Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 1/5)
PENGALAMAN HAYAT YANG PERTAMA—KELAHIRUAN
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 2/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 1/5)
2020-08-16 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (110)

Nota Editor:

“Jika kita ingin mengejar pertumbuhan dalam hayat, maka kita harus memahami apa itu kelahiruan, dan kita harus mengetahui apa yang telah kita peroleh menerusi kelahiruan....Menurut ajaran Bible, kelahiruan membolehkan kita menerima sekurang-kurangnya tujuh perkara...Butir pertama yang kita peroleh menerusi kelahiruan ialah hayat Tuhan...Dalam kelahiruan, perkara utama yang dilakukan Roh Tuhan ialah meletakkan hayat Tuhan ke dalam kita. Oleh itu, butir utama yang diberikan kelahiruan kepada kita ialah hayat Tuhan.”

“Hayat Tuhan ialah isi kandungan Tuhan, iaitu Tuhan sendiri. Segala apa yang terdapat dalam Tuhan dan segala apanya Tuhan sendiri berada dalam hayat Tuhan...Segala apanya Dia, sama ada kebenaran, kekudusan, cahaya, atau kasih, berasal daripada hayat-Nya. Segala ekspresi-Nya, sama ada kebaikan, keadilbenaran, keihsanan, atau pengampunan, juga berasal daripada hayat-Nya. Hayat-Nya menyebabkan Dia mempunyai kebolehan dan fungsi divin yang sedemikian di dalam serta tindakan dan ekspresi divin yang sedemikian di luar. Dia ialah Tuhan yang sebegini kerana Dia mempunyai hayat yang sebegini. Dengan demikian, bahawa Dia ialah Tuhan juga berasaskan hayat-Nya.”

“Dikbang dan dikkak sekalian, pernahkah kamu menyedari bahawa disebabkan hayat Tuhan ada dalam kita, maka kita mempunyai segala kebolehan dan fungsi dalam kita seperti yang terdapat dalam Tuhan? Pernahkah kamu menyedari bahawa disebabkan kita mempunyai hayat Tuhan dalam kita, maka kita dapat menjadi apanya Tuhan dan melakukan apa yang dilakukan Tuhan? Dalam Tuhan terdapat kebolehan kekudusan dan fungsi cahaya...Sebagaimana Tuhan dapat menghidup keluar kekudusan-Nya dan memancarkan cahaya-Nya daripada diri-Nya, demikian juga disebabkan kita mempunyai hayat Tuhan dalam kita, maka kita dapat menghidup keluar kekudusan-Nya dan memancarkan cahaya-Nya dari­pada kita...Sebagaimana Tuhan dapat menjadi kasih dan melakukan keadilbenaran, demikian juga disebabkan kita mempunyai hayat Tuhan dalam kita, maka kita dapat menjadi kasih yang merupakan apanya Tuhan dan melakukan keadilbenaran yang dilakukan Tuhan. Ini bermaksud bahawa kita dapat mengasih sebagaimana Tuhan mengasih, dan menjadi adilbenar sebagaimana Tuhan adalah adilbenar. Dengan demikian, kita boleh menjadi serupa dengan Tuhan dan menghidup keluar Tuhan.”

“Hayat Tuhan yang kita peroleh menerusi kelahiruan ialah hayat Tuhan yang berkudrat ini! Hayat Tuhan yang berkudrat ini ialah kudrat kebangkitan dalam kita hari ini, iaitu kudrat yang membolehkan kita menanggalkan maut dan jayeng atas segala-gala yang kepunyaan maut, sebagaimana Tuhan jayeng atas maut dan segala-gala yang kepunyaan maut.”

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN
(Bahagian 1/5)

(Pengetahuan Hayat, Bab 4)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Kol. 2:9-10 “Kerana dalam-Nya, segala kepenuhan Ketuhanan huni secara jasadi, dan kamu telah dijadikan penuh dalam-Nya; Dia ialah Kepala kepada semua pemerintah dan penguasa.”

