Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 33: Butir Asas dalam Bab Lima hingga Lapan
Mesej 32: Konsep Asas Buku Roma
Mesej 34: Dibebaskan Daripada Dosa, Hukum, dan Tubuh Daging
Mesej 33: Butir Asas dalam Bab Lima hingga Lapan
2021-07-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

BUTIR ASAS DALAM BAB LIMA HINGGA BAB LAPAN 

Ayat-ayat Bible: Roma 5-8

Kajian-hayat: Mesej 33

Bacaan Bible: 

Roma 8:6 Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.   

Roma 8:11 Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman. 

Petikan Bacaan: 

Pembaca sekalian, kita akan mempertimbangkan beberapa butir asas dalam Roma 5 hingga 8 dalam bacaan hari ini. 

DUA HAKIKAT DAN DUA PENGALAMAN

    Bab lima dan enam mempunyai dua hakikat, iaitu hakikat dalam Adam dan dalam Kristus. Bab tujuh dan lapan mempunyai dua jenis pengalaman, iaitu pengalaman dalam tubuh daging dan pengalaman dalam roh. Pengalaman dalam tubuh daging ialah pengalaman bagi hakikat dalam Adam. Hakikat dalam Adam yang diwahikan dalam bab lima dialami dalam tubuh daging; hal ini dihuraikan dalam bab tujuh. Begitu juga, pengalaman dalam roh dalam bab lapan ialah pengalaman bagi hakikat dalam Kristus yang diwahikan dalam bab enam. Dengan kata lain, hakikat dalam Kristus hanya dapat dialami dalam roh. 

DALAM ADAM

Dalam Adam terdapat tiga hal yang utama: dosa, maut, dan dikonstitusikan sebagai pendosa (5:19). Sekalipun kita orang yang terbaik, dalam Adam kita masih merupakan pendosa di bawah pengutukan Tuhan. Dalam Adam kita mewarisi dosa, berada di bawah pemerintahan maut, dan dikonstitusikan sebagai pendosa di bawah pengutukan Tuhan. Semua ini ialah hakikat. 

DALAM KRISTUS 

Puji Tuan kerana kita mempunyai hakikat kedua, iaitu hakikat dalam Kristus! Oleh sebab kita berada dalam Kristus, kita mempunyai kurnia berserta keadilbenaran (5:17). Dalam Adam kita ada dosa, dalam Kristus kita ada kurnia berserta keadilbenaran. Lebih-lebih lagi, dalam Kristus kita ada hayat abadi dan bukan maut. Tambahan pula, dalam Kristus kita bukan berada di bawah pengutukan Tuhan; kita berada di bawah justifikasi-Nya. 

    Mungkin kamu tertanya bagaimana kamu dapat berada dalam Kristus. Kita berada dalam Kristus dengan dibaptis ke dalam-Nya (6:3), dan dengan percaya ke dalam-Nya (3:15). Tuhan telah meletakkan kita ke dalam Kristus (1 Kor. 1:30), dan kita semua harus mempercayai hakikat ini dan bersandar padanya. Haleluya, kita berada dalam Kristus! 

DALAM TUBUH DAGING 

    Setelah kita menyedari bahawa kita telah mati bersama dengan Kristus, kita juga harus melihat bahawa kita tidak ada kena-mengena lagi dengan hukum. Oleh sebab kita telah mati, maka kita dibebaskan, dilepaskan, daripada hukum (7:6). Janganlah kembali kepada hukum. Kembali kepada hukum bermakna bertekad untuk berbuat baik. Sekiranya kamu bertekad untuk berbuat baik, kamu sedang kembali kepada hukum. 

DALAM ROH 

    Dalam Roma 8, kita mendapati suatu perkara yang sungguh mudah. Kita perlu bergerak-hidup menurut roh dan meletakkan minda kita pada roh. Ini sudah mencukupi. Janganlah bertekad untuk berbuat baik atau berdoa agar Tuan membantu kamu berbuat baik. Lupakanlah semua konsep agamawi ini. Kita perlu bergerak-hidup, berkelakuan, dan membawa diri kita menurut roh dan sentiasa meletakkan minda pada roh. Kemudian kita akan mempunyai kebebasan, dan Kristus yang huni secara dalaman akan menyalurkan hayat ke dalam setiap bahagian diri kita, bahkan ke dalam anggota-anggota tubuh kita yang akan mati dan lemah (8:11). Seluruh diri kita akan diinfusikan dengan hayat divin. Hal ini bukan soal berbuat baik, mematuhi hukum, atau menggenapi tuntutan hukum. Hal ini ialah soal hayat dihidup keluar daripada roh kita. Apa yang dilakukan oleh hayat ini lebih banyak daripada sekadar menggenapi tuntutan adilbenar hukum. Apabila kita berkelakuan, bergerak-hidup, dan membawa diri kita menurut roh pembauran dan apabila kita meletakkan minda pada roh, tidak membenarkan minda bertindak sendiri untuk melakukan apa-apa, kita menikmati penyaluran hayat daripada Kristus yang huni secara dalaman. Kita menikmati penyelamatan Tuhan dan pengudusan yang terhasil daripada kita ditepui hayat-Nya. 

Soalan Kajian: 

Huraikan tentang dua hakikat dalam Roma lima dan enam. Kongsikan pengalaman anda berkenaan dua pengalaman dalam bab tujuh dan lapan.  

Mesej 32: Konsep Asas Buku Roma
Mesej 34: Dibebaskan Daripada Dosa, Hukum, dan Tubuh Daging
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)