Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 59: Amalan Kehidupan Tubuh
Mesej 58: Pemilihan Kurnia
Mesej 60: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menggenapi Tujuan-Nya
Mesej 59: Amalan Kehidupan Tubuh
2021-10-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

AMALAN KEHIDUPAN TUBUH

Ayat-ayat Bible: Roma 12-16

Kajian-hayat: Mesej 59

Bacaan Bible: 

Roma 14:17 Kerana kingdom Tuhan bukanlah makan dan minum tetapi keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan dalam Roh Kudus.  

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej ini, kita akan mempertimbangkan amalan kehidupan Tubuh seperti yang dibentangkan dalam bab-bab penutup buku Roma. 

KEANAKAN UNTUK TUBUH

Kita telah melihat bahawa kita melayan Tuhan dalam injil Anak-Nya (1:9). Injil ini ialah injil keanakan. Keanakan termasuk pelantiktentuan, kebangkitan, justifikasi, pengudusan, transformasi, konformasi, pemuliaan, dan manifestasi. Sekarang kita sedang melalui proses pelantiktentuan; maksudnya, kita sedang dilantik tentu sebagai para anak Tuhan melalui kudrat kebangkitan. Keanakan adalah untuk Tubuh. Untuk menjadi anggota-anggota Tubuh Kristus, kita harus merupakan para anak Tuhan. 

Kehidupan Tubuh bukanlah sekadar para percayawan datang bersama-sama. Banyak kumpulan telah dibentuk bagi tujuan menjalani kehidupan Tubuh. Bagaimanapun, hasilnya ialah kegagalan. Kumpulan percayawan ini tidak menyedari bahawa kehidupan Tubuh bergantung pada keanakan, yang berasal daripada pelantiktentuan. Jika kita ingin mempunyai amalan kehidupan Tubuh yang wajar, kita harus ditransform menurut kudrat kebangkitan.  

TUBUH DIPERSEMBAHKAN, SUKMA DITRANSFORM, DAN ROH MEMBARA-BARA

Roma 12:1 berkata, “Oleh itu, aku menasihati kamu, dikbang-dikbang, menerusi belas kasihan Tuhan supaya mempersembahkan tubuhmu sebagai satu korban hidup yang kudus dan berkenan pada Tuhan; inilah pelayananmu yang munasabah.” Tubuh fizikal kita harus dipersembahkan kepada Tuan demi tujuan-Nya untuk memperoleh Tubuh. Sesetengah orang mungkin mempunyai hati untuk kehidupan Tubuh, tetapi jika dia tidak mempersembahkan tubuhnya, dia bukan untuk kehidupan Tubuh secara praktikal. 

Ayat 2 berbicara tentang minda, iaitu bahagian sukma yang utama: “Dan janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda.” Apabila minda kita diperbarui, sukma kita akan ditransform. Oleh itu, tubuh kita perlu dipersembahkan, dan sukma kita perlu ditransform. 

Dalam 12:11 Paulus berbicara tentang roh; dia memberitahu kita agar “membara-bara dalam roh”. Roh kita haruslah membara-bara; maksudnya, roh kita harus membakar dan menyala. Jika kita mempunyai tubuh yang dipersembahkan, sukma yang berada dalam proses ditransform, dan roh yang membara-bara, kita dapat mengamalkan kehidupan Tubuh secara wajar. 

MENERIMA PERCAYAWAN

Dalam bab empat belas, Paulus mengutarakan masalah tentang menerima percayawan yang mempunyai pendapat dan amalan yang berbeza dengan kita. Dalam 14:1 Paulus berkata, “Sekarang dia yang lemah dalam iktikad, hendaklah kamu terima, tetapi bukan bertujuan menghakimi pertimbangannya.” Kemudian Paulus menyambung dengan memberi dua contoh hal yang mungkin mencetuskan pandangan yang berlainan dalam kalangan percayawan. Contoh pertama adalah tentang pemakanan: “Ada yang percaya bahawa dia boleh makan segala jenis benda, tetapi dia yang lemah makan sayur-sayuran” (ay. 2). Perkara kedua adalah tentang pematuhan hari-hari: “Ada yang menetukan satu-satu hari itu lebih penting daripada hari lain; yang lain pula menentukan setiap hari sama sahaja” (ay. 5). Dua perkara ini adalah antara ilustrasi bagi banyak perkara yang memecahbelahkan orang Kristian. Biar kita mengambil contoh baptisan. Sesetengah orang berkeras tentang perendaman, manakala yang lain berkeras tentang perenjisan. Jika kita mempunyai amalan kehidupan Tubuh yang wajar, kita akan menerima semua percayawan yang sejati dalam Kristus, tidak kira mereka mengamalkan perendaman atau perenjisan. 

PERIHAL ROH ITU

        Roma 14:17 berkata, “Kerana kingdom Tuhan bukanlah makan dan minum tetapi keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan dalam Roh Kudus.” Menurut ayat ini, kingdom Tuhan ialah perihal Roh itu. Asalkan kita mempunyai keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan dalam Roh Kudus, kita tidak harus mengendahkan perbezaan dari segi doktrin atau amalan. 

LOKALITI GEREJA

Roma 16:1 berkata, “Aku mengesyorkan Febe dikkak kita kepadamu; dia seorang diaken perempuan bagi gereja yang berada di Kengkrea.” Ayat ini menyingkapkan aspek kedua bagi pelaksanaan kehidupan Tubuh: perihal gereja lokal. Jika kita ingin mempunyai kehidupan Tubuh secara praktikal, kita bukan sahaja harus menerima percayawan, tetapi juga harus memberi perhatian kepada gereja di lokaliti. Menurut Roma 16, pelaksanaan kehidupan Tubuh bergantung pada lokaliti gereja.  

GEREJA YANG BERADA DI RUMAH

Sekiranya kita ingin mempunyai amalan kehidupan Tubuh yang wajar hari ini, kita haruslah bersikap umum dalam penerimaan semua jenis percayawan. Asalkan seseorang itu benar-benar percaya kepada Tuan Yesus, kita harus menerimanya walaupun pendapatnya berbeza daripada pendapat kita berhubung dengan doktrin atau amalan. Lebih-lebih lagi, kita perlu berada dalam gereja lokal dan menghormati lokaliti gereja tersebut. Saya sungguh bersyukur kepada Tuan untuk bab enam belas! Dalam bab ini Roh Kudus menunjukkan dengan jelas bahawa demi amalan kehidupan Tubuh, kita perlu berada dalam gereja lokal. Di mana sahaja kita berada, kita harus berada dalam gereja di lokaliti tersebut. 

Soalan Kajian: 

1. Huraikan apa yang kita perlukan jika kita ingin mempunyai amalan kehidupan Tubuh yang wajar. 


Mesej 58: Pemilihan Kurnia
Mesej 60: Pendispenan Tuhan Tritunggal Untuk Menggenapi Tujuan-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)