Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 1/4)
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
2020-04-29 | 299 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1)

KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING
PADA SAAT-SAAT GENTING 

Nota Editor:

Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan, kami berharap dapat bersekutu dengan para pekudus berkenaan apa yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini di sekitar kita dan juga di tempat yang jauh dari kita bahkan sampai penghujung bumi. Persekutuan pertama ini berupa satu pengenalan yang bertujuan untuk menyediakan pembaca untuk menerima lebih banyak mesej bacaan harian pada hari-hari akan datang; oleh yang demikian, rencana ini perlu lebih panjang sedikit. Kata-kata editorial yang seterusnya akan lebih singkat. Bagi setiap bacaan harian, pembaca boleh membacanya berulang kali mengikut rasa keperluan atau keinginan, namun biarpun kamu hanya membaca mesej harian, sekurang-kurangnya sekali sambil berdoa, tujuan siaran ini sudah pun tercapai. Ini bukan suatu kajian atau kursus pelajaran, tetapi bahan bacaan ini akan menjadi amat bermanfaat, jika kamu meluangkan masa kamu meneliti semula mesej-mesej ini disertai dengan doa-baca ayat-ayat Bible yang berkaitan. Isi utama bahan bacaan harian merupakan petikan atau mesej yang diambil daripada buku-buku dalam ministri. 

Pada waktu yang sukar ini, amatlah mustahak bahawa gereja Tuhan berupaya mendengar sabda kebenaran, iaitu injil penyelamatan kita (Ef. 1:13); dan bahawa Kristus yang merupakan Sabda Tuhan yang hidup (Wahi 19:13) berupaya menjadi seperti cahaya hayat besar yang menyinari bayangan maut (Yoh. 1:4; Mat. 4:16), dengan itu memberi hayat dan cahaya kepada gereja Tuhan, yang diekspresikan sebagai kaki pelita emas yang bersinar pada zaman gelap ini.

Ketika berlakunya peledakan pandemik Covid-19 di hadapan kita secara dramatik dan mengancam, kita harus kekal tenang, waras, dan yang paling penting, kita harus cuba memahami apa yang ada dalam minda Tuan berkenaan hal ini. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa mustahil bagi sesiapa untuk mendakwa bahawa dia jelas tentang apa yang sedang berlaku dan dia mengetahui perkara terbaik yang perlu dilakukan dalam situasi sebegini. Kami tidak boleh sekadar duduk diam dan tidak melakukan atau berkata apa-apa, kerana berbuat demikian mungkin adalah tidak bertanggungjawab. Namun semasa kami membawa perkara ini kepada Tuan, seolah-olah Dia tidak mahu kita melakukan atau berkata apa-apa dalam diri kita. Kita tidak berani, tidak boleh, dan tidak harus menghakimi segala apa-apa yang telah dikatakan, dilakukan atau dirancang oleh orang lain. Sebaliknya, di pihak kita, apa-apa yang dapat kita katakan ialah “kita tidak tahu”; kita “benar-benar tidak tahu” mengapa virus perosak ini, ketakutan terhadap virus ini, serta begitu banyak masalah yang berkaitan dengannya tersebar dengan rentak yang begitu cepat dan menakutkan. Walaupun tidak ragu-ragu bahawa terkandungnya unsur peperangan rohani yang sangat kuat di sebalik semua kejadian ini, namun beban semasa kami ini bukanlah untuk menyelidiki hal ini (Jika Tuan memimpin, kami mungkin akan berbicara berkenaannya kelak). Apa yang lebih penting bagi setiap pekudus sekarang adalah untuk mengenali apa itu kehendak Tuan dan apa yang ingin disempurnakan-Nya hari ini. Dengan demikian, dapatlah kita bekerjasama dengan-Nya secara aktif (Flp. 2:12-13) di tengah-tengah waktu huru-hara, porak-peranda dan pembinasaan di luar ini. Sudah pasti kita tahu bahawa Tuan mengetahui kenapa hal-hal ini berlaku (Malah di bawah ketentuan-Nya, Dia yang membenarkan semua ini berlaku, namun bukan menyebabkan semua ini berlaku) dan kita juga sedar bahawa Dia mempunyai kawalan dan kuasa penuh atas situasi ini. Berkeyakinanlah bahawa Tuan kita sama sekali sedar akan apa yang sedang berlaku. 

