Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 2/2)
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 1/2)
PENGALAMAN HAYAT YANG PERTAMA—KELAHIRUAN
APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 2/2)
2020-08-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (108)

Nota Editor:

“Kisah hayat di dalam kita haruslah Kristus hidup dalam kita. Kehidupan kudus di luar kita juga haruslah Kristus hidup daripada kita...Sama ada diselamatkan daripada dosa atau mengatasi dunia, sama ada menghidup keluar pengudusan dan kerohanian, ataupun menghidup keluar kasih dan kerendahan diri, semuanya haruslah pengalaman terhadap Kristus. Malah sabar-toleran dan kesabaran kita yang sedikit terhadap orang seharusnya merupakan pengalaman terhadap Kristus.”

“Pendek kata, selepas Tuan mengatakan bahawa Dia ialah hayat, Dia menunjukkan tiga perkara kepada kita: (1) Tuhan berada dalam Dia untuk menjadi hayat, (2) Dia berada dalam Roh Kudus untuk menjadi hayat, dan (3) Tuhan Tritunggal masuk ke dalam kita untuk menjadi hayat. Dengan demikian, apabila kita mengalami hayat, kita bukan sahaja mengalami Tuhan, mengalami Kristus, tetapi juga mengalami Roh Kudus. Sebenarnya, Roh Kudus ialah Tuhan dan Kristus sebagai hayat untuk kita alami, atau Tuhan dalam Kristus sebagai hayat untuk kita alami.”

“Roh hayat inilah, yakni Roh Kudus, yang membolehkan kita mengalami semua isi kandungan Tuhan dalam Kristus sebagai hayat. Roh Kudus hayat inilah yang membolehkan kita mengalami penghunian Kristus secara dalaman, dan Roh Kudus hayat inilah yang membolehkan kita mengalami kudrat kebangkitan Tuhan dalam Kristus (Roma 8:9-11). Roh Kudus hayat inilah yang memimpin kita mematikan perbuatan-perbuatan tubuh yang jahat, dan Roh Kudus hayat inilah yang berdoa dalam kita (Roma 8:13, 26). Segala pengalaman hayat kita, sama ada yang dalam atau yang cetek, dihasilkan oleh Roh Kudus hayat ini untuk kita alami. Oleh itu, semuanya ialah pengalaman terhadap Roh Kudus hayat ini.”

APA ITU PENGALAMAN HAYAT?
(Bahagian 2/2)

(Pengetahuan Hayat, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

2 Kor. 3:18 “Tetapi kita semua dengan muka yang tidak diselubungi, seperti cermin menatap dan memantulkan kemuliaan Tuan, sedang ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh.”

Roma 8:2 “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.”

Roma 8:9 “Tetapi kamu bukan dalam tubuh daging, sebaliknya dalam roh, jika sesungguhnya Roh Tuhan huni dalam kamu. Namun, jika sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, dia bukan kepunyaan-Nya.”

II. MENGALAMI KRISTUS (samb.)

F. Ditransform Menjadi Imej Kristus (2 Kor. 3:18)

Pengalaman kita terhadap Kristus dapat mentransform kita sehingga menjadi serupa dengan-Nya. Ini bermula dengan kita mengalami Kristus diwahikan dalam kita dan berterusan hingga tubuh kita ditebus (Roma 8:23). Semakin kita mengalami-Nya, semakin kita berubah sehingga tubuh kita diubah dalam rupa bentuk agar menjadi serupa dengan tubuh kemuliaan-Nya (Flp. 3:21). Pada masa itu, kita akan dikonform sepenuhnya kepada imej-Nya (Roma 8:29) dan kita akan “menjadi serupa dengan-Nya” (1 Yoh. 3:2). Dengan itu, kita akan mengalami-Nya secara penuh.

Segala kisah hayat di dalam kita dan segala kehidupan kudus di luar kita seharusnya merupakan pengalaman kita terhadap Kristus. Oleh sebab Kristus ialah hayat kita, maka Dia juga ialah pengudusan kita (Kol. 3:4; 1 Kor. 1:30). Kisah hayat di dalam kita haruslah Kristus hidup dalam kita. Kehidupan kudus di luar kita juga haruslah Kristus hidup daripada kita. Segala pengalaman hayat kita seharusnya merupakan pengalaman terhadap Kristus. Bukan sahaja pengalaman hayat yang besar seperti mati bersama dengan Kristus, bangkit bersama dengan-Nya, dan naik ke syurga bersama dengan-Nya, harus menjadi pengalaman kita, bahkan semua pengalaman hayat yang kecil dalam kehidupan harian kita juga harus menjadi pengalaman terhadap Kristus. Sama ada diselamatkan daripada dosa atau mengatasi dunia, sama ada menghidup keluar pengudusan dan kerohanian, ataupun menghidup keluar kasih dan kerendahan diri, semuanya haruslah pengalaman terhadap Kristus. Malah sabar-toleran dan kesabaran kita yang sedikit terhadap orang seharusnya merupakan pengalaman terhadap Kristus.

Mengalami Kristus bererti membenarkan Kristus hidup dalam kita dan hidup keluar daripada kita. Mengalami Kristus bererti mengambil Kristus sebagai hayat dan hidup melalui Kristus. Mengalami Kristus bermaksud bahawa seluruh kehidupan dan tindakan kita ialah Kristus sendiri yang hidup keluar dan bertindak daripada kita. Mengalami Kristus bererti mengalami kudrat kebangkitan-Nya (Flp. 3:10)—ini ialah pengalaman terhadap Kristus sebagai hayat. Oleh yang demikian, pengalaman sedemikian jugalah pengalaman hayat.

