Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 29: Transformasi dalam Menerima Percayawan (2)
Mesej 28: Transformasi dalam Menerima Percayawan (1)
Mesej 30: Konsumasi Injil
Mesej 29: Transformasi dalam Menerima Percayawan (2)
2021-06-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TRANSFORMASI DALAM MENERIMA PERCAYAWAN (2) 

Ayat-ayat Bible: Roma 14:13-15:12

Kajian-hayat: Mesej 29

Bacaan Bible: 

Roma 14:17 Kerana kingdom Tuhan bukanlah makan dan minum tetapi keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan dalam Roh Kudus. 

Roma 15:12 Dan sekali lagi, Yesaya berkata, “Akan ada akar Isai, iaitu Dia yang bangun memerintah bangsa Asing; pada-Nya bangsa Asing akan menaruh harapan.”

Petikan Bacaan: 

Dalam bacaan hari ini, kita perlu melihat beberapa butir lagi berkenaan perkara transformasi dalam menerima percayawan. 

DALAM PRINSIP KASIH

Sila ingat bahawa buku Roma ditulis tidak lama selepas Paulus menulis 1 Korintus, dan dia menulis Buku Roma di Korintus. Paulus menguntukkan 1 Korintus 13 untuk perkara berkenaan kasih, menyelitkannya antara dua bab yang berkaitan dengan kurniaan rohani. Dalam bab tiga belas, Paulus memaparkan cara yang unggul untuk melatih kurniaan dan dia menyenaraikan banyak atribut dan ciri-ciri kasih. Saya percaya bahawa konsep tentang kasih ini segar dalamnya semasa dia menulis buku Roma bab empat belas. Oleh itu, dalam buku Roma, Paulus seolah-olah memberitahu pekudus, “Kamu harus menerima orang lain dalam prinsip kasih. Kasih harus menguasai kamu. Kasih harus menjadi prinsip yang mengawal dalam hal menerima pekudus.”

DEMI KEHIDUPAN KINGDOM

Apabila kamu hendak menerima pekudus, kamu harus sedar bahawa pekudus bukan diterima menurut konsep doktrin kamu atau amalan agama berkenaan hal makan dan minum. Kingdom Tuhan bukanlah makan dan minum. Kingdom Tuhan ialah keadilbenaran terhadap diri kamu, kedamaian terhadap orang lain, dan keriangan terhadap Tuhan dalam roh kamu. Sama ada kamu makan kura-kura atau kubis, itu tidak terkira apa-apa. Akan tetapi, keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan amat bermakna, kerana butir-butir ini ialah ekspresi Kristus. Apabila Kristus diekspresikan, Dia ialah keadilbenaran kita. 

MENURUT KRISTUS

Paulus amat arif. Semasa membaca bahagian Roma ini, jika kita tidak berada dalam roh, kita akan kehilangan banyak bahagian yang dalam, yang ditulis oleh Paulus. Berkenaan bahagian penerimaan pekudus ini, Paulus memulakan dengan perkara berkenaan konsep doktrin, iaitu konsep yang dipegang terutamanya oleh orang Yahudi yang agamawi, dan dia menutupnya dengan perihal menerima pekudus menurut Kristus. Kita tidak harus menerima percayawan menurut konsep doktrin, tetapi menurut Kristus.  

Ayat 12 mewahikan lebih banyak tentang Kristus. “Dan sekali lagi, Yesaya berkata, ‘Akan ada akar Isai, iaitu Dia yang bangun memerintah bangsa Asing; pada-Nya bangsa Asing akan menaruh harapan.’” Walaupun Kristus ialah akar Isai, iaitu sumber bapa leluhur orang Yahudi, namun Dia akan menjadi pemerintah bagi bangsa Asing, dan pada-Nya bangsa Asing akan menaruh harapan. Di sini kita melihat kealmuhitan Kristus. Dengan menjadi akar kepada orang Yahudi dan dengan menjadi Dia yang menaungi, pemerintah atas bangsa Asing, Dia membawa orang Yahudi dan bangsa Asing bersama-sama dan menjadikan mereka satu. Saya percaya bahawa itu seharusnya konsep yang mendalam bagi dutus Paulus semasa menulis bahagian Roma ini. Dengan menjadi akar Isai dan Dia yang menaungi bangsa Asing, Kristus mengaitkan dua kumpulan orang ini dan membawa mereka bersama-sama demi satu Tubuh, demi satu manusia baru, gereja. 

Kristus adalah almuhit dan mencakupi segala. Memandangkan Kristus ialah Dia yang mencakupi segala ini, yang membawa orang Yahudi dan bangsa Asing bersama-sama, kita harus menerima pelbagai percayawan menurut Kristus. Jangan berkata, “Ini orang Amerika, itu orang British, dan itu orang Jerman, itu orang Jepun, itu orang Filipina, dan itu orang Korea. Saya tidak dapat menerima begitu banyak orang yang berlainan.” Pertimbangkan Kristus yang merupakan akar bagi sekumpulan orang dan pemerintah, Penaung atas kumpulan orang yang satu lagi. Dia adalah almuhit. Semasa menerima pekudus, kita juga harus sedemikian mencakupi segala, menerima orang dari Timur, Barat, Selatan, dan Utara. Tidak kira siapa mereka dan mereka orang yang bagaimana, kita harus mengaitkan semua percayawan bersama-sama dalam satu Tubuh. Saya percaya bahawa inilah yang dimaksudkan dengan menerima pekudus menurut Kristus. 

Soalan Kajian: 

Hal menerima percayawan bukan perkara yang kecil. Ia berkaitan dengan tempat penghakiman pada masa kelak dan berkaitan dengan kehidupan kingdom pada masa sekarang. Huraikan kenyataan ini. 

Mesej 28: Transformasi dalam Menerima Percayawan (1)
Mesej 30: Konsumasi Injil
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)