Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PENGALAMAN HAYAT YANG PERTAMA—KELAHIRUAN
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 2/2)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 1/5)
PENGALAMAN HAYAT YANG PERTAMA—KELAHIRUAN
2020-08-15 | 137 Baca | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (109)

Nota Editor:

“Kelahiruan merupakan langkah pertama bagi pengalaman kita terhadap hayat Tuhan. Oleh itu, kelahiruan merupakan pengalaman kita yang pertama terhadap hayat Tuhan. Pengalaman ini sangat asas dan amat penting sekali.”

“Sebab untuk kelahiruan terdiri daripada dua aspek: Sebab bagi aspek yang lebih rendah ialah hayat kita itu korup dan jahat serta tidak dapat diubah, maka kita memerlukan hayat lain agar kita dapat hidup melaluinya. Sebab bagi aspek yang lebih tinggi ialah Tuhan berhasrat agar manusia menjadi serupa dengan-Nya, maka kita perlu mempunyai hayat Tuhan di samping hayat kita sendiri. Semoga kita semua melihat hal ini agar kelak apabila kita berbicara tentang kelahiruan, kita juga akan menunjukkan aspek yang lebih tinggi ini supaya orang dapat melihat bahawa biarpun kita sempurna dan tanpa dosa, kita masih perlu dilahirukan.”

“Dari sudut pandangan Roh Tuhan, Roh Tuhanlah yang masuk ke dalam roh kita untuk meletakkan hayat Tuhan ke dalam kita dan menyebabkan kita dilahirukan. Dari sudut pandangan kita pula, disebabkan kitalah yang bertaubat, percaya, dan menerima Tuan sebagai Penyelamat kita, maka kita dilahirukan, yakni kita beroleh hayat Tuhan di samping hayat asal kita.”

PENGALAMAN HAYAT YANG PERTAMA—KELAHIRUAN

(Pengetahuan Hayat, Bab 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yoh. 3:3-6 “Yesus menjawab dan berkata kepadanya, Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Melainkan seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kingdom Tuhan. Nikodemus berkata kepada-Nya, Bagaimana seseorang dapat dilahirkan apabila dia sudah tua? Dia tidak dapat masuk ke dalam rahim ibunya buat kali kedua dan dilahirkan, dapatkah dia? Yesus menjawab, Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Melainkan seseorang dilahirkan daripada air dan Roh itu, dia tidak dapat masuk ke dalam kingdom Tuhan. Yang dilahirkan daripada tubuh daging ialah tubuh daging, dan yang dilahirkan daripada Roh itu ialah roh.”

Kita telah melihat apa itu hayat, dan kita juga telah melihat apa itu pengalaman hayat. Sekarang mari kita lihat pengalaman hayat yang pertama, iaitu kelahiruan. Kelahiruan merupakan langkah pertama bagi pengalaman kita terhadap hayat Tuhan. Oleh itu, kelahiruan merupakan pengalaman kita yang pertama terhadap hayat Tuhan. Pengalaman ini sangat asas dan amat penting sekali. Kita akan melihat perkara ini melalui beberapa butir. Terlebih dahulu, mari kita melihat:

I. MENGAPA KELAHIRUAN DIPERLUKAN

Mengapakah kita perlu dilahirukan? Apakah sebabnya kita perlu dilahirukan? Terdapat dua sebab. Pertama, dari aspek yang lebih rendah, kelahiruan diperlukan kerana hayat kita telah dikorup dan menjadi jahat (Yer. 17:9, Roma 7:18), dan hayat kita tidak dapat diubah daripada jahat menjadi baik (Yer. 13:23). Inilah sebab yang biasa kita sebut berkenaan kelahiruan. Oleh sebab hayat kita (1) korup dan jahat, dan (2) tidak dapat diperbaiki, maka kita perlu dilahirukan. Semua doktrin pembaikan diri yang disebarkan oleh pendeta dahulu dan sekarang adalah untuk memperbaiki manusia. Akan tetapi, penyelamatan Tuhan bukan untuk memperbaiki manusia, sebaliknya untuk melahirukan manusia kerana hayat manusia kita sudah dikorup dan tidak dapat menjadi baik melalui pembaikan. Inilah sebab pertama kita perlu dilahirukan.

Kedua, dari aspek yang lebih tinggi, terdapat satu sebab lagi kita perlu dilahirukan. Sebelum sebab ini dinyatakan, kita perlu bertanya: Andaikan hayat kita tidak dikorup dan tidak menjadi jahat, adakah kita perlu dilahirukan? Ya. Kita masih perlu dilahirukan kerana hayat manusia kita sekadar hayat yang tercipta, bukan hayat Tuhan yang tidak tercipta. Sewaktu kita dicipta, kita hanya beroleh hayat yang tercipta; kita tidak beroleh hayat Tuhan yang tidak tercipta. Tujuan Tuhan terhadap kita manusia ialah kita beroleh hayat-Nya yang tidak tercipta dan ditransform menjadi imej-Nya agar kita serupa dengan-Nya, sama seperti Dia. Oleh itu, biarpun hayat manusia kita tidak dikorup, kita masih perlu dilahirukan.