Dia bukan Hentar Agung yang tidak dapat bersimpati dengan kelemahan kita (Ibr. 4:15). Sungguhpun kita mungkin diserang penyakit, maut, ketakutan dan kekhuatiran, namun kita jangan sekali-kali lupa untuk datang ke hadapan dengan berani, ke takhta kurnia supaya kita dapat menerima rahmat dan beroleh kurnia sebagai pertolongan yang tepat pada masanya (Ibr. 4:16). Dia mengasihi kita dan menjaga kita, dan Dia menyuruh kita agar menyerahkan semua kekhuatiran kita kepada-Nya kerana Dia mengambil berat tentang kita (1 Ptr. 5:7). 

Mungkin seolah-olah Dia menyembunyikan sesuatu dalam hati-Nya dan hanya akan mewahikannya kepada sesiapa yang ingin diwahi-Nya menurut masa-Nya sendiri. Bahkan kita tidak boleh mendesak Dia untuk memberi jawapan bagi semua hal ini. Dia tidak boleh didesak. Bertenanglah, menantikan-Nya dan bersedia selalu untuk bertindak menurut sabda-Nya sekiranya Dia berkenan untuk memberi kita perintah. Hanya Tuan yang tahu apa yang terbaik untuk kita dan hanya Dia yang akan menyatakannya kepada kita menurut cara-Nya dan pada masa yang sesuai di mata-Nya. Dia tidak perlu sesiapa untuk menasihati-Nya. Dia merupakan Penasihat yang terbaik dan paling berkelayakan (Yes. 9:6). Dia ialah kudrat dan kearifan Tuhan (1 Kor. 1:24). Bertanyalah kepada Dia dan dengarlah Dia sahaja (Mat. 17:5).

Sekarang, kita hanya perlu melatih iktikad dalam roh kita untuk yakin serta patuh kepada-Nya. Bersabar dan berusahalah sedaya upaya untuk bersandar pada-Nya secara penuh dan mutlak; yakinlah pada sabda-Nya sahaja, dan pada pimpinan-Nya lebih daripada semua sumber maklumat, pesanan, perintah, teguran yang lain, atau apa-apa nasihat daripada kepunyaan manusia atau daripada manusia. Pada waktu krisis ini, kita hanya dapat menaruh keyakinan pada pemerintahan dan pentadbiran Tuhan secara langsung, yang disalurkan kepada kita dalam intuisi roh kita dan melalui perasaan hayat divin dalam kita. Ini berlaku ketika kita menjalani kehidupan gereja dan kehidupan Tubuh (Mzm. 73:16-17; Mat. 18:17; 1 Tim. 3;15-16). Sekali lagi, marilah kita semua mengakui bahawa Dia sahajalah Tuhan, Dia yang maha perkasa dan maha penentu, yang pada saat ini sedang duduk di atas takhta dalam alam semesta ini, mentadbir, merajai, dan memerintah seluruh alam semesta. Semua orang harus tahu bahawa syurga-syurgalah yang memerintah (Dan. 4:26). Hendaklah kita bertenang, tenteram dan berada dalam damai sejahtera; serta diyakinkan sepenuhnya bahawa kita, sebagai pekudus, gereja, dan pemulihan Tuan, berada dalam tangan yang baik—tangan Tuhan yang perkasa dan pengasih (1 Ptr. 5:6; Yoh. 10:28-29). Apabila kita melihat ini, kita akan mempunyai pengalaman bahawa tidak ada apa-apa bahaya, risiko, kesengsaraan, malapetaka, penindasan, penyakit, malah maut itu sendiri yang dapat menakutkan kita (Roma 8:31-39). Ini tidak bermaksud kita boleh bersikap tidak bertanggungjawab, cuai dan lalai dalam keperluan kesihatan kita; ini juga tidak bermaksud kita tidak perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan untuk mengelak daripada penyakit serta untuk menjaga kesihatan yang baik demi melayan Tuan. Apa yang kami maksudkan ialah apabila kita jelas bahawa tubuh kita adalah untuk Tuan, barulah kita dapat mengalami bahawa Tuan adalah untuk tubuh kita (1 Kor. 6:13, 19-20). Tuan tidak berniat sekadar menjadi hayat kita dalam roh kita (Roma 8:10), Dia juga ingin menjadi hayat kita dalam sukma kita (Roma 8:6b) dan juga hayat kita bahkan dalam tubuh kita (Roma 8:11). Tuhan damai sejahtera sendiri ingin menguduskan kita keseluruhannya, dan memelihara roh dan sukma dan tubuh kita lengkap, bebas daripada tuduhan, pada kedatangan Tuan kita Yesus Kristus (1 Tes. 5:23). 

