Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 58: Pemilihan Kurnia
Mesej 57 (2): Keadilbenaran—Kudrat Injil (2)
Mesej 59: Amalan Kehidupan Tubuh
Mesej 58: Pemilihan Kurnia
2021-10-08 | 62 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMILIHAN KURNIA

Ayat-ayat Bible: Roma 9:1-10:21

Kajian-hayat: Mesej 58

Bacaan Bible: 

Roma 9:16 Dengan demikian, ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat. 

Petikan Bacaan: 

Jika kita ingin mengenali injil Anak Tuhan secara menyeluruh, kita perlu melihat bahawa pemilihan Tuhan juga terangkum dalam injil ini. Pemilihan ini ialah pemilihan kurnia (11:5).

PEMILIHAN TUHAN

Dalam masyarakat, pemilihan berkaitan dengan kelahiran, pembesaran, pendidikan, dan kejayaan di dunia. Pemilihan manusia bergantung pada apanya orang itu sendiri. Mereka yang baik, yang cerah masa depannya, atau yang berjaya lebih berkemungkinan dipilih. Bertentangan dengan hal ini, pemilihan Tuhan tidak bergantung pada apanya kita, tetapi sama sekali bergantung pada Tuhan dan hasrat-Nya.  

Sejak lahir, kita mempunyai konsep bahawa kita harus bergelut untuk memperoleh sesuatu untuk diri kita. Biarpun kita gagal berulang kali, kita masih bergelut. Kita sama seperti Yakub perampas itu yang telah dipratakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi yang kedua tetapi masih bergelut untuk menjadi yang pertama. Puji Tuhan atas tangan rahmat-Nya yang menyekat yang telah mencegah kita daripada berjaya dalam ikhtiar kita! Dia menyekat kita kerana Dia telah memilih kita jauh sebelum kita dilahirkan. 

PEMILIHAN, PRAPENTAKDIRAN, DAN PANGGILAN

Pemilihan Tuhan berkaitan dengan prapentakdiran-Nya dan panggilan-Nya. Antara ketiga-tiga ini, pemilihan datang dahulu, diikuti prapentakdiran dan panggilan. Pertama-tama, Tuhan memilih kita. Kemudian Dia menanda asing kita, iaitu mempratakdirkan kita. Pemilihan dan juga prapentakdiran berlaku sebelum kita dilahirkan. Kemudian pada suatu ketika dalam hidup kita, Tuhan datang untuk memanggil kita. 

Sebelum wujudnya alam semesta, Tuhan telah memilih kita dan mempratakdirkan kita supaya beroleh keanakan. Kita perlu melatih roh kita dalam iktikad untuk mempercayai kata-kata ini yang tertulis dalam Bible. Pada hari yang ditentukan Tuhan, kita diselamatkan. Biarpun kita mungkin tidak mempunyai hasrat untuk percaya kepada Tuan Yesus, namun akhirnya kita percaya kepada-Nya kerana kita telah dipilih dan dipratakdirkan oleh Tuhan. Inilah pemilihan kurnia yang dalamnya rahmat Tuhan termanifestasi. 

PENGATURAN TUAN KE ATAS HIDUP KITA

Sebelum kita dilahirkan, Dia telah memilih kita dan mempratakdirkan kita serta mengatur segala-gala yang berkaitan dengan kita, termasuklah waktu dan tempat lahir kita. Malah Dia menetapkan semua hari-hari kita dan semua tempat kita berada. Menurut pengaturan Tuhan, saya dilahirkan pada abad kedua puluh. Selain itu, saya dilahirkan di kawasan yang mudah menghubungi orang Kristian. Hal ini sama sekali berasal daripada Tuhan. Di samping itu, kehidupan saya bersama dengan Tuan membuktikan bahawa jalan kita ditentukan-Nya, dan pengalaman saya mempersaksikan bahawa ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak atau dia yang berlari, tetapi bergantung pada Dia yang menunjukkan rahmat. Segala-gala yang berlaku kepada kita bergantung pada rahmat divin. 

BUKTI PEMILIHAN TUHAN

        Kita semua menjadi orang Kristian disebabkan oleh pemilihan ini. Bahkan banyak daripada kita tidak tahu mengapa kita menjadi orang Kristian pada mulanya. Sesetengah daripada kita bahkan pernah cuba tidak percaya kepada Tuan, namun kita tidak berjaya berbuat demikian. Disebabkan oleh pemilihan Tuhan, kita tidak ada pilihan melainkan menjadi orang Kristian. Kini memandangkan kita sudah percaya ke dalam Tuan Yesus, kita tidak dapat melarikan diri daripada-Nya lagi. Hal ini membuktikan bahawa kita telah dipilih Tuhan. 

SEGALA-GALANYA BERGANTUNG PADA RAHMAT TUHAN

Jika kita ingin melayan Tuhan secara wajar dalam injil Anak-Nya, kita perlu mengetahui bahawa injil merangkumi pemilihan kurnia. Injil sama sekali tertakluk kepada rahmat Tuhan yang maha penentu. Menerusi pengalaman bertahun-tahun, saya diyakinkan dengan teguh dan mendalam bahawa segala-gala yang berlaku pada kita berasal daripada Tuhan. Segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. 

Kita tidak harus menaruh keyakinan pada diri kita, dan tidak harus beranggapan bahawa kita berada di sini disebabkan apanya kita atau apa yang telah kita lakukan. Hari ini, kita berada dalam pemulihan Tuan bukan bergantung pada kita berkehendak atau kita berlari, tetapi bergantung pada Tuhan, yakni Dia yang menunjukkan rahmat. Kita telah diselamatkan dan kita bersedia mengambil jalan Tuan; ini sesungguhnya suatu rahmat! Di samping itu, kita sanggup diasingkan daripada zaman sekarang yang jahat juga kerana rahmat Tuan. Dunia adalah mempesona dan penuh daya tarikan. Bagaimanapun, saya boleh bersaksi bahawa saya langsung tidak ada selera terhadap perkara-perkara di dunia. Saya ditutupi oleh sejenis penebat divin, penebat yang menjauhkan saya daripada sistem dunia ini. Inilah satu lagi aspek rahmat Tuhan. 

MENYEMBAH TUAN ATAS RAHMAT-NYA 

Saya memandang kepada Tuan agar memberi kita tanggapan yang mendalam tentang rahmat-Nya dalam hal memilih kita. Jangan menaruh keyakinan pada apa yang dapat kamu lakukan. Sebaliknya, bersujudlah di hadapan Tuan dan menyembah-Nya atas rahmat-Nya. Semakin kamu menyembah Tuan atas rahmat-Nya, semakin kamu akan ditinggikan. Kamu akan mendapati bahawa Tuan sedang memikul kamu dalam rahmat-Nya, dan bukannya kamu yang bergelut untuk memikul tanggungjawab. Saya dapat bersaksi bahawa semakin kita menyembah Tuhan atas rahmat-Nya, semakin dalamnya kita berada dalam hati-Nya dan semakin kita bersatu dengan-Nya. 

Soalan Kajian: 

1. Huraikan tentang pemilihan Tuhan dan bagaimana kita tahu bahawa kita dipilih Tuhan. 

2. Segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan dan kita harus menaruh keyakinan kepada rahmat Tuhan. Kongsikan pengalaman anda yang menyebabkan anda mempunyai tanggapan yang mendalam berkenaan butir ini.   


Mesej 57 (2): Keadilbenaran—Kudrat Injil (2)
Mesej 59: Amalan Kehidupan Tubuh
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)