Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 34: Dibebaskan Daripada Dosa, Hukum, dan Tubuh Daging
Mesej 33: Butir Asas dalam Bab Lima hingga Lapan
Mesej 35: Dibebaskan Daripada Maut (1)
Mesej 34: Dibebaskan Daripada Dosa, Hukum, dan Tubuh Daging
2021-07-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

DIBEBASKAN DARIPADA DOSA, HUKUM, DAN TUBUH DAGING 

Ayat-ayat Bible: Roma 1-16

Kajian-hayat: Mesej 34

Bacaan Bible: 

Roma 8:6 Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.   

Petikan Bacaan: 

        Pembaca sekalian, Tuhan sedang sibuk menjadikan pendosa-pendosa para anak untuk membentuk Tubuh Kristus! Haleluya, inilah pemikiran pusat buku Roma. 

MENGURUSKAN APA YANG TELAH KITA LAKUKAN DAN APANYA KITA

        Bagi menyempurnakan kerja menjadikan pendosa-pendosa para anak untuk membentuk Tubuh Kristus, Tuhan pertama-tamanya perlu menguruskan perbuatan kita yang lepas. Memandangkan Tuhan tidak dapat menerima kita sebagai anak-Nya yang mempunyai sejarah yang jahat, Dia harus menguruskan perkara ini. Tuhan bukan sahaja menanggulangi apa yang telah kita lakukan, bahkan menanggulangi apanya diri kita juga. Malah selepas diselamatkan, kita masih tidak seberapa baik. Syukur kepada Tuhan kerana Dia menguruskan apanya kita! Kematian Kristus di atas salib menanggulangi apa yang telah kita lakukan, manakala Kristus yang bangkit dan hidup dalam kita menanggulangi apanya kita. Kematian-Nya membawa keadilbenaran Tuhan kepada kita, manakala penghunian-Nya dalam kita menggarapkan kekudusan Tuhan ke dalam diri kita.  Dengan menguruskan masa lampau kita menerusi kematian-Nya, dan menguruskan apanya kita melalui Dia hidup dalam kita, Dia sedang mentransform pendosa-pendosa menjadi para anak Tuhan. Ini sungguh ajaib.

MASALAH DOSA, HUKUM DAN TUBUH DAGING

     Roma 5:19 berkata, "Menerusi keingkaran seorang manusia, banyak telah dikonstitusikan sebagai pendosa." Kita ialah pendosa yang dikonsitusikan dengan dosa. Malah sebelum kamu dilahirkan, kamu sudah pun seorang pendosa. Namun puji Tuan! Roma 6:6 berkata, “Kerana mengetahui ini, bahawa manusia lama kita telah disalibkan bersama dengan-Nya supaya tubuh dosa dapat dimansuhkan, agar kita tidak lagi melayan dosa sebagai abdi." Menerusi kematian Kristus, manusia lama kita telah ditamatkan. Dalam Kristus, manusia lama kita telah mati dan dikebumikan.

        Pada masa kejatuhan, dosa telah masuk ke dalam manusia. Namun manusia tidak menyedari betapa berdosanya dia. Inilah sebabnya Tuhan perlu memberi hukum kepada manusia agar keberdosaan manusia dapat didedahkan. Hasrat Tuhan ialah menggunakan hukum untuk mendedahkan manusia, tetapi manusia berfikir bahawa dia dapat mematuhi hukum. Oleh itu, kita bukan sahaja ada masalah dosa, malah ada masalah hukum juga. Seperti yang telah dilihat, masalah dosa telah diselesaikan dalam Roma 6. Akan tetapi, bagaimanakah masalah hukum dapat diselesaikan? Dalam Roma 7, kita melihat kalan untuk dibebaskan daripada hukum sama dengan jalan dibebaskan daripada dosa, iaitu menerusi kematian manusia lama. Puji Tuan kerana manusia lama sebagai orang yang berbuat dosa dan menganggap dirinya suami telah disalibkan dan dikebumikan! Kini kita bebas daripada dosa dan hukum. Ini meliputi bahagian pertama Roma 7.

        Dalam bahagian kedua bab tujuh terdapat satu masalah lain-tubuh daging. Dosa telah menjadikan tubuh kita tubuh daging yang berdosa. Tubuh kita yang jatuh langsung tidak ada kebaikan; tubuh ini telah menjadi tubuh daging. Dalam 7:18 Paulus berkata, “Kerana aku mengetahui bahawa dalamku, iaitu dalam tubuh dagingku, tidak ada apa yang baik huni." Dalam 7:25 dia berkata, "Aku sendiri dengan minda melayan hukum Tuhan, tetapi dengan tubuh daging melayan hukum dosa." Kita semua harus dibebaskan daripada dosa, hukum, dan tubuh daging; segala-gala ini ialah akibat kejatuhan kita.

DIBEBASKAN DARIPADA TUBUH DAGING DENGAN BERGERAK-HIDUP MENURUT ROH

        Dari bab lima hingga bab lapan, terdapat empat butir penting. Butir utama dalam bab lima ialah kita dikonstitusikan sebagai pendosa. Butir utama dalam bab enam ialah manusia lama kita telah disalibkan dan kita telah dibebaskan daripada dosa. Butir utama dalam bab tujuh ialah suami lama kita telah disalibkan dan kita telah dibebaskan daripada hukum. Butir utama dalam bab lapan ialah apabila kita berada dalam roh dan bergerak-hidup menurut roh, kita dibebaskan daripada tubuh daging dan tidak lagi terhutang kepadanya. "Kita bukan penghutang kepada tubuh daging untuk hidup menurut tubuh daging" (8:12).

        Roma 7:18 berkata, "Kerana bertekad ada padaku, tetapi mengerjahasilkan kebaikan tidak.” Bertekad untuk berbuat baik dan tidak naik marah selalu ada pada kita. Akan tetapi, mengerjahasilkan apa yang kita hasratkan tidak ada pada kita. Jadi apakah yang patut kita lakukan? Kita tidak harus bertekad lagi. Kita tidak harus bertekad, sebaliknya kita harus meletakkan minda pada roh. Inilah kuncinya. Kita harus mengamalkan satu perkara sahaja: meletakkan minda pada roh dan bergerak-hidup menurut roh. Jangan berfikir tentang apa yang akan berlaku sekiranya dikbang tertentu menjengkelkan kamu. Jika kamu terus melatih tekad kamu, kamu akan gagal. Akan tetapi, jika minda dan seluruh diri kamu diletakkan pada roh dan kamu bertindak menurut roh, kamu akan dibebaskan daripada tubuh daging secara praktikal. Kamu akan mengalami perbezaan yang besar dalam kehidupan harian kamu. Kita tidak perlu tinggal dalam Roma 5, 6 atau 7 tetapi harus tinggal dalam Roma 8, meletakkan minda kita pada roh dan hidup, bergerak-hidup, serta bertingkah laku menurut roh kita. Kemudian kita akan mengalami kebebasan penuh daripada dosa, hukum, dan tubuh daging.

Soalan Kajian: 

1. Huraikan kerja penyelamatan yang disempurnakan Tuhan dalam menjadikan pendosa-pendosa para anak Tuhan dari aspek judisial dan aspek organik.

2. Kongsi dengan teman rohani anda tentang pengalaman "bertekad ada padaku, tetapi mengerjahasilkan kebaikan tidak" dan bagaimana anda mengalami kebebasan daripada belenggu ini menurut Roma 8. 

Mesej 33: Butir Asas dalam Bab Lima hingga Lapan
Mesej 35: Dibebaskan Daripada Maut (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)