2 Ptr. 1:3-4 “Memandangkan kudrat divin-Nya telah memberi kita segala sesuatu yang berkenaan hayat dan kesalihan, menerusi pengetahuan penuh terhadap Dia yang telah memanggil kita dengan kemuliaan dan virtu-Nya sendiri; menerusi kedua-dua ini, Dia telah memberi kita janji-janji yang berharga dan teramat besar agar menerusi janji-janji ini, kamu dapat menjadi pengambil bahagian sifat divin, setelah terlepas daripada kekorupan yang melalui nafsu yang terdapat di dunia.”

Roma 4:17b “Tuhan yang dipercayainya, yang memberi hayat kepada yang mati dan memanggil benda yang tidak wujud menjadi wujud.”

Jika kita ingin mengejar pertumbuhan dalam hayat, maka kita harus memahami apa itu kelahiruan, dan kita harus mengetahui apa yang telah kita peroleh menerusi kelahiruan. Kelahiruan membolehkan kita mempunyai permulaan dalam hayat, dan apa yang kita peroleh menerusi kelahiruan membolehkan kita bertumbuh dalam hayat. Oleh itu, jika kita ingin mengejar pertumbuhan dalam hayat, maka kita harus mempunyai pengetahuan tentang kelahiruan dan kita juga harus mengetahui apa yang kita peroleh menerusi kelahiruan.

Apa yang diperoleh menerusi kelahiruan berkait rapat dengan hasil kelahiruan. Hasil kelahiruan adalah berasaskan apa yang diperoleh menerusi kelahiruan dan disempurnakan lantaran apa yang diperoleh menerusi kelahiruan. Hasil kelahiruan ialah perkara-perkara yang disempurnakan oleh kelahiruan pada kita, manakala apa yang diperoleh menerusi kelahiruan ialah perkara-perkara yang kita terima menerusi kelahiruan. Memandangkan kelahiruan menyebabkan kita memperoleh sesuatu, maka kelahiruan dapat menyempurnakan sesuatu pada kita. Kelahiruan dapat menjadikan kita anak-anak Tuhan kerana kelahiruan membolehkan kita mendapat hayat Tuhan. Kelahiruan dapat menjadikan kita ciptaan baru kerana kelahiruan membolehkan kita mendapat elemen Tuhan. Kelahiruan dapat menyatukan kita dengan Tuhan kerana kelahiruan membolehkan kita mendapat Roh Tuhan. Segala apa yang disempurnakan oleh kelahiruan pada kita itu tercapai disebabkan perkara-perkara yang telah kita peroleh menerusi kelahiruan. Perkara-perkara ini bukan sahaja membolehkan kita mempunyai pelbagai pengalaman hayat rohani ketika dilahirukan, tetapi juga membolehkan kita bertumbuh dalam hayat selepas dilahirukan. Oleh itu, jika kita ingin mengejar pertumbuhan dalam hayat, maka kita perlu mengetahui perkara-perkara yang kita peroleh menerusi kelahiruan.

Menurut ajaran Bible, kelahiruan membolehkan kita menerima sekurang-kurangnya tujuh perkara. Ketujuh-tujuh perkara ini sama ada divin dan agung ataupun amat penting dan rapat bagi kita. Mari kita lihat tujuh perkara ini secara ringkas satu demi satu.

I. HAYAT TUHAN

Butir pertama yang kita peroleh menerusi kelahiruan ialah hayat Tuhan. Kita telah melihat dalam bab yang sebelumnya bahawa kelahiruan berlaku apabila Roh Tuhan meletakkan hayat Tuhan ke dalam roh kita. Dalam kelahiruan, perkara utama yang dilakukan Roh Tuhan ialah meletakkan hayat Tuhan ke dalam kita. Oleh itu, butir utama yang diberikan kelahiruan kepada kita ialah hayat Tuhan.

Namun, apakah itu hayat Tuhan? Hayat Tuhan ialah isi kandungan Tuhan, iaitu Tuhan sendiri. Segala apa yang terdapat dalam Tuhan dan segala apanya Tuhan sendiri berada dalam hayat Tuhan. Segala kepenuhan Ketuhanan tersembunyi dalam hayat Tuhan. Sifat Tuhan juga terkandung dalam hayat Tuhan. Setiap aspek tentang apanya Tuhan terangkum dalam hayat Tuhan.