Tidak ada apa-apa yang dapat memisahkan kita daripada kasih Kristus (Roma 8:35), daripada kasih yang membolehkan kita menjadi lebih daripada jayeng dan menang menerusi Dia yang mengasihi kita dalam segala kesusahan, malapetaka, kesengsaraan, penindasan dan penderitaan ini (Roma 8:37). Tidak kira apa yang berlaku kepada kita dan orang kesayangan kita, kita masih dapat bergirang dan kuat dalam Tuhan kita (Neh. 8:10b; 1 Sam. 30:6b). Sebagai orang yang mengasihi Tuhan, kita tidak harus berhenti memuji, bersyukur, dan memberkati Tuhan Bapa kita atas setiap hal dan segala sesuatu (Roma 8:28; bd. 1 Kor. 3:21b-23; Ef. 1:3). Dia tidak akan menyimpan apa-apa kebaikan daripada kita. Kasih Tuhan tidak pernah gagal, penghakiman-Nya tidak pernah silap, dan kesetiaan-Nya kekal sampai abadi. Dia pasti tidak akan meninggalkan kita seorang diri dalam saat-saat paling gelap dalam hidup kita. Sebaliknya, ketika kita terpaksa menempuh lembah bayangan maut, iaitu menempuh kesusahan dan penderitaan hidup, ketika itulah kita mengalami penggembalaan dan hadirat Kristus pneumatik yang bangkit. Ketika kita merentasi lembah itu, kita tidak takut akan sebarang kecelakaan, kerana Kristus pneumatik ada bersama dengan kita (Mat. 28:20b; 2 Tim. 4:22). Hadirat-Nya merupakan pelipuran, penyelamatan, dan kudrat penopang bagi kita. Ketika kita berada di lembah, kita harus kekal di sana dan rehat dalam Tuan. Rehat kita dalam Tuan akan memendekkan lembah itu, mengurangkan bayangan itu, dan menyingkirkan maut (Mzm. 23).

Dia Gembala baik yang menyerahkan nyawa-Nya untuk kita (Yoh. 10:11), Dia Gembala sukma kita (1 Ptr. 2:25), Dia Tuhan yang menggembala kita sepanjang hayat kita hingga hari ini dan sampai selama-lamanya (Kej. 48:15; Wahi 7:17).

Menempuhi saat-saat ini sekarang merupakan suatu pengalaman yang berlaku sekali dalam seumur hidup bagi kebanyakan kita. Oleh itu, rebutlah setiap peluang yang baik yang telah diberikan Tuan kepada kita dan tebuslah masa kerana hari-hari adalah jahat (Ef. 5:16). Dutus Paulus menasihati kita agar jangan menjadi jahil, sebaliknya fahami apa itu kehendak Tuan, dan jangan mabuk dengan wain...sebaliknya, dipenuhi dalam roh, berbicara kepada satu sama lain dengan mazmur, kidung, dan nyanyian rohani, bernyanyi dan bermazmur dengan hatimu kepada Tuan, mengucapkan syukur pada setiap masa kepada Tuhan dan Bapa kita untuk segala sesuatu dalam nama Tuan kita Yesus Kristus (Ef. 5:17-20). Haleluya! Amen!

