Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 30: Konsumasi Injil
Mesej 29: Transformasi dalam Menerima Percayawan (2)
Mesej 31: Kata Penutup
Mesej 30: Konsumasi Injil
2021-06-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KONSUMASI INJIL

Ayat-ayat Bible: Roma 15:14-16:27

Kajian-hayat: Mesej 30

Bacaan Bible: 

Roma 16:20 Sekarang Tuhan damai sejahtera akan menghancurkan Syaitan di bahawa kaki kamu tidak lama lagi. Kurnia Tuan kita, Yesus, menyertai kamu. 

Petikan Bacaan: 

Paulus amat arif dan dalam, mengetahui bahawa selepas bahagian berkenaan transformasi dia masih perlu mempersembahkan konsumasi muktamad bagi injil Tuhan, iaitu kehidupan gereja yang praktikal. Selain itu, dia tidak menulis tentang kehidupan gereja secara doktrin, tetapi dengan cara yang amat praktikal. Dalam Roma 16, perkataan "gereja" dan "semua gereja digunakan sebanyak lima kali. Jika kita membaca bab ini secara teliti dalam roh, kita akan menyedari bahawa Paulus menulisnya dengan tujuan yang jelas. Setiap rujukan terhadap gereja dalam bab ini boleh dialami dan praktikal. 

Persekutuan Yang Penuh Prihatin Dalam Kalangan Pekudus, Antara Gereja

Paulus memulakan persekutuan yang penuh prihatin. Dia berprihatin