Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Pakaian Kedua Para Pejayeng
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (150)
Kristus, Pejuang itu sebagai Sabda Tuhan
Pakaian Kedua Para Pejayeng
2020-09-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Ef. 6:10           Akhir sekali, hendaklah kamu diperkudratkan dalam Tuan dan dengan keperkasaan daya-Nya.
Wahi 19:14     Dan tentera yang ada di syurga mengikut-Nya di atas kuda putih; mereka berpakaian linen halus, putih lagi bersih.

Para pejayeng yang merupakan tentera syurgawi ialah orang yang mengkonstitusikan pengantin Kristus. Dengan kata lain, pengantin Kristus akan mengikut-Nya sebagai angkatan tentera-Nya untuk berperang dan membinasakan Antikristus dan tenteranya. Mereka yang telah jayeng atas setiap halangan akan menjadi pejuang bersama dengan Kristus dalam peperangan terakhir dengan Antikristus. Mereka ini ialah pengantin-Nya. Mereka telah menjadi rakan pejuang bersama dengan-Nya melalui Dia meministerkan bekalan hayat yang kaya kepada mereka. Sudah tentu Tuhan berharap agar pejayeng-Nya akan menjadi rakan pejuang yang sedemikian. 

Pekudus yang jayeng mempunyai dua pakaian, satu untuk penyelamatan dan satu lagi untuk ganjaran. Linen halus di sini ialah pakaian yang kedua. Pakaian yang kedua milik pejayeng ini melayakkan mereka menghadiri jamuan perkahwinan Anak Domba (Wahi 19:8-9) dan berperang bersama dengan Tuan untuk menentang musuh-Nya. Dengan itu, pakaian jamuan perkahwinan menjadi pakaian perang. Pakaian yang kedua bukan sahaja melayakkan kita menghadiri jamuan perkahwinan bahkan melayakkan kita menyertai angkatan tentera. Pakaian jamuan perkahwinan pengantin akan menjadi pakaian seragam yang dipakainya sebagai tentera Tuhan untuk berperang menentang musuh-Nya.…Bahkan hari ini, kita berperang melalui Kristus sebagai pakaian kita. Efesus 6 menunjukkan bahawa baju zirah lengkap Tuhan ialah Kristus.

Antara pelbagai butir baju zirah, hanya pedang adalah untuk menyerang; ertinya, hanya butir ini dalam baju zirah Tuhan yang digunakan untuk menyerang musuh.…Syaitan bukan sahaja musuh di luar kita; dia juga seteru dalam kita.…Oleh sebab elemen musuh ada dalam kita, kita memerlukan kudrat pembunuh dalam sabda untuk diterapkan pada diri kita secara subjektif.

Mendoa-baca Sabda Tuhan ialah cara untuk membunuh seteru dalam kita. Setiap hari dan dalam setiap situasi, kita harus berdoa-baca. Setiap kali kita diganggu oleh sesuatu yang negatif dalam kita, kita harus mengambil Sabda Tuhan melalui doa dalam roh. Apabila kita berbuat demikian, elemen negatif itu akan dibunuh.

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 6, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (150)
Kristus, Pejuang itu sebagai Sabda Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)