Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 65: Transformasi dan Konformasi Melalui Hayat yang Bercantum (2)
Mesej 64: Transformasi Dan Konformasi Melalui Hayat Yang Bercantum (1)
Mesej 66: Tuhan Mengutuk Dosa dalam Tubuh Daging
Mesej 65: Transformasi dan Konformasi Melalui Hayat yang Bercantum (2)
2021-11-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TRANSFORMASI DAN KONFORMASI MELALUI HAYAT YANG BERCANTUM (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 5:10, 17; 6:4; 8:2,6,10-11

Kajian-hayat: Mesej 65

Bacaan Bible: 

Roma 6:5 Jika kita bertumbuh bersama dengan-Nya dalam rupa bentuk kematian-Nya, sesungguhnya kita juga akan berada dalam rupa bentuk kebangkitan-Nya.

Petikan Bacaan: 

Transformasi dan konformasi ialah dua perkataan yang amat penting. Dua perkataan ini ialah jendela yang membolehkan kita melihat kedalaman wahi yang tersirat dalam buku Roma. Transformasi berkaitan dengan proses hayat, manakala konformasi berkaitan dengan matlamat hayat.

HAYAT MANUSIA DAN HAYAT DIVIN

Hayat yang mentransform kita ialah hayat yang bercantum, iaitu pembauran hayat manusia dengan hayat divin. Menurut ketentuan Tuhan dalam penciptaan, hayat manusia menyerupai hayat divin, sebagaimana sarung tangan menyerupai tangan. Jika tidak ada tangan, sarung tangan tidak ada tujuan dan tidak berguna. Menurut prinsip yang sama, jika hayat manusia tidak berisikan Tuhan, hayat manusia menjadi tidak bererti dan tidak berguna. Makna hayat manusia ialah berisikan hayat divin.

Pada hari kita menerima hayat divin ke dalam kita, satu perkahwinan yang ajaib berlaku dalam diri kita. Ini ialah perkahwinan hayat manusia dengan hayat divin. Dalam diri kita, kita mengalami percantuman hayat manusia dengan hayat divin. Pembauran dua hayat ini akan menghasilkan para anak yang wajar demi penggenapan tujuan Tuhan. Menerusi hayat yang berbaur dan bercantum ini kita akan ditransform dan dikonform sepenuhnya kepada imej Anak sulung Tuhan. 

BERTUMBUH BERSAMA DENGAN KRISTUS

Sekarang kita datang kepada satu butir yang amat penting. Dalam 6:5 Paulus berkata, "Jika kita bertumbuh bersama dengan-Nya dalam rupa bentuk kematian-Nya, sesungguhnya kita jugakan berada dalam rupa bentuk kebangkitan-Nya." Rupa bentuk kematian Kristus merujuk kepada baptisan. Lebih-lebih lagi, kita juga akan berada dalam rupa bentuk kebangkitan Kristus. Ini juga mengimplikasikan perihal bertumbuh bersama dengan Kristus.

Apabila seorang percayawan mengalami baptisan yang wajar, Roh divin dalamnya membunuh manusia lama berserta elemen duniawi dan elemen berdosa dalamnya. Kemudian dia bangun dari air sebagai seorang manusia baru. Mulai masa itu, percayawan ini terus bertumbuh dalam Kristus dalam rupa bentuk kebangkitan-Nya, iaitu dia bergerak hidup hari demi hari dalam kebaruan hayat.

Oleh itu, kehidupan orang Kristian sebenarnya ialah kehidupan baptisan. Dari satu segi, baptisan telah disempurnakan. Namun dari segi yang lain, baptisan akan berterusan sehingga kita ditransform dan dikonform sepenuhnya kepada imej Kristus. Oleh yang demikian, kita akan terus menjalani kehidupan baptisan sehingga matlamat ini tercapai. 

PERTUMBUHAN DAN PENGUDUSAN

Transformasi termasuk pertumbuhan dan pengudusan. Semasa kita ditransform, kita bertumbuh dan dikudusakan. Akhirnya, transformasi akan menghasilkan konformasi. Menerusi proses transformasi dan konformasi ini, kita divawa sepenuhnya ke dalam keanakan divin untuk menjadi anggota-anggota Tubuh Kristus. Inilah matlamat bagi tujuan abadi Tuhan, iaitu memperoleh Tubuh sebegini untuk mengekspresikan Kristus. 

DIBENTUK MENJADI RUPA ANAK SULUNG

Konformasi merujuk kepada pembentukan hayat. Semasa hayat divin bertumbuh dalam kita dan mentransform kita, hayat ini secara spontan membentuk kita menjadi rupa imej Anak sulung Tuhan. Banyak orang Kristian tidak melihat realiti ini, maka mereka cuba membentuk diri mereka menjadi rupa bentuk Kristus. Usaha diri sebegini langsung tidak berkesan. Hanya satu perkara yang berkesan-- hayat divin yang bertumbuh dalam kita, menguduskan kita, mentransform kita dan membentuk kita. Apa yang kita perlukan ialah pengalaman yang lebih penuh terhadap hayat yang bercantum. 

Hayat divin sudah bersedia dan berupaya melakukan kerja sebegini dalam kita. Namun dalam hal-hal yang ditunjukkan Tuan kepada kita, kita perlu melatih diri kita. Kita harus setia menghubungi-Nya, berdoa kepada-Nya, membaca Sabda, dan menghirup-Nya. Melakukan perkara-perkara ini bererti meletakkan minda kita pada roh. Ini akan memberi hayat divin satu laluan bebas untuk menyingkirkan elemen negatif, membangkitkan, meninggikan, dan membekali fakulti kita, dan menepui setiap bahagian diri kita. 

Soalan-soalan Kajian: 

Bagaimanakah kita mengalami transformasi dan konformasi melalui hayat percantuman ini?


Mesej 64: Transformasi Dan Konformasi Melalui Hayat Yang Bercantum (1)
Mesej 66: Tuhan Mengutuk Dosa dalam Tubuh Daging
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)