Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 63: Bukan Hayat Yang Bertukar Ganti, Tetapi Hayat Yang Bercantum
Mesej 62: Hayat Tuhan Tritunggal Didispenkan Ke Dalam Manusia Tripartit
Mesej 64: Transformasi Dan Konformasi Melalui Hayat Yang Bercantum (1)
Mesej 63: Bukan Hayat Yang Bertukar Ganti, Tetapi Hayat Yang Bercantum
2021-10-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

BUKAN HAYAT YANG BERTUKAR GANTI, TETAPI HAYAT YANG BERCANTUM

Ayat-ayat Bible: Roma 11:23-32

Kajian-hayat: Mesej 63

Bacaan Bible: 

Roma 11:24 Kerana jika kamu dipotong dari pohon zaitun liar yang semula jadi dan dicantum bertentangan dengan sifat sejadi ke dalam pohon zaitun yang ditanam, bukankah lebih-lebih lagi ranting-ranting semula jadi ini akan dicantum ke dalam pohon zaitun sendiri?

Petikan Bacaan: 

KEUPAYAAN UNTUK MENJADI SAMA SEPERTI TUHAN

Walaupun wahi ini terdapat dalam Bible, tidak banyak orang yang melihatnya. Kita memuji Tuan kerana dalam pemulihan-Nya wahi ini sudah dijadikan lebih daripada jelas. Manusia ialah wadah untuk berisikan Tuhan dan Tuhan berasa selesa dengan berada di dalam wadah yang ajaib ini; hakikat ini tidak lagi tersembunyi daripada kita. Jika kita melihat hakikat ini, kita berupaya memahami subjek mesej ini: Bukan hayat yang bertukar ganti, tetapi hayat yang bercantum. 

PENDISPENAN, BUKAN PERTUKARGANTIAN

Kita telah melihat bahawa ketika hayat divin masuk ke dalam hayat manusia, hayat divin menjadi isi kandungan dan hayat manusia menjadi bekas dan ekspresi. Akan tetapi, pertukaran atau pertukargantian hayat tidak berlaku di sini. Ini bermaksud bahawa kita tidak menukargantikan hayat manusia dengan hayat divin. Terdapat pendispenan, dan bukannya pertukargantian. Sarung tangan yang kosong dipenuhi tangan. Dengan menggunakan satu lagi kiasan, kita boleh mengatakan bahawa manusia adalah seperti tayar yang perlu dipenuhi udara. Udara didispenkan ke dalam tayar dan memenuhinya, tetapi udara tidak bertukar ganti dengan tayar. Begitu juga, udara divin, pneuma syurgawi, didispenkan ke dalam kita, tetapi tidak bertukar ganti dengan hayat insani kita. Sebaliknya, seperti yang akan kita lihat, hayat ini didispenkan ke dalam kita dan berbaur dengan kita. 

WADAH-WADAH TERHORMAT DAN MULIA

Dalam buku Roma, Paulus menggunakan tiga ilustrasi untuk menunjukkan pendispenan hayat divin ke dalam kita. Dalam setiap ilustrasi, kita melihat bahawa hayat orang Kristian bukan hayat yang bertukar ganti. Ilustrasi pertama adalah tentang wadah-wadah. Apabila sesuatu isi kandungan diletakkan ke dalam satu wadah, wadah tidak ditukar ganti. Sebaliknya, isi kandungan didispenkan ke dalam wadah. Wadah tersebut mungkin bumiah, sama sekali tidak terhormat atau mulia, manakala isi kandungan adalah terhormat dan mulia sama sekali. Apabila isi kandungan ini didispenkan ke dalam wadah bumiah, wadah itu menjadi wadah terhormat, wadah yang mulia. Ini bukan satu pertukargantian, tetapi satu pendispenan. 

PENYATUAN HAYAT

Ilustrasi Paulus yang kedua adalah berhubung dengan kehidupan perkahwinan. Perkahwinan bukan hayat yang bertukar ganti, tetapi penyatuan hayat. Dalam perkahwinan, suami menjadi persona isteri. 

Dalam perkahwinan di serata dunia, kepala pengantin perempuan ditudungi. Ini menunjukkan bahawa dalam penyatuan perkahwinan hanya terdapat satu kepala. Dalam penyatuan sebegini, tidak ada pertukargantian atau pertukaran, tetapi ada persepaduan. Isteri menyepadukan dirinya dengan suami, dan suami bersatu dengan isteri. Ini ialah penyatuan hayat, bukan pertukargantian hayat. 

PENCANTUMAN

        Oleh sebab ilustrasi wadah dan kehidupan perkahwinan tidak dapat menggambarkan aspek organik berhubung dengan pendispenan Tuhan, Paulus menyambung dengan menggunakan ilustrasi ketiga – pencantuman satu pohon dengan yang lain. Dalam 11:17-24 Paulus menggunakan ilustrasi ranting-ranting pohon zaitun liar dicantumkan kepada pohon zaitun yang ditanam. 

PENCANTUMAN HAYAT YANG SERUPA 

        Untuk sejenis hayat dicantumkan kepada hayat yang lain, kedua-dua hayat itu haruslah amat serupa. Sebagai contoh, mustahil untuk mencantumkan ranting pohon pisang kepada pohon pic. Bagaimanapun, adalah mungkin untuk mencantumkan ranting-ranting pohon pic yang buruk kepada pohon pic yang sihat dan produktif, kerana hayat bagi kedua-dua pohon ini amat mirip kepada satu sama lain. Kita juga boleh mengaplikasikan prinsip ini pada pendispenan hayat divin ke dalam manusia. Hayat divin tidak dapat bercantum dengan hayat anjing kerana langsung tidak terdapat keserupaan antara kedua-dua hayat ini. Akan tetapi, oleh sebab hayat insani kita dijadikan menurut imej Tuhan dan mengikut rupa Tuhan, maka hayat ini dapat digabungkan kepada hayat divin. Meskipun hayat insani kita bukan hayat divin, namun hayat ini menyerupai hayat divin. Oleh yang demikian, dua hayat ini dapat bercantum dengan mudah dan kemudian bertumbuh bersama secara organik.

DITINGGIKAN MENERUSI PENCANTUMAN

        Lebih-lebih lagi, menurut hukum semula jadi yang ditetapkan Tuhan, yang mempengaruhi hayat yang lebih kaya itu bukanlah hayat yang miskin, tetapi hayat yang lebih kaya itu mempengaruhi hayat yang miskin. Sebenarnya, hayat yang kaya akan menelan semua kecacatan hayat yang miskin, dengan demikian mentransform hayat yang miskin. Menurut prinsip yang sama, apabila kita dicantumkan ke dalam Kristus, Kristus menelan kecacatan kita, tetapi Dia tidak menghapuskan hayat kita sendiri. Sebaliknya, ketika Dia menelan kecacatan kita, Dia meninggikan keinsanan kita. Dia meninggikan minda, tekad, emosi, serta semua virtu kita. 

Soalan-soalan Kajian: 

1. Huraikan tiga ilustrasi yang digunakan Paulus untuk menunjukkan pendispenan hayat ke dalam kita. 

2. Jelaskan apa yang berlaku kepada hayat kita sendiri selepas dicantumkan ke dalam Kristus. 



Mesej 62: Hayat Tuhan Tritunggal Didispenkan Ke Dalam Manusia Tripartit
Mesej 64: Transformasi Dan Konformasi Melalui Hayat Yang Bercantum (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)