Walaupun hayat Adam pada mulanya tidak dikorup, namun hayatnya sekadar hayat yang dicipta, bukan hayat yang tidak tercipta. Hayatnya ialah hayat manusia, bukan hayat Tuhan. Oleh itu, sekalipun manusia tidak jatuh atau hayatnya tidak dikorup dan sekalipun dia baik sepenuhnya, dia tetap perlu dilahirukan. Ini kerana tujuan Tuhan mencipta manusia bukanlah hanya untuk memperoleh seorang manusia yang baik, malah untuk memperoleh seorang TUHAN-manusia, yakni seorang yang mempunyai hayat dan sifat Tuhan dan serupa dengan Tuhan. Jika Tuhan sekadar menghendaki manusia menjadi seorang yang baik dan manusia pula tidak jatuh dan dikorup, maka dia tidak perlu dilahirukan. Akan tetapi, Tuhan bukan sekadar menghendaki manusia menjadi seorang yang baik, malah menghendaki manusia menjadi seorang TUHAN-manusia, seorang yang sama seperti Dia. Oleh itu, bahkan seorang yang baik tetap perlu dilahirukan.

Jangan sekali-kali memandang ringan akan sebab kedua ini. Perkara ini sangat penting. Oh, tujuan kelahiruan ialah kita beroleh hayat Tuhan dan menjadi serupa dengan Tuhan! Oleh itu, jangankan kita adalah korup, jahat, dan tidak dapat diperbaiki, biarpun kita benar-benar baik atau betul-betul dapat diperbaiki menjadi sempurna, kita masih perlu dilahirukan supaya kita dapat memiliki hayat Tuhan.

Tuhan mencipta manusia dengan tujuan agar manusia menjadi serupa dengan-Nya dan menjadi TUHAN-manusia yang memiliki hayat dan sifat-Nya. Akan tetapi, semasa Dia mencipta manusia, Dia tidak meletakkan hayat-Nya ke dalam manusia. Dia mahu manusia menggunakan tekadnya sendiri untuk memilih dan menerima hayat-Nya. Oleh itu, meskipun kita manusia yang tercipta itu tidak jatuh, kita masih perlu mempunyai hayat Tuhan selain hayat asal manusia. Ini bermaksud bahawa kita perlu dilahirkan semula. 

Oleh yang demikian, sebab untuk kelahiruan terdiri daripada dua aspek: Sebab bagi aspek yang lebih rendah ialah hayat kita itu korup dan jahat serta tidak dapat diubah, maka kita memerlukan hayat lain agar kita dapat hidup melaluinya. Sebab bagi aspek yang lebih tinggi ialah Tuhan berhasrat agar manusia menjadi serupa dengan-Nya, maka kita perlu mempunyai hayat Tuhan di samping hayat kita sendiri. Semoga kita semua melihat hal ini agar kelak apabila kita berbicara tentang kelahiruan, kita juga akan menunjukkan aspek yang lebih tinggi ini supaya orang dapat melihat bahawa biarpun kita sempurna dan tanpa dosa, kita masih perlu dilahirukan.

II. APAKAH ITU KELAHIRUAN?

Menurut Bible, dilahirukan bererti dilahirkan daripada Roh (Yoh. 3:3-6). Pada asalnya roh kita sudah mati, tetapi sewaktu kita percaya, Roh Tuhan datang menyentuh roh kita. Dengan demikian, roh kita beroleh hayat Tuhan dan dijadikan hidup. Dengan cara ini, Roh Tuhan melahirkan kita sekali lagi di samping kelahiran kita daripada ibu bapa kandung. Pendek kata, dilahirukan bererti dilahirkan semula daripada Tuhan (Yoh. 1:13), atau beroleh hayat Tuhan di samping hayat asal manusia.

Dilahirukan bererti dilahirkan semula. Mengapakah kita menggunakan istilah “dilahirkan semula”? Ini kerana pada asalnya kita dilahirkan daripada ibu bapa kita, tetapi sekarang kita dilahirkan sekali lagi daripada Tuhan; oleh itu, ini dipanggil dilahirkan semula. Kelahiran daripada ibu bapa kita menyebabkan kita beroleh hayat manusia, manakala kelahiran daripada Tuhan menyebabkan kita beroleh hayat Tuhan. Oleh yang demikian, kita yang telah dilahirukan itu memiliki hayat Tuhan di samping hayat manusia. 

Dengan itu, kita perlu melihat dengan jelas bahawa dilahirukan bererti dilahirkan semula daripada Tuhan, iaitu kita beroleh hayat Tuhan di samping hayat asal manusia. Di samping hayat asal kita, Tuhan meletakkan hayat-Nya ke dalam kita. Inilah maksud kelahiruan.

III. BAGAIMANAKAH KITA DAPAT DILAHIRUKAN?

Bagaimanakah manusia dapat dilahirukan? Pendek kata, Roh Tuhan masuk ke dalam roh manusia dan meletakkan hayat Tuhan ke dalamnya; dengan demikian, manusia dilahirukan. 

