain, kita tahu bahawa kita harus bersaksi untuk Tuhan, melayan Tuhan, serta melakukan kerja Tuhan. Semua ini memerlukan kekuatan tubuh. Memandangkan dari segi rohani, tubuh adalah mati dan hayatnya sebenarnya ialah maut, bagaimanakah kita dapat menggunakan tubuh kita untuk memenuhi permintaan hayat rohani tanpa menggunakan hayatnya yang mati itu? Tubuh kita memang tidak rela dan tidak mampu bergerak menurut kehendak Roh hayat yang huni secara dalaman. Sebaliknya, tubuh menentang dan memerangi kehendak itu. Apakah yang harus dilakukan Roh Kudus agar tubuh menuruti kehendak-Nya? Jawapannya ialah Roh Kudus ingin memberi hayat kepada tubuh kita yang akan mati ini.

“Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati” ialah Tuhan. Namun Tuhan tidak disebut secara langsung, sebaliknya dirujuk sebagai “Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati”, kerana penekanan khususnya adalah pada kerja Tuhan membangkitkan Tuan Yesus daripada yang mati. Tujuannya supaya percayawan memberi perhatian kepada butir ini: Jika Tuhan dapat membangkitkan tubuh Yesus yang sudah mati, sudah tentu Dia juga dapat membangkitkan tubuh percayawan yang akan mati. Dutus mengatakan bahawa jika Roh Tuhan ini, yakni Roh Kudus, Roh kebangkitan, “huni dalam kamu”, Tuhan juga akan “memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati” menerusi-Nya. Inilah kali kedua dutus menggunakan perkataan “jika”. Dia bukannya meragui sama ada Roh Kudus berada dalam percayawan atau tidak. Dalam ayat 9, Dia sudah mengatakan bahawa siapa-siapa yang berbahagian dalam Kristus telah mempunyai Roh Kudus. Maksudnya ialah: Kamu sudah mempunyai Roh Kudus. Jika kamu ada Roh Kudus huni dalam kamu, maka tubuh kamu yang akan mati sepatutnya menerima hayat-Nya juga. Ini merupakan hak sepunya bagi setiap orang yang mempunyai Roh Kudus huni dalamnya. Dia tidak ingin ada seorang percayawan yang tidak mengetahui perkara ini sehinggakan tidak menerapkannya dalam iktikad, dengan itu kehilangan bahagian berkat ini.

Ayat Bible ini memberitahu kita bahawa jika Roh Tuhan huni dalam kita, Tuhan pasti akan memberi hayat kepada tubuh kita yang akan mati menerusi Roh yang menghuni kita secara dalaman. Hal ini bukan berkenaan kebangkitan yang akan berlaku pada masa hadapan. Hal ini sama sekali tidak berkaitan dengan kebangkitan. Tuhan sekadar membuat perbandingan antara kebangkitan Tuan Yesus dengan tubuh kita yang menerima hayat sekarang. Di sini tidak disebut tubuh yang “sudah mati”; kalau begitu, maka ini adalah berkenaan kebangkitan. Namun yang disebut ialah tubuh yang “akan mati”, ertinya yang belum mati, cuma akan mati. Dari segi rohani, tubuh percayawan adalah mati (berbeza daripada sudah mati). Namun secara hakiki, tubuh kita akan mati, iaitu ia menuju ke kubur. Roh Kudus huni dalam kita merupakan perkara zaman ini. Begitu juga, Roh Kudus memberi hayat kepada tubuh kita yang akan mati juga merupakan perkara zaman ini. Ayat ini juga bukan membicarakan kelahiruan kita, kerana Roh Kudus di sini bukan memberi hayat kepada roh kita, tetapi kepada tubuh kita.

Dalam ayat Bible ini, Tuhan memberitahu kita bahawa tubuh percayawan yang akan mati itu berhak untuk menerima hayat menerusi Roh Kudus yang huni dalam kita. Ini bukan bermaksud “tubuh dosa” menjadi tubuh kudus, atau “tubuh hina” menjadi tubuh yang mulia, ataupun “tubuh yang akan mati” menjadi tubuh yang tidak akan mati. Semua ini tidak akan berlaku pada zaman ini; hal-hal ini hanya akan berlaku sewaktu Tuan mengangkat kita dan tubuh kita ditebus. Sifat tubuh kita tidak akan berubah pada zaman ini. Roh Kudus memberi hayat kepada tubuh kita bermaksud: (1) jika tubuh kita menghidap penyakit, Dia akan memulihkannya, dan (2) jika tubuh kita tidak berpenyakit, Dia akan memeliharanya agar tidak menghidap apa-apa penyakit. Pendek kata, Roh Kudus ingin menjadikan tubuh kita kuat, supaya tubuh dapat memenuhi segala tuntutan bagi kerja dan kehidupan Tuhan, dan supaya hayat kita atau kingdom Tuhan tidak akan menderitai sebarang kerugian disebabkan tubuh. (bersambung…)

Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 2/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)