Bagi sebarang benda hidup, segala apanya benda hidup itu adalah berasaskan hayatnya. Segala kebolehan dan fungsinya terhasil daripada hayatnya, dan segala aktiviti dan ekspresi luarannya berasal daripada hayatnya. Suatu benda hidup menjadi jenis benda hidup yang tertentu kerana mempunyai jenis hayat itu. Kewujudannya sebagai benda hidup adalah berasaskan hayatnya. Ini satu prinsip yang ketara.

Tuhan ialah hidupan yang tertinggi, dan sudah tentu (malah lebih-lebih lagi) segala apanya Dia adalah berasaskan hayat-Nya. Segala apanya Dia, sama ada kebenaran, kekudusan, cahaya, atau kasih, berasal daripada hayat-Nya. Segala ekspresi-Nya, sama ada kebaikan, keadilbenaran, keihsanan, atau pengampunan, juga berasal daripada hayat-Nya. Hayat-Nya menyebabkan Dia mempunyai kebolehan dan fungsi divin yang sedemikian di dalam serta tindakan dan ekspresi divin yang sedemikian di luar. Dia ialah Tuhan yang sebegini kerana Dia mempunyai hayat yang sebegini. Dengan demikian, bahawa Dia ialah Tuhan juga berasaskan hayat-Nya.

Oleh sebab hayat Tuhan ialah isi kandungan Tuhan, dan dalam hayat ini tersembunyi segala kepenuhan Tuhan dan terkandung sifat diri Tuhan, maka apabila kita menerima hayat Tuhan, kita menerima segala kepenuhan Tuhan (Kol. 2:9-10) dan kita mempunyai sifat Tuhan (2 Ptr. 1:3-4). Oleh sebab segala apa yang dimiliki Tuhan dalam diri-Nya dan segala apanya Tuhan sendiri adalah berasaskan hayat Tuhan, maka apabila kita menerima hayat ini, kita menerima segala apa yang dimiliki Tuhan dalam diri-Nya dan segala apanya Tuhan sendiri. Oleh sebab hayat Tuhan menyebabkan Tuhan mempunyai kebolehan dan fungsi divin yang sedemikian dalam-Nya, maka hayat Tuhan dalam kita juga dapat menyebabkan kita mempunyai kebolehan dan fungsi divin yang demikian seperti yang terdapat dalam Tuhan. Oleh sebab segala apanya Tuhan dan segala apa yang dilakukan Tuhan adalah berasaskan hayat-Nya, maka hayat dalam kita ini juga membolehkan kita menjadi apanya Tuhan dan melakukan apa yang dilakukan Tuhan. Ini bermaksud bahawa hayat ini membolehkan kita menjadi serupa dengan Tuhan dan menghidup keluar Tuhan.

Dikbang dan dikkak sekalian, pernahkah kamu menyedari bahawa disebabkan hayat Tuhan ada dalam kita, maka kita mempunyai segala kebolehan dan fungsi dalam kita seperti yang terdapat dalam Tuhan? Pernahkah kamu menyedari bahawa disebabkan kita mempunyai hayat Tuhan dalam kita, maka kita dapat menjadi apanya Tuhan dan melakukan apa yang dilakukan Tuhan? Dalam Tuhan terdapat kebolehan kekudusan dan fungsi cahaya. Disebabkan hayat Tuhan ada dalam kita, maka kita mempunyai kebolehan kekudusan dan fungsi cahaya dalam kita seperti yang terdapat dalam Tuhan. Sebagaimana Tuhan dapat menghidup keluar kekudusan-Nya dan memancarkan cahaya-Nya daripada diri-Nya, demikian juga disebabkan kita mempunyai hayat Tuhan dalam kita, maka kita dapat menghidup keluar kekudusan-Nya dan memancarkan cahaya-Nya daripada kita. Ini bermaksud bahawa kita dapat menjadi kudus sebagaimana Tuhan adalah kudus dan bersinar seperti Tuhan bersinar. Apanya Tuhan ialah kasih, dan apa yang dilakukan Tuhan ialah keadilbenaran. Memandangkan kita mempunyai hayat Tuhan dalam kita, maka kita dapat menjadi apanya Tuhan dan melakukan apa yang dilakukan Tuhan. Sebagaimana Tuhan dapat menjadi kasih dan melakukan keadilbenaran, demikian juga disebabkan kita mempunyai hayat Tuhan dalam kita, maka kita dapat menjadi kasih yang merupakan apanya Tuhan dan melakukan keadilbenaran yang dilakukan Tuhan. Ini bermaksud bahawa kita dapat mengasih sebagaimana Tuhan mengasih, dan menjadi adilbenar sebagaimana Tuhan adalah adilbenar. Dengan demikian, kita boleh menjadi serupa dengan Tuhan dan menghidup keluar Tuhan.