Bagaimanakah Roh Tuhan dapat masuk ke dalam roh manusia? Ketika seseorang mendengar Injil atau membaca sabda Bible, Roh Tuhan bekerja dalam dia dan menyebabkan dia mempunyai perasaan bahawa dia berdosa dan korup, lalu dia diinsafkan kerana dosa, keadilbenaran, dan penghakiman (Yoh. 16:8). Apabila manusia melihat dosa-dosanya, mengaku kekorupannya lalu bertaubat, Roh Tuhan akan menyebabkan dia melihat bahawa Tuan Yesus ialah Penyelamatnya dan Dia telah mati di atas salib untuk menumpahkan darah-Nya demi pengampunan dosa. Pada masa ini, dia secara spontan percaya kepada Tuan dan menerima Dia sebagai Penyelamatnya. Sebaik sahaja dia menerima Tuan sebagai Penyelamatnya, Roh Tuhan masuk ke dalam rohnya dan meletakkan hayat Tuhan ke dalam rohnya lalu menyebabkan dia dilahirukan. 

Oleh yang demikian, dari sudut pandangan Roh Tuhan, Roh Tuhanlah yang masuk ke dalam roh kita untuk meletakkan hayat Tuhan ke dalam kita dan menyebabkan kita dilahirukan. Dari sudut pandangan kita pula, disebabkan kitalah yang bertaubat, percaya, dan menerima Tuan sebagai Penyelamat kita, maka kita dilahirukan, yakni kita beroleh hayat Tuhan di samping hayat asal kita.

IV. HASIL KELAHIRUAN

Hasil kelahiruan ialah butir-butir yang disempurnakan oleh kelahiruan. Ringkasnya, hasil kelahiruan boleh dikategorikan kepada tiga butir:

1) Kelahiruan menyebabkan manusia menjadi anak-anak Tuhan. Memandangkan kelahiruan bermaksud dilahirkan daripada Tuhan, maka kelahiruan secara automatik menyebabkan manusia menjadi anak-anak Tuhan (Yoh. 1:12, 13) dan mempunyai hubungan hayat dengan Tuhan. Hayat yang diperoleh daripada Tuhan melalui kelahiruan membolehkan manusia menjadi anak-anak Tuhan; hayat ini juga merupakan kuasa untuk manusia menjadi anak-anak Tuhan. Anak-anak Tuhan sedemikian memiliki hayat dan sifat Tuhan serta dapat menjadi serupa dengan Tuhan, dengan itu dapat menggenapi tujuan Tuhan mencipta manusia.

2) Kelahiruan menyebabkan manusia menjadi ciptaan baru. Apakah itu ciptaan baru? Ciptaan baru ialah sesuatu yang mempunyai elemen Tuhan di dalamnya. Apabila sesuatu itu mempunyai elemen Tuhan di dalamnya, benda itu dipanggil ciptaan baru. Dalam ciptaan lama tidak terdapat elemen Tuhan. Kita manusia pada asalnya tidak mempunyai sebarang elemen Tuhan, maka kita ialah ciptaan lama. Hanya apabila elemen Tuhan ditambahkan ke dalam kita, barulah kita menjadi ciptaan baru. Inilah apa yang telah disempurnakan oleh kelahiruan dalam kita. Kelahiruan membolehkan kita mempunyai hayat Tuhan dan elemen-Nya, dan menjadikan kita ciptaan baru (2 Kor. 5:17). Ciptaan baru ini merupakan kristalisasi bagi pembauran Tuhan dengan manusia, dan merupakan sesuatu yang paling ajaib dalam alam semesta — mempunyai elemen insani dan divin. Oleh itu, ciptaan baru ialah manusia dan juga Tuhan, dan adalah seperti manusia dan seperti Tuhan. 

3) Kelahiruan menyebabkan manusia disatukan dengan Tuhan. Kelahiruan bukan sekadar membolehkan manusia beroleh hayat Tuhan dan elemen-Nya, tetapi juga membolehkan manusia bersatu dengan Tuhan. Melalui kelahiruan, Tuhan Roh masuk ke dalam roh manusia, dan membolehkan manusia digabungkan kepada-Nya menjadi satu roh (1 Kor. 6:17). Inilah hubungan paling dalam yang dijalinkan oleh Tuhan dengan manusia supaya manusia menjadi satu dengan diri-Nya.

Kesimpulannya, kelahiruan bermaksud apabila kita percaya kepada Tuan Yesus, Roh Kudus meletakkan hayat Tuhan ke dalam roh kita dan membolehkan kita dilahirkan daripada Tuhan untuk menjadi anak-anak Tuhan, dan disatukan dengan Tuhan dalam ciptaan baru.

Berkenaan kelahiruan, kita berbicara setakat ini sahaja. Selain semua ini, terdapat lagi butir-butir yang kita terima daripada kelahiruan. Kita akan berbicara secara khusus dalam bab yang berikut.

APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 2/2)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 1/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-15
Puji Tuan! Melalui kelahiruan kita memperolehi hayat Tuhan ke dalam roh kita dan membolehkan kita dilahirkan daripada Tuhan menjadi anak-anak Tuhan. Terima kasiah Tuan Yesus, kami telah disatukan dengan Mu menjadi ciptaan baru.
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook