Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat APAKAH ITU HAYAT (2)
Orang yang Berhati Murni
YANG LAPAR DIKENYANGKAN-NYA DENGAN BENDA BAIK
APAKAH ITU HAYAT (2)
2016-10-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible: Ef. 4:18; Roma 8:2; Yoh. 10:10; 6:35, 55, 57; 6:63; Kej. 1:26-27; 2:7; Wahi 2:7; 22:2

Hayat sebagai isi kandungan Bible dilambangkan sepenuhnya oleh pohon hayat (Kej. 2:9). Untuk mengetahui makna pohon hayat, kita harus mempertimbangkan latar belakang bab satu dan dua dalam buku Kejadian. Buku Kejadian menggambarkan pohon hayat dalam latar belakang tertentu.

Manusia Mempunyai Imej, Rupa, dan Nafas Tuhan

Menurut Kejadian 1, manusia dicipta menurut imej Tuhan, mengikut rupa Tuhan. Secara luaran, dari segi penampilan, manusia mempunyai imej Tuhan dan rupa Tuhan (Kej. 1:26-27), dan secara dalaman, nafas Tuhan telah masuk ke dalam manusia (Kej. 2:7). Perkataan Ibrani untuk nafas dalam Kejadian 2:7 ialah neshamah. Perkataan neshamah ini juga digunakan dalam Amsal 20:27 dan diterjemahkan sebagai roh. Amsal 20:27 berkata, “Roh manusia itu pelita Yehova.” Dengan melihat penggunaan perkataan neshamah dalam dua ayat ini, kita dapat melihat bahawa apabila nafas itu ada pada Tuhan, ia adalah nafas (Kej. 2:7). Akan tetapi, apabila nafas ini masuk ke dalam manusia, ia menjadi roh manusia (Ams. 20:27). Dengan ini, kita dapat melihat bahawa roh manusia berkait rapat dengan Tuhan.

Kejadian 1 dan 2 menunjukkan kepada kita bahawa manusia secara luaran dijadikan menurut imej Tuhan, mengikut rupa Tuhan, dan secara dalaman dia dipenuhi nafas Tuhan. Nafas Tuhan menjadi roh manusia untuk manusia menghubungi Tuhan, menerima Tuhan, dan berisikan Tuhan. Dua bahagian Kejadian ini, 1:26-27 dan 2:7, menunjukkan kepada kita bahawa manusia ialah wadah. Penampilan luarannya adalah seperti Tuhan, dan bahagian dalamannya berkait rapat dengan Tuhan. Walaupun pada masa penciptaan manusia, dia mempunyai semua perkara ini, tetapi dia masih tidak mempunyai Tuhan di dalamnya. Manusia tidak mempunyai hayat Tuhan di dalamnya. Manusia hanya mempunyai nafas Tuhan, tetapi nafas itu bukan Tuhan sendiri dan juga bukan hayat Tuhan. Nafas ini mengaitkan manusia dengan Tuhan melalui pembentukan roh manusia.

Manusia sebagai Wadah yang Makan di Hadapan Pohon Hayat

Daripada Kejadian 1 dan 2, kita melihat bahawa Tuhan mencipta manusia sebagai satu wadah yang makan. Makan bererti menerima, menghadamkan, dan mengasimilasikan makanan. Apa-apa sahaja yang kamu makan akhirnya akan menjadi kamu. Lihatlah gambar dalam Kejadian 1 dan 2. Manusia dicipta sebagai satu wadah yang mempunyai imej dan rupa Tuhan secara luaran serta roh sebagai penerima secara dalaman. Setelah manusia dicipta dengan cara ini, Tuhan membawanya ke pohon hayat (Kej. 2:9). Pohon hayat ini baik untuk dijadikan makanan. Ini sama seperti membawa seseorang ke meja makan. Sebaik sahaja dia mula makan makanan itu, dia mula menghadamkan dan mengasimilasikan makanan itu. Akhirnya makanan itu menjadi sebahagiannya.

Walau bagaimanapun, sebelum manusia makan pohon hayat, Bible memberitahu kita bahawa Syaitan, Iblis itu, telah memesongkan manusia menerusi ular (Kej. 3:1-6). Akibatnya, manusia diasingkan daripada pohon hayat (Kej. 3:22-24). Namun Tuan Yesus telah datang supaya kita beroleh hayat dan berolehnya secara berlimpah-limpah (Yoh. 10:10). Hayat yang dibawa oleh Tuan semasa Dia datang ialah hayat bagi pohon hayat (Kej. 2:9). Dalam Injil Yohanes, Tuan juga memberitahu kita bahawa Dialah pohon anggur (Yoh. 15:1, 5) dan bahawa Dialah makanan (6:35, 55), yang baik untuk dimakan (ay. 51, 53, 57). Gambaran dalam ayat-ayat ini dalam Injil Yohanes ialah gambar seperti yang ada dalam Kejadian 2. Dalam Kejadian 2 manusia diletakkan di hadapan pohon hayat, dan dalam Injil Yohanes kita diberitahu agar makan Yesus, iaitu pohon hayat (Yoh. 15:1).

Malah dalam Wahi 2:7, kita melihat bahawa Tuan datang memanggil pejayeng untuk makan pohon hayat. Pejayeng ialah mereka yang makan Yesus sebagai pohon hayat dalam kehidupan gereja hari ini. Hari ini sebagai pejayeng dalam kehidupan gereja, kita makan Yesus sebagai pohon hayat, dan pada hari kelak semua pejayeng akan makan Yesus sebagai pohon hayat dalam Yerusalem Baru semasa kingdom milenium seribu tahun. Akhirnya dalam keabadian, pohon hayat akan berada di tengah-tengah Yerusalem Baru (Wahi 22:2). Pohon hayat akan memberi makan kepada semua umat yang ditebus Tuhan untuk selama-lamanya.

Tuhan bukan agama. Tuhan ialah hayat dan Dia adalah untuk hayat. Hari ini, hayat ini berada dalam sabda (Yoh. 6:63). Oleh itu, kita harus datang kepada sabda dan memakannya. Cara untuk memakan sabda adalah dengan melatih roh kita untuk menerima sabda. Roh kita ialah organ kita untuk menerima sabda Tuhan. Oleh itu, setiap hari dan setiap masa, kita harus melatih organ ini untuk menerima sabda. Dengan cara ini, kita menerima hayat. Inilah pengalaman hayat. Pengalaman hayat ialah kita melatih roh kita untuk memakan sabda agar kita dapat menerima hayat. Selepas kita menerima hayat ini, hayat ini akan menghidup keluar segala jenis perkara divin, rohani, dan syurgawi dengan cara yang tidak terbatas.

Orang yang Berhati Murni
YANG LAPAR DIKENYANGKAN-NYA DENGAN BENDA BAIK
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)