Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (150)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (149)
Pakaian Kedua Para Pejayeng
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (150)
2020-09-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (150)

Bacaan Bible:

Ef. 5:27    Supaya Dia dapat mempersembahkan kepada diri-Nya gereja yang mulia, tanpa bintik atau kedut atau apa-apa yang sama seperti ini; sebaliknya, supaya gereja dapat menjadi kudus dan tanpa cacat cela.

Ef. 3:17    Agar Kristus dapat berumah dalam hatimu menerusi iktikad, agar kamu, dengan berakar dan berasas dalam kasih.

Hari ini kita harus mempersiapkan diri untuk menjadi pengantin perempuan dengan menerima elemen kekayaan Kristus sebagai pengkhasiatan kita. Kristus ialah makanan untuk gereja. Dengan itu, semasa dia mempersiapkan diri untuk dipersembahkan kepada Kristus, gereja harus makan Kristus.…Dengan makan-Nya, kita menjadi pengantin perempuan yang cantik lagi mulia. 

Pertama, Kristus harus masuk ke dalam kita dan kemudiannya kita asimilasikan. Dengan demikian, barulah Dia dapat bersinar keluar daripada kita. Penyinaran ini ialah kemuliaan pengantin perempuan, iaitu manifestasi kedivinan menerusi keinsanan. Kecantikan yang sebenar ialah atribut yang divin diekspresikan menerusi keinsanan. Tidak ada apa-apa dalam alam semesta yang secantik ekspresi ini. Oleh itu, kecantikan pengantin perempuan ialah Kristus yang bersinar keluar daripada kita.…Menerusi keinsanan kita, warna divin, penampilan divin, cita rasa divin, sifat divin, dan perwatakan divin diekspresikan. Haleluya untuk kecantikan sebegini!

Pada hari perkahwinannya, pengantin lelaki mengambil berat tentang kecantikan pengantin perempuannya jauh lebih daripada kebolehannya. Begitu juga, dalam kehidupan gereja, kecantikan kita akhirnya akan menjadi lebih penting bagi Tuan berbanding dengan fungsi kita. Pada permulaan kehidupan gereja, kita mungkin menekankan kebolehan dan fungsi. Namun, akhirnya kita akan lebih menekankan kecantikan.…Jangan terlalu beri perhatian untuk menjadi berkebolehan, layak, dan mempunyai berian dalam fungsi. Pada mulanya, hal-hal ini mungkin dikira penting dalam kehidupan gereja. Namun akhirnya, Tuan akan menunjukkan kepada kita bahawa apa yang dipentingkan-Nya bukanlah kebolehan kita, tetapi kecantikan diri-Nya yang diekspresikan menerusi keinsanan kita. Kristus tidak ingin mempersembahkan gereja yang berkebolehan kepada diri-Nya. Gereja yang akan dipersembahkan kepada-Nya adalah mulia dan cantik, iaitu gereja yang tanpa bintik, kedut, atau apa-apa yang sama seperti ini. Jika kita ingin membuang cacat cela dan kepincangan, kita harus menerima lebih banyak Kristus ke dalam kita. Dia bukan sahaja harus menguatkan kita untuk fungsi kita, malah harus mencantikkan kita agar kita dapat menjadi pengantin perempuan-Nya. 

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 6, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (149)
Pakaian Kedua Para Pejayeng
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)