Kita harus mengetahui dengan selanjutnya bahawa hayat Tuhan ialah kudrat besar yang membangkitkan Tuan Yesus. Semasa Tuan Yesus bangkit, Dia menanggalkan maut dan jayeng atas maut. Maut amatlah kuat (Kid. 8:6). Dalam seluruh alam semesta, selain Tuhan dan hayat Tuhan, tidak ada apa-apa yang lebih kuat daripada maut. Ketika Tuan Yesus masuk ke dalam maut, maut menggunakan segala kuasanya untuk menahan Tuan, namun Tuan merempuh kuasa maut yang menahan itu lalu bangkit! Tuan dapat bangkit dan tidak ditahan oleh maut (Kis. 4:24) kerana terdapat hayat Tuhan yang berkudrat dalam-Nya. Hayat Tuhan yang berkudrat itulah yang membolehkan Dia merempuh maut yang mempunyai kuasa menahan yang kuat. Hayat Tuhan yang kita peroleh menerusi kelahiruan ialah hayat Tuhan yang berkudrat ini! Hayat Tuhan yang berkudrat ini ialah kudrat kebangkitan dalam kita hari ini, iaitu kudrat yang membolehkan kita menanggalkan maut dan jayeng atas segala-gala yang kepunyaan maut, sebagaimana Tuhan jayeng atas maut dan segala-gala yang kepunyaan maut.

Bible menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan mempunyai dua jenis kudrat: Yang satu ialah kudrat penciptaan; yang satu lagi ialah kudrat kebangkitan. Kudrat penciptaan Tuhan memanggil benda yang tidak wujud menjadi wujud; kudrat kebangkitan pula memberi hayat kepada yang mati. Inilah apa yang dipercayai oleh Abraham (Roma 4:17). Kudrat penciptaan Tuhan itu adalah berasaskan tangan Tuhan dan dapat mencipta segala sesuatu untuk manusia. Kudrat kebangkitan Tuhan pula adalah berasaskan hayat Tuhan dan juga merupakan hayat Tuhan, membolehkan manusia diselamatkan daripada segala perkara maut di luar Tuhan, dan dengan itu menghidup keluar Tuhan sendiri. Oh, dikbang dan dikkak, hayat Tuhan yang kita peroleh menerusi kelahiruan ialah kudrat kebangkitan Tuhan ini! Menerusi kelahiruan, Tuhan menggarapkan hayat-Nya ke dalam kita, iaitu Dia menggarapkan kudrat kebangkitan-Nya ke dalam kita. Oh, semoga kita melihat bahawa hayat Tuhan yang kita peroleh sewaktu kita dilahirukan ialah kudrat kebangkitan Tuhan! Hayat yang ada dalam kita hari ini dapat menjadikan kita kuat sebagaimana Tuhan adalah kuat. Sebagaimana Tuhan dapat jayeng atas maut, demikian juga kita dapat jayeng atas maut kerana hayat yang berkudrat dalam kita ini. Sungguh ajaibnya hayat Tuhan yang kita peroleh menerusi kelahiruan! Hayat ini dapat menjadikan kita serupa dengan Tuhan sampai ke tahap yang tak terfikir! Kita harus menyembah dan bersyukur kepada Tuhan atas hayat ini! (bersambung...)

PENGALAMAN HAYAT YANG PERTAMA—KELAHIRUAN
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 2/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-16
Semoga mata kita dicahayai makna kelahiruaan kepada kita. Hayat Tuhan di dalam kita manjadikan kita ciptaan baru dan membolehkan kita ada satu permulaan yang baru dan mengalami kehidupan yang baru.