Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 32: Konsep Asas Buku Roma
Mesej 31: Kata Penutup
Mesej 33: Butir Asas dalam Bab Lima hingga Lapan
Mesej 32: Konsep Asas Buku Roma
2021-06-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KATA PENUTUP 

Ayat-ayat Bible: Roma 1-16

Kajian-hayat: Mesej 32

Bacaan Bible: 

Roma 8:29 Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada bimej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak

Petikan Bacaan: 

Para pembaca sekalian, kita telah meliputi buku Roma secara umum dalam tiga puluh satu mesej yang lalu. Bermula dengan mesej ini, kita akan melihat butir-butir penting berkenaan hayat. 

PEMIKIRAN ASAS BUKU ROMA

Terlebih dahulu, kita perlu jelas dengan pemikiran asas buku Roma. Adakah pemikiran asas buku Roma justifikasi melalui iktikad? Adakah ianya penyelamatan Tuhan? Sebenarnya, pemikiran asas bagi buku ini ialah: Tuhan menghasilkan para anak daripada pendosa untuk membentuk Tubuh bagi Kristus supaya Dia dapat diekspresikan. Ini sungguh menakjubkan. Tuhan berhasrat untuk menggarapkan diri-Nya sebagai hayat ke dalam banyak pendosa dan semua pendosa ini akan menjadi anak-Nya yang banyak setelah mereka ditebus dan diselamatkan serta beroleh hayat-Nya. Setiap pendosa yang dilahirkan daripada Tuhan dan menerima hayat Tuhan telah menjadi seorang daripada para anak-Nya (Yoh. 1:12-13). Akan tetapi, ini masih bukan matlamat muktamad tujuan Tuhan. Matlamat muktamad tujuan-Nya ialah membina semua anak ini bersama-sama menjadi satu Tubuh untuk mengekspresikan Kristus. 

RINGKASAN BAHAGIAN-BAHAGIAN BUKU ROMA: BAHAGIAN PENYELAMATAN ABADI DAN BAHAGIAN TUBUH, EKSPRESI KRISTUS

Bahagian pertama (bab satu hingga bab lapan) berbicara tentang penyelamatan peribadi bagi individu-individu yang percaya kepada Kristus. Dalam bab lapan, kita baca tentang dikbang yang banyak bagi Yang Sulung (ay. 29). Sekarang Tuhan bukan hanya mempunyai Anak tunggal, malah juga mempunyai anak yang banyak, iaitu dikbang-dikbang kepada Yang Sulung. 

Bahagian terakhir buku Roma, iaitu bab dua belas hingga enam belas, merangkumi Tubuh, kehidupan gereja. Dikbang yang banyak dalam bab lapan menjadi anggota Tubuh dalam bab dua belas. Ini bukan soal hayat, tetapi hal berkenaan fungsi. Menjadi anak ialah perkara hayat, manakala menjadi anggota Tubuh ialah perkara berkenaan fungsi. Kita semua harus berfungsi bersama-sama sebagai Tubuh untuk mengekspresikan Kristus. Tubuh ini harus diekspresikan secara praktikal dalam semua gereja lokal. 

SITUASI KITA: PERBUATAN KITA DIDEDAHKAN DAN KITA DIKOSTITUSIKAN SEBAGAI PENDOSA

Sekarang mari kita lihat beberapa perkara yang ditemui dalam bahagian pertama. Dalam bahagian ini, Paulus mula-mulanya mendedahkan kita dalam perbuatan kita. Betapa kotor, jahat, gelap, dan hodohnya hal-hal yang didedahkan Paulus dalam permulaan bab buku ini. 

Bermula dari 5:12, Paulus bukan mendedahkan apa yang telah kita lakukan, tetapi apanya kita. Kita telah dikonstitusikan sebagai pendosa (5:19). Sebelum kita berbuat dosa, kita sudah pun dikonstitusikan sebagai pendosa. Ambil pohon epal sebagai contoh. Sebelum pohon epal menghasilkan buah epal, ia sudah pun pohon epal. Ia menghasilkan buah epal kerana ia pohon epal. Demikian juga, kita melakukan dosa kerana kita pendosa. Walaupun kamu mungkin baik, kamu masih seorang pendosa, kerana kamu dilahirkan sebagai pendosa. Kita adalah berdosa dalam apa yang kita lakukan, kita dikonstitusikan sebagai pendosa dalam apanya kita, dan kita terbelakang daripada kemuliaan Tuhan. 

JALAN TUHAN: KEADILBENARAN TUHAN DIKIRA KEPADA KITA DAN KEKUDUSAN TUHAN DIGARAPKAN KE DALAM KITA

Bagaimanakah Tuhan dapat menghasilkan para anak daripada pendosa sedemikian? Dia hanya dapat melakukannya melalui tiga hal-melalui keadilbenaran, kekudusan, dan kemuliaan-Nya. Dalam Roma, Paulus memberitahu kita bahawa Tuhan telah memakaikan keadilbenaran-Nya pada kita dan Dia mengira keadilbenaran-Nya sebagai keadilbenaran kita (4:22-24). Ini bermakna bahawa Tuhan telah memberi keadilbenaran-Nya kepada kita. Hal ini disempurnakan menerusi kematian Kristus yang menebus. 

Selain itu, Tuhan sedang menggarapkan kekudusan-Nya kedalam kita. Kekudusan Tuhan bukan berada pada kita, tetapi digarapkan ke dalam kita. Ini bukan sekadar perkara berkenaan penudungan secara luaran, tetapi penyaluran secara dalaman. Tuhan menggarapkan kekudusan-Nya ke dalam kita dengan menyalurkan sifat-Nya ke dalam kita. Dia berbuat demikian dengan masuk ke dalam kita untuk menjadi hayat kita. Tuhan masuk ke dalam kita sebagai hayat supaya Dia dapat menepui semua bahagian dalaman diri kita dengan apanya Dia. Bahkan sekarang Tuhan sedang menepui setiap bahagian diri kita dengan elemen-Nya. Dengan cara ini, Tuhan menjadikan kita kudus. Ini bukan keadilbenaran luaran; ini ialah kekudusan dalaman. Ia bukan sahaja menjadikan kita kudus dari segi kedudukan tetapi juga kudus dari segi disposisi. Inilah pengudusan.Langkah terakhir Tuhan bekerja dalam kitaialah pemuliaan. Satu hari nanti, kita semua akan dimuliakan (8:30). Haleluya. 

Pekudus, inilah hati Tuhan. Tuhan melakukan begitu banyak untuk kita kerana Dia mengasihi kita. Tuhan mengasihi kamu, dan Dia menjamin bahawa Dia akan menyempurnakan segala-gala bagi pihak kamu. Semoga kita bekerjasama dengan-Nya, membenarkan Dia bekerja dalam kita hari demi hari.

Soalan Kajian: 

Jelaskan pemikiran asas buku Roma. Bagaimanakah Tuhan dapat menghasilkan para anak daripada pendosa?


Mesej 31: Kata Penutup
Mesej 33: Butir Asas dalam Bab Lima hingga Lapan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)