Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 28: Transformasi dalam Menerima Percayawan (1)
Mesej 27: Transformasi: Dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (3) dan Dalam Ketundukan, Kasih, dan Peperangan
Mesej 29: Transformasi dalam Menerima Percayawan (2)
Mesej 28: Transformasi dalam Menerima Percayawan (1)
2021-06-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TRANSFORMASI DALAM MENERIMA PERCAYAWAN (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 14:1-15:13

Kajian-hayat: Mesej 28

Bacaan Bible: 

Roma 14:1-5 Sekarang dia yang lemah dalam iktikad, hendaklah kamu terima, tetapi bukan bertujuan menghakimi pertimbangannya. Ada yang percaya bahawa dia boleh makan segala jenis benda, tetapi dia yang lemah makan sayur-sayuran. Dia yang makan, janganlah memandang hina akan dia yang tidak makan, dan dia yang tidak makan, janganlah menghakimi dia yang makan, kerana Tuhan telah menerimanya. Siapakah kamu yang menghakimi hamba rumah orang lain? Kepada tuannya sendiri dia berdiri atau jatuh, dan dia akan berdiri kerana Tuan berupaya mendirikannya. Ada yang menentukan satu-satu hari itu lebih penting daripada hari lain, yang lain pula menentukan setiap hari sama sahaja. Hendaklah setiap orang diyakinkan sepenuhnya dalam mindanya sendiri.

Petikan Bacaan: 

Pada pengakhiran Roma 13, kehidupan gereja telah digambarkan dan kehidupan orang Kristian juga telah dihuraikan dengan secukupnya. Akan tetapi, di sini masih terdapat keperluan yang besar. Kita perlu memberi perhatian kepada hal menerima pekudus. Dalam hal menerima pekudus, kita perlu melatih pentamyizan; pentamyizan ini datang daripada amalan kehidupan gereja dan menjalani kehidupan orang Kristian yang normal. Jika kita tidak jelas tentang hal menerima percayawan, kita akan merosakkan kehidupan gereja dan mengeratnya menjadi cebisan. Jika kita tidak berhati-hati dalam hal menerima pekudus, gereja akan dirosakkan dengan teruk. Untuk menerima rakan percayawan kita dalam Tuan, kita memerlukan transformasi. Jika kita tidak ditransform hingga tahap tertentu, kita tidak dapat menjadi satu dengan percayawan lain. 

I. MENURUT PENERIMAAN TUHAN, BUKAN MENURUT KONSEP DOKTRIN

Kita harus menerima pekudus menurut penerimaan Tuhan terhadap mereka. Sesiapa sahaja yang diterima oleh Tuhan harus juga kita terima. Kita tidak ada pilihan. Pertimbangkan sebuah keluarga yang mempunyai banyak anak. Sesetengah anak amat baik, tetapi ada yang jahat; sesetengah anak manis, tetapi ada yang nakal. Bapa syurgawi kita telah melahirkan banyak anak, banyak orang Kristian, dan Dia menerima mereka semua. Oleh itu, kita juga harus menerima mereka, bukan menurut cita rasa kita atau pilihan kita, tetapi menurut penerimaan Tuhan.

Akan tetapi, kebanyakan daripada penerimaan percayawan dalam Kristianiti bukan menurut penerimaan Tuhan, tetapi menurut konsep doktrin. Pertimbangkan contoh tentang baptisan. Terdapat banyak konsep yang berbeza terhadap baptisan. Sesetengah orang berkeras tentang perenjisan, sesetengah orang lain berkeras tentang perendaman, yang lain pula berbalah tentang ke dalam nama siapa kita harus membaptis orang itu, dan ada orang yang berbalah menentang baptisan secara fizikal, dengan mengisytiharkan bahawa baptisan sama sekali rohani. Betapa banyaknya mazhab pendapat yang berbeza tentang perkara baptisan ini! Ini memang menakutkan. Ini cuma berkaitan dengan satu doktrin! 

Sejarah Kristianiti yang menyedihkan ialah sejarah perpecahan dan kekeliruan. Kita telah mengambil iktibar ini selepas mengkaji secara terperinci tentang sejarah gereja dan kita tidak ingin mengulangi tragedi sejarah Kristianiti. Oleh itu, kita tidak akan berbalah tentang penudungan kepala atau baptisan atau hari-hari kudus ataupun wain yang digunakan pada Hari Tuan. Kita tidak akan berbalah tentang hal-hal remeh seperti roti dan cawan yang digunakan di meja Tuan, jenis air yang digunakan dalam pembaptisan, dan cara membaptis orang. Pemulihan Tuan bukan berkenaan hal itu. Pemulihan Tuan adalah untuk Kristus sebagai hayat dan untuk gereja sebagai ekspresi Kristus dalam kesatuan di setiap lokaliti. 

II. DALAM CAHAYA TEMPAT PENGHAKIMAN TUHAN

Selain itu, kita juga harus menerima pekudus dalam cahaya tempat penghakiman Tuhan. Kita perlu membaca ayat 10 hingga 12. "Tetapi kamu, mengapa kamu menghakimi dikbangmu? Atau, mengapa kamu memandang hina akan dikbangmu? Kerana kita semua akan berdiri di depan tempat penghakiman Tuhan, kerana ada tertulis, 'Sabda Tuan, demi hidup-Ku Aku bersumpah, setiap lutut akan sujud kepada-Ku, dan setiap lidah akan mengaku terang-terang kepada Tuhan.' Dengan demikian, setiap orang daripada kita akan memberi akaun berkenaan dirinya kepada Tuhan." Pemikiran Paulus adalah sebegini: Kita tidak harus berbalah dengan orang lain atau mengkritik mereka, tetapi perlu memberi perhatian kepada diri kita, kerana pada satu hari, kita akan berdiri di hadapan tempat penghakiman Tuhan untuk menyelesaikan akaun berkenaan kehidupan dan kerja kita selepas kita diselamatkan. Memandangkan penghakiman ini berkaitan dengan bagaimana percayawan hidup di hadapan Tuan dan apa yang dilakukan mereka untuk Tuan selepas diselamatkan, dan memandangkan transformasi percayawan amat

Setiap kali kita hendak menerima percayawan lain dalam Tuan, kita harus melatih pembezapastian kita dalam cahaya tempat penghakiman dan berkata, “O Tuan, rahmatilah aku. Aku tidak layak menghakimi dikbang aku. Tuan, lindungilah aku. Aku ingin menerima penghakiman-Mu. Aku ingin menghakimi diriku, menghakimi hayat dan kehidupanku." Ini seharusnya sikap kita. Kita tidak harus mengkritik orang lain, sebaliknya harus menghakimi diri kita. Jika kita gagal berbuat demikian sekarang, kita harus berdiri di hadapan tempat penghakiman Tuhan dan berbuat demikian kemudian. Kita semua harus dicahayai oleh tempat penghakiman. Apabila kita hendak menghakimi orang lain, biarlah kita ingat bahawa semasa Tuan kembali, Dia akan menyelesaikan akaun dengan kita. Ini perkara yang serius.

Soalan Kajian: 

Paulus membantu kita bersikap liberal dan umum dalam menerima percayawan. Bukankah menerima semua percayawan seperti yang ditunjukkan dalam Roma 14  membawa kesilapan dalam amalan kehidupan gereja  kita? Jelaskan kebenaran ini.   

Mesej 27: Transformasi: Dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (3) dan Dalam Ketundukan, Kasih, dan Peperangan
Mesej 29: Transformasi dalam Menerima Percayawan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)