Kami berperasaan dan sedar bahawa Tuan mengingini kita semua berpaling kepada-Nya, kembali kepada-Nya, dipimpin-Nya, mengasihi-Nya dengan kasih pertama, memberi penyembahan sejati kepada-Nya dalam roh, mendambakan-Nya, meluangkan lebih banyak masa bersama dengan-Nya, menghubungi-Nya, lebih banyak bersekutu dengan-Nya, bertanya kepada-Nya berkenaan segala hal dan perkara yang mempengaruhi kehidupan serta kerja kita, sama ada secara peribadi atau secara korporat, sebagai seorang pekudus dan juga sebagai gereja yang merupakan Tubuh-Nya. Dia menghendaki kita belajar menjadi seperti Yehezkiel, seorang hentar yang hidup dalam hadirat Tuhan, yang melayan Tuhan serta dibaurkan dengan Tuhan. Dia berada di tanah penawanan, bukan di bait kudus, namun dia memandang kepada Tuhan, berdoa kepada Tuhan, menghubungi Tuhan, bersekutu dengan Tuhan, serta menantikan Tuhan. Oleh sebab Yehezkiel merupakan orang sedemikian, syurga-syurga terbuka kepadanya, dan dia melihat visi-visi Tuhan, dan sabda Tuhan datang secara nyata kepadanya (Yeh. 1:1-3). Dia mempunyai sabda Tuhan dan meministerkan sabda Tuhan kepada umat Tuhan (Kis. 6:4). Kita harus sedar bahawa tidak kira betapa banyaknya kita telah mendengar atau berbicara, sekiranya semua itu sekadar kata-kata manusia, semua itu adalah tidak berguna dan tidak dapat memberi hayat. Hanya sabda Tuhan yang dapat memberi kita hayat (Yoh. 6:63); hanya sabda Tuhan yang dapat menopang manusia dan memenuhi keperluan manusia yang sebenar hari ini (Mat. 4:4). Kita menyembah, bersyukur dan memuji Tuan kerana sungguhpun kita ada kekurangan dan kegagalan, Dia tetap berahmat dan sabda-Nya masih bersama dengan kita hari ini.

Pohon hayat bererti bersandar pada Tuhan dengan sepenuhnya, secara tidak terdaya dan secara menyeluruh, yang hasilnya ialah hayat (yang menelan maut!). Pohon pengetahuan bererti merdeka daripada Tuhan dan “aku tahu, aku tahu, aku tidak perlu bertanya kepada Tuhan”, yang akibatnya ialah maut. Betapa kerapnya kita lari sana sini untuk meminta nasihat dan bantuan daripada orang, padahal kita lupa bahawa kita mempunyai satu Tuan, Tuan Milik, Tuhan Bapa yang berada di syurga-syurga, dan bahawa Tuhan Bapa kita mengasihi kita dan menjaga kita jauh lebih daripada yang dapat kita sedari. Adakah Tuhan berada dalam kalangan kita, bersama dengan kita, malah dalam kita? Bukankah nama-Nya Imanuel? Namun tahukah kamu bahawa hari ini, Imanuel berada dalam roh kita! Pekudus yang dikasihi, tidak tahukah kamu bahawa Tuan yang bangkit sekarang berada dalam kita sebagai Roh itu (Yoh. 7:39; Roma 8:9-11)? Dan bahawa hasrat serta perintah-Nya kepada kita ialah pergi dan menjadi saksi-saksi-Nya yang hidup (Kis. 1:8). Disipal-disipal awal yang menjadi saksi berani pergi ke serata tempat mengikut perintah Tuan, malah sampai ke bahagian bumi yang terpinggir. Saksi merupakan orang yang martir, dan orang yang martir tidak takut mati! Mereka tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati (Wahi 12:11) 