III. MENGALAMI ROH KUDUS

Dalam Yohanes 14, selepas Tuan Yesus memberitahu kita bahawa Dia ialah hayat (ay. 6), Dia bukan sahaja menunjukkan kepada kita bahawa Dia dan Tuhan adalah satu, Dia berada dalam Tuhan, Tuhan berada dalam-Nya, dan Dia ialah hayat bererti Tuhan ialah hayat (ay. 7-11). Dia bukan sahaja menunjukkan kepada kita bahawa Roh Kudus dan Dia juga adalah satu, bahawa Roh Kudus masuk ke dalam kita dan tinggal bersama dengan kita bererti Kristus hidup dalam kita untuk menjadi hayat kita (ay. 16-19). Bahkan Dia menunjukkan kepada kita bahawa Dia sebagai Roh Kudus masuk ke dalam kita dan hidup dalam kita bermaksud Dia dan Tuhan sebagai Roh masuk ke dalam kita dan tinggal bersama dengan kita untuk menjadi hayat kita (ay. 20-23). Pendek kata, selepas Tuan mengatakan bahawa Dia ialah hayat, Dia menunjukkan tiga perkara kepada kita: (1) Tuhan berada dalam Dia untuk menjadi hayat, (2) Dia berada dalam Roh Kudus untuk menjadi hayat, dan (3) Tuhan Tritunggal masuk ke dalam kita untuk menjadi hayat. Dengan demikian, apabila kita mengalami hayat, kita bukan sahaja mengalami Tuhan, mengalami Kristus, tetapi juga mengalami Roh Kudus. Sebenarnya, Roh Kudus ialah Tuhan dan Kristus sebagai hayat untuk kita alami, atau Tuhan dalam Kristus sebagai hayat untuk kita alami.

Sebagaimana Kristus ialah perjasadan Tuhan, begitu juga Roh Kudus ialah perjasadan Kristus. Tuhan sebagai hayat adalah dalam Kristus, dan Kristus sebagai hayat adalah dalam Roh Kudus. Kita mengalami Tuhan dalam Kristus, dan kita mengalami Kristus dalam Roh Kudus. Oleh itu, sebagaimana pengalaman hayat ialah pengalaman terhadap Tuhan dan Kristus, begitu juga pengalaman hayat ialah pengalaman terhadap Roh Kudus.

Tuhan ialah hayat, Kristus ialah Tuhan yang datang menjadi hayat, dan Roh Kudus ialah Tuhan dalam Kristus yang menjadi hayat, atau Roh hayat (Roma 8:2). Roh hayat inilah, yakni Roh Kudus, yang membolehkan kita mengalami semua isi kandungan Tuhan dalam Kristus sebagai hayat. Roh Kudus hayat inilah yang membolehkan kita mengalami penghunian Kristus secara dalaman, dan Roh Kudus hayat inilah yang membolehkan kita mengalami kudrat kebangkitan Tuhan dalam Kristus (Roma 8:9-11). Roh Kudus hayat inilah yang memimpin kita mematikan perbuatan-perbuatan tubuh yang jahat, dan Roh Kudus hayat inilah yang berdoa dalam kita (Roma 8:13, 26). Segala pengalaman hayat kita, sama ada yang dalam atau yang cetek, dihasilkan oleh Roh Kudus hayat ini untuk kita alami. Oleh itu, semuanya ialah pengalaman terhadap Roh Kudus hayat ini.

Roma 8:9-11 bukan sahaja menunjukkan kepada kita bahawa Roh Kuduslah yang membolehkan kita mengalami penghunian Kristus secara dalaman dan kudrat kebangkitan Tuhan. Ayat-ayat ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Roh Kudus tinggal dalam kita untuk membolehkan kita mengalami hayat bererti Kristus dan Tuhan tinggal dalam kita untuk membolehkan kita mengalami hayat. Dengan demikian, kita mengalami hayat Tuhan dalam Kristus itu menerusi Roh Kudus. Oleh itu, untuk mengalami hayat ini, kita perlu mengalami Roh Kudus, dan apabila kita mengalami hayat ini, kita mengalami Roh Kudus. 

Oleh yang demikian, pengalaman hayat ialah pengalaman terhadap Tuhan Tritunggal, atau pengalaman terhadap Tuhan dalam Kristus dan Kristus dalam Roh Kudus yang menjadi hayat kita. Roh Kudus bekerja dalam kita, memimpin kita mengalami Kristus dan mengalami Tuhan dalam Kristus. Inilah pengalaman hayat. Apabila dalam Roh Kudus, kita melewati Tuhan dan Kristus serta membenarkan Tuhan dan Kristus melewati kita, inilah pengalaman hayat. Hanya pengalaman terhadap Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan yang sedemikian yang merupakan pengalaman hayat. Semua yang lain daripada ini tidak boleh dikira sebagai pengalaman hayat. Kamu boleh menggelar pengalaman itu sebagai kesungguhan hati, kehidupan keagamaan, atau pembaikan diri, tetapi kamu tidak dapat mengatakan bahawa itu pengalaman hayat. Mengalami hayat bererti mengalami Tuhan, mengalami Kristus, dan mengalami Roh Kudus. Ini bukan kerja kita sendiri atau usaha kita untuk membaiki diri, tetapi hasil daripada Tuhan bergerak dalam kita, Kristus hidup keluar menerusi kita, dan pengurapan Roh Kudus dalam kita. Semoga kita mengejar pengalaman hayat ini.

APA ITU PENGALAMAN HAYAT? (Bahagian 1/2)
PENGALAMAN HAYAT YANG PERTAMA—KELAHIRUAN
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)