TRANSFORMASI
DAN KONFORMASI MELALUI HAYAT YANG BERCANTUM (1)
Ayat-ayat Bible: Roma
12:2, 8:29, 11:24
Kajian-hayat: Mesej
64
Bacaan Bible:
Roma 12:2 Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini,
tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda agar kamu dapat
mengujibuktikan apakah kehendak Tuhan, iaitu yang baik, diperkenan, dan
sempurna.
Petikan
Bacaan:
TAKDIR
KITA
Dalam 12:2 Paulus berbicara tentang
transformasi. “Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah
ditransform melalui pembaruan minda.” Dunia, iaitu sistem kesyaitanan, terdiri
daripada pelbagai zaman. Setiap zaman mempunyai corak dan gaya tertentu.
Rancangan Syaitan ialah mengkonform kita kepada zaman masa kini. Walaupun
Paulus menyebut tentang matlamat konformasi Syaitan dari aspek negatif, Paulus
tidak berbicara tentang matlamat transformasi di sini.
Matlamat transformasi terdapat dalam
Roma 8. Ayat 29 berkata, “Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga
dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat
menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.” Sebagai orang yang
dipanggil dan dijustifikasikan, takdir kita telah ditentukan Tuhan terlebih
dahulu. Sebelum pengasasan dunia, Tuhan mempratakdirkan kita agar dikonform
kepada imej Anak-Nya. Ini bermaksud bahawa konformasi kepada imej Kristus ialah
takdir kita dan juga destinasi kita. Tahukah anda ke mana kita akan pergi?
Destinasi kita ialah imej Anak Tuhan. Takdir kita bukan syurga – takdir kita
ialah dikonform kepada imej Anak Tuhan.
HAYAT
YANG BERCANTUM
Jika kita ingin memahami makna transformasi
dan konformasi, kita perlu menyedari bahawa buku Roma berbicara tentang satu
jenis hayat yang khusus – hayat yang bercantum. Hayat yang bercantum ialah
hayat pembauran, hayat yang merupakan hasil daripada pembauran bersama bagi dua
hayat. Dalam 11:24 Paulus berbicara tentang pencantuman dua pohon zaitun, bukan
pencantuman dua jenis pohon yang sama sekali berbeza. Oleh itu, pencantuman
dalam Roma ialah pencantuman antara dua pohon daripada keluarga yang sama.
Perbezaannya ialah satu pohon itu pohon zaitun yang ditanam manakala pohon yang
satu lagi ialah pohon zaitun liar.
Dalam buku Roma bab lima, Paulus
mula berbicara tentang hayat. Dalam ayat 10, dia mengatakan bahawa kita akan
diselamatkan dalam hayat Kristus. Selain itu, menurut 5:17, kita akan meraja
dalam hayat. Dalam 6:4, Paulus berbicara tentang bergerak-hidup dalam kebaruan
hayat. Dalam bab lapan, dia berbicara tentang Roh hayat dalam Kristus Yesus
(ay. 2). Dia seterusnya mengatakan bahawa roh kita ialah hayat (ay. 10), dan
minda diletakkan pada roh ialah hayat (ay. 6), dan Roh kepada Dia yang
membangkitkan Yesus daripada yang mati berhasrat untuk menyalurkan hayat ke
dalam tubuh kita yang akan mati (ay. 11). Hayat yang dibicarakan dalam semua
ayat ini ialah hayat yang bercantum.
PENCANTUMAN
HAYAT YANG SERUPA
Kita telah menunjukkan bahawa hayat
yang bercantum ialah hayat pembauran. Pencantuman ini berkesan hanya apabila
hayat-hayat yang hendak dicantumkan itu adalah serupa. Tuhan mencipta manusia
menurut imej-Nya dan mengikut rupa-Nya (Kej. 1:26). Hakikat ini membuktikan
bahawa hayat manusia dan hayat divin adalah serupa. Tuhan sengaja mencipta
manusia begini supaya hayat manusia amat menyerupai hayat divin.
SESUAI
UNTUK MASUK KE DALAM KITA
Semenjak Tuhan mencipta kita menurut
imej-Nya dan mengikut rupa-Nya, kita telah bersedia menerima-Nya ke dalam kita
sebagai hayat. Kita mempunyai roh untuk menerima-Nya dan mempunyai sukma untuk
mengekspresikan-Nya. Walaupun kita telah bersedia, namun Tuhan belum lagi
bersedia. Dia belum lagi sesuai untuk masuk ke dalam manusia. Untuk dijadikan
sesuai bagi tujuan ini, Dia perlu mengenakan kesinsanan; maksudnya, Dia perlu
berinkarnasi.
Bagi menjadikan diri-Nya sesuai
untuk masuk ke dalam kita, Kristus perlu melalui inkarnasi, kehidupan insani,
penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Tambahan pula, sebagai Roh
itu, Dia perlu turun ke atas kita. Selepas itu, seperkara lagi yang tinggal
ialah kita menyeru-Nya dalam iktikad. Apabila kita berkata, “O Tuan Yesus, aku
percaya kepada-Mu,” hayat-Nya yang sesuai itu masuk ke dalam hayat kita yang
bersiap sedia, dan dua hayat ini digabungkan. Dengan cara ini, hayat kita
dicantumkan ke dalam hayat-Nya.
DUA
HAYAT YANG RUMIT
Yohanes 3:16 memberitahu kita bahawa Tuhan mengasihi
dunia. Di mata Tuhan, manusia yang jatuh telah menjadi dunia. Ini bermaksud
bahawa bangsa manusia yang jatuh, korup, duniawi, dan bersifat kesyaitanan
ialah sistem Syaitan. Sebelum kita diselamatkan, kita ialah sebahagian daripada
sistem ini. Tuhan mengasihi dunia kerana di dunia ini terdapat hayat yang dicipta-Nya
menurut imej-Nya dan mengikut rupa-Nya untuk berisikan diri-Nya sebagai hayat.
Kedua-dua hayat divin dan hayat manusia adalah rumit.
Hayat divin adalah rumit dari segi positif, manakala hayat manusia adalah rumit
dari segi negatif. Menurut ekonomi-Nya, Tuhan berhasrat untuk mencantumkan
hayat manusia yang rumit dari segi negatif ini ke dalam hayat-Nya yang rumit
dari segi positif. Apabila kita percaya ke dalam Anak Tuhan dan menyeru nama
Tuan, hayat yang rumit dari segi positif itu masuk ke dalam kita, dan hayat
kita yang rumit dari segi negatif ini dicantumkan ke dalamnya.
Soalan-soalan
Kajian:
1. Sebagai
orang yang dipanggil dan dijustifikasikan, takdir kita telah ditentukan Tuhan
terlebih dahulu. Apakah takdir kita dan destinasi kita?
2. Huraikan
tentang hayat yang bercantum.