Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Kristus, Pejuang itu sebagai Sabda Tuhan
Pakaian Kedua Para Pejayeng
Kristus, Batu Dikerat Bukan Dengan Tangan
Kristus, Pejuang itu sebagai Sabda Tuhan
2020-09-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Wahi 19:13       Dia mengenakan pakaian yang dicelupkan di dalam darah, dan nama-Nya digelar Sabda Tuhan.

Wahi 19:15   Daripada mulut-Nya keluar pedang tajam, agar dengannya Dia dapat membunuh bangsa-bangsa…

Dalam Wahi 19, sebagai Sabda Tuhan, Kristus berbicara untuk Tuhan dengan melaksanakan penghakiman Tuhan ke atas orang yang memberontak.…Peperangan Kristus merupakan pembicaraan Sabda Tuhan. Tuhan adilbenar dan maha penentu. Dia juga Tuhan yang tertib; oleh itu, Dia tidak dapat bertolak ansur dengan ketidaktertiban dan pemberontakan. Semasa Kristus berperang dengan musuh, Dia akan mengatakan bahawa Tuhan adalah maha penentu, adilbenar, dan tertib. Dia akan mengisytiharkan bahawa Tuhan ialah Tuhan atas setiap orang dan Dia tidak akan bertolak ansur dengan pemberontakan terhadap kuasa-Nya. Dengan itu, Pejuang itu ialah Sabda. Peperangan-Nya ialah pembicaraan Sabda Tuhan. Peperangan Tuan di Harmagedon akan merupakan suatu pembicaraan yang berkudrat. Pembicaraan ini akan memberitahu Syaitan, Antikristus, penyabda palsu, dan seluruh alam semesta bahawa Tuhan adalah maha penentu dan tidak ada sesiapa yang dapat memberontak terhadap-Nya. Tuhan bukanlah Tuhan kekeliruan; Dia Tuhan yang maha penentu, Tuhan yang tertib yang tidak dapat bertolak ansur dengan pemberontakan. Tuhan yang tertib akan membersihkan semua pemberontakan. 

Dalam Wahi 19, Tuan Yesus yang turun dari syurga menampilkan diri sebagai Jeneral yang berjuang. Dia menunggang kuda putih, dan nama-Nya digelar “Sabda Tuhan” (ay. 11, 13). Sabda Tuhan yang kita bicarakan hari ini ialah Tuan Yesus. Akhirnya, sekiranya kita terus berbicara, pembicaraan kita akan menyebabkan Tuan Yesus datang

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 6, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Pakaian Kedua Para Pejayeng
Kristus, Batu Dikerat Bukan Dengan Tangan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)