Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 31: Kata Penutup
Mesej 30: Konsumasi Injil
Mesej 32: Konsep Asas Buku Roma
Mesej 31: Kata Penutup
2021-06-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KATA PENUTUP 

Ayat-ayat Bible: Roma 1-16

Kajian-hayat: Mesej 31

Bacaan Bible: 

Roma 16:17 Sekarang aku menasihati kamu, dikbang-dikbang, agar memperhatikan mereka yang mencetuskan perpecahan dan punca penyandungan bertentangan dengan ajaran yang telah kamu pelajari, dan berpalinglah daripada mereka.  

Roma 16:25 Sekarang kepada Dia yang berupaya meneguhkan kamu menurut injilku, iaitu pemberitaan tentang Yesus Kristus menurut pewahian misteri itu yang telah disimpan secara diam-diam sejak masa zaman-zaman. 

Petikan Bacaan: 

Pembaca sekalian, kita akan melihat seluruh buku Roma dari beberapa sudut pandangan dalam bacaan hari ini. 

TUHAN DALAM ROMA 

Pertama sekali, Roma menunjukkan kepada kita Tuhan dalam penciptaan-Nya (1:19-20). Kedua, Roma mewahikan Tuhan dalam pengutukan kepada kita (Roma 2). Kemudian Roma memaparkan Tuhan dalam penebusan kepada kita (Roma 3). Selepas penebusan, buku ini mewahikan Tuhan dalam justifikasi (Roma 3 – 4). Berikutan ini, Tuhan dilihat dalam pendamaian (Roma 5). Selain itu, Tuhan ini dapat kita realisasikan dalam persepaduan kita dengan Kristus (Roma 6). Roma juga menunjukkan Tuhan dalam pengudusan untuk kita alami (Roma 6 hingga 8). Roma juga mewahikan Tuhan dalam pemuliaan untuk kita nikmati (Roma 8). Selain itu, Tuhan diwahikan kepada kita dengan lebih lanjut dalam kasih-Nya yang menjamin takdir kita (8:31-39). Tuhan juga dilihat dalam pemilihan-Nya (Roma 9 hingga 11). Akhirnya Tuhan dimuliakan dalam Tubuh Kristus (Roma 12). Akhirnya Roma membentangkan kepada kita bahawa Tuhan diekspresikan dalam kehidupan gereja (Roma 16). 

SUDUT PANDANGAN YANG PRAKTIKAL

Sekarang kita harus melihat dari sudut pandangan kita. Dalam bab satu kita lihat bahawa kita ialah pendosa dan budaya serta agama tidak dapat membantu kita. Masalah kita mula diselesaikan dalam bab tiga melalui penebusan Tuhan. Kemudian datangnya justifikasi, pendamaian, persepaduan, pengudusan, konformasi, dan pemuliaan. Berikutan ini, kita datang kepada bab dua belas; di sini kita mendapati diri kita ditransform dalam Tubuh. Kita telah menjadi anggota Tubuh. 

Kebanyakan orang yang berbicara tentang Tubuh dalam Roma 12 telah mengabaikan amalan dalam Roma 14. Akan tetapi, tanpa amalan yang wajar dalam bab empat belas, kita tidak mungkin ada realiti dalam bab dua belas. Tanpa Roma 14, kita tidak dapat mempunyai Tubuh, kerana tanpa amalan menerima percayawan yang diwahikan dalam bab ini, orang Kristian kekal berpecah belah disebabkan konsep doktrin. Doktrin memecahbelahkan; hayat menyatupadukan. 

    Dalam buku Roma, kita melihat bahawa Dutus Paulus adalah untuk gereja-gereja lokal secara mutlak. Dalam 16:1 dia mengesyorkan Febe, seorang diaken perempuan bagi gereja di Kengkrea. Pengesyoran Paulus yang pertama ialah seorang dikkak yang melayan di gereja lokal yang tertentu. Oleh itu, kita haruslah praktikal dalam kehidupan gereja, berbahagian dalam fungsi yang khusus dalam gereja lokal seperti yang dilakukan Dikkak Febe dalam gereja lokal di Kengkrea. Dalam bab satu, kita ialah pendosa di bawah pengutukan Tuhan. Menerusi proses dalam bab tiga hingga lima belas, dalam bab enam belas kita ialah pekudus yang membentuk gereja lokal. Puji Tuan untuk kerja penebusan, pengudusan, transformasi, dan pembinaan-Nya! Ini ialah mahakarya kerja-Nya. 

Soalan Kajian: 

Paulus berasa amat teruja dan puas pada akhir buku Roma dan menutup suratnya dengan melodi pujian. Apakah yang menyebabkan Paulus mempunyai perasaan sedemikian?


Mesej 30: Konsumasi Injil
Mesej 32: Konsep Asas Buku Roma
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)