Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Orang yang Berhati Murni
Apakah Itu Hayat (1)
APAKAH ITU HAYAT (2)
Orang yang Berhati Murni
2016-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 5:8: “Berberkatlah orang yang murni hatinya kerana mereka akan melihat Tuhan.”

Selepas menjadi seorang Kristian, kita mula mendambakan Tuhan dan ingin maju dari segi kerohanian. Untuk tujuan ini, soal yang utama ialah hati kita.

Pertama sekali kita harus memalingkan hati kita kepada Tuhan kerana orang yang berhati murni melihat Tuhan. Dalam Bible, orang yang berhati murni khususnya merujuk kepada hati yang mendambakan Tuhan. Tumpuan orang yang berhati murni ialah Tuhan sendiri. Mereka tidak mahukan wang, kedudukan, pakaian yang cantik, atau minyak wangi yang mahal. Mereka juga tidak mementingkan suami, isteri, atau anak mereka. Hati mereka tulus untuk Tuhan. Buku Matius berkata, “Berberkatlah orang yang murni hatinya kerana mereka akan melihat Tuhan” (5:8); Mazmur berkata, “Siapakah yang aku ada di syurga melainkan Engkau? / Dan selain Engkau, tidak ada apa-apa yang aku ingini di bumi” (73:25). Orang yang berhati murni mempunyai hati yang amat murni sehinggakan mereka hanya menghasratkan Tuhan dan bukan benda lain selain Tuhan.

Jika orang Kristian rela membenarkan Tuhan bekerja dalam mereka, maka perkara pertama yang harus dilakukan mereka ialah memalingkan hati mereka kepada Tuhan. Tuhan tidak ada jalan untuk bekerja dalam banyak orang kerana hati mereka tidak diletakkan pada-Nya. Kita tidak boleh mengatakan bahawa mereka tidak menghasratkan Tuan. Mereka benar-benar menghasratkan Tuan, namun mereka juga menghasratkan sesuatu selain Tuan sendiri. Dikkak yang lanjut usia menginginkan Tuan, tetapi banyak juga yang menginginkan anak-anak mereka, malah banyak lagi yang ingin mencari isteri yang baik untuk anak mereka. Banyak orang mengasihi Tuan sambil mengasihi wang dan mendambakan penghormatan daripada pekudus. Mereka datang ke dewan perhimpunan untuk membersihkan kerusi. Perbuatan ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar mengasihi Tuan. Namun selepas mereka membersihkan kerusi, jika dikbang yang bertanggungjawab tidak menunjukkan penghargaan terhadap mereka, mereka akan berasa tidak senang hati. Oleh yang demikian, jika kita mengatakan bahawa mereka tidak mengasihi Tuan, kita memang tidak adil terhadap mereka, namun jika kita mengatakan bahawa mereka mengasihi Tuan, kita memang tidak adil terhadap Tuan. Diri dalaman mereka amat rumit. Kasih sepatutnya sesuatu yang simpal. Seseorang isteri mengasihi suaminya bukan kerana wang. Begitu juga, orang Kristian harus mengasihi Tuhan bukan kerana Tuhan memberi mereka wang. Akan tetapi, banyak orang yang mengasihi Tuhan itu menjadikan Dia tempat meminta sesuatu. Mazmur 73:2 berkata, “Tetapi bagiku, kaki aku hampir tersimpang; / Langkah aku nyaris tergelincir.” Bahkan pemazmur juga mengatakan bahawa langkahnya hampir tergelincir, apatah lagi kita ini?

Sering kali, kita mungkin bingung dan tertanya-tanya mengapa orang yang berhati murni tidak makmur, sedangkan orang yang tidak mengasihi Tuan amat makmur. Jawapan kepada soalan ini menjadi jelas setelah kita masuk ke dalam kediaman kudus Tuhan (ay. 17). Orang lain hanya memperoleh keriangan dan damai sejahtera bumiah, tetapi orang yang berhati murni memperoleh Tuhan sendiri. Inilah apa yang dimiliki orang yang berhati murni. Kita harus ingat bahawa sebab Tuhan tidak bekerja dalam kita ialah diri dalaman kita tidak murni sepenuhnya. Sukar bagi Tuhan untuk bekerja dalam kita kerana hati kita tidak murni. Apabila hati kita tidak betul, fokus kita juga tidak tepat. Inilah sebabnya Bible mengatakan bahawa apabila hati kita berpaling kepada Tuan, selubung itu diambil pergi (2 Kor. 3:16). Inilah sebabnya Tuhan tidak dapat bekerja dalam banyak anak-Nya. Semua masalah mereka berpaut pada sama ada hati mereka tertumpu pada wang, pada anak-anak mereka, atau pada Tuhan. Tidak ada gunanya kita menghakimi orang lain dan tidak ada gunanya kita menyelidiki Bible. Yang bermanfaat hanyalah hati kita yang berpaling kepada Tuhan. Ada orang yang berpaling kepada Tuhan dengan separuh hati sahaja, ada pula membelakangi Tuhan dengan sepenuh hati. Kita harus ingat bahawa sejauh mana hati kita adalah untuk Tuhan akan menentukan sejauh mana Tuhan dapat bekerja dalam kita. Semoga kita semua menjadi orang yang berhati murni terhadap-Nya.

Apakah Itu Hayat (1)
APAKAH ITU HAYAT (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)