Tuan mahu kita mencari dahulu kingdom Tuhan dan keadilbenaran-Nya (Mat. 6:33). Tuan mengajar kita untuk berdoa dengan cara ini: “Bapa kami...datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu...” (Mat. 6:9-10). Dia mengisytihar dalam Yohanes 6:38, “Aku telah turun...bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus Aku”; dan menjelang akhir perjalanan-Nya di bumi, Dia berdoa: “Bapa-Ku...bukan sebagaimana yang Aku kehendaki, tetapi sebagaimana yang Engkau kehendaki.” (Mat. 26:39). Betapa unggulnya teladan ini untuk kita semua contohi!

Kita pasti bahawa kita tidak boleh mengatakan apa yang tidak dibicarakan Tuan, dan kita pasti tidak boleh mengatakan apa yang Dia tidak ingin kita bicarakan! Kita juga tahu bahawa Tuan akan berbicara dengan apa jua cara yang dikira paling sesuai bagi-Nya (Ibr. 1:1-2). Secara jujurnya, disebabkan keadaan yang terdesak dan keprihatinan sejati terhadap para pekudus dan gereja di bawah jagaan kami (2 Kor. 11:28), kami perlu berbicara sesuatu. Kami percaya bahawa hal ini berasal daripada Tuan, namun kami tetap berdoa agar Dia akan menutup kami dengan darah adi-Nya supaya kami tidak salah mewakili-Nya (Bil. 20:12) dan tidak berbicara dengan lidah seorang yang tidak dididik (Yes. 50:4). Kami berdoa agar Tuan tersayang sendiri akan menghembuskan hayat ke dalam kata-kata ini (2 Tim. 3:16; Yoh. 20:22), dan memberkati kita dengan diri-Nya yang merupakan Tuhan rahmat (Roma 9:15; Ef. 2:4) dan juga Tuhan berkat (Ef. 1:3; 2 Kor. 1:3). Dengan ketakwaan kudus, rasa hormat yang mendalam, dan ketakziman setinggi-tingginya kepada Tuhan, kami telah memilih beberapa petikan dan mesej ministri untuk disajikan dalam beberapa bahagian, sebagai “Bacaan Harian untuk Para pekudus” pada hari yang berikutnya, supaya kamu dapat membacanya sambil berdoa serta mengejar kebenaran yang terkandung dalamnya. Kami percaya bahawa Tuan akan menggunakan mesej-mesej ini untuk membicarakan sabda-Nya kepada setiap orang, menurut sebanyak mana yang Tuan ingin kita mendengar daripada-Nya. Dalam proses membaca, tolonglah jangan risau sekiranya kamu tidak memahami sepenuhnya semua yang dibaca. Kamu hanya perlu membaca sambil berdoa dengan simpal, tulus, dan ikhlas. Kekalkan sikap yang rela untuk dijadikan rela bagi mendengar sabda Tuhan serta untuk patuh dan melaksanakan kehendak-Nya tanpa mengira harganya. Jadilah amat terbuka dan sedia menerima terhadap pembicaraan Tuan, serta rela dijadikan rendah diri oleh Tuhan. Bertaubatlah atas segala hal yang bukan Tuhan dalam kehidupan kita, dan diasingkanlah sepenuhnya kepada Tuhan demi tujuan abadi-Nya sendiri. Akhir kata, dikbang dan dikkak yang dikasihi sekalian, biarlah damai sejahtera Kristus menimbang tara dalam hati kamu (Kol. 3:15), hendaklah sabda Kristus huni dalam kamu dengan kayanya (Kol. 3:16), biarlah Dia mencahayai kamu dan membekali kamu dengan hayat divin, cahaya dan kasih-Nya. Semoga kurnia-Nya yang serba mencukupi (2 Kor. 12:9) menyertai kamu semua, dan semoga segala kemuliaan diberikan kepada Tuhan (1 Kor. 10:31). Amen.

Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
Percayawan dan Tubuhnya (Bahagian 1/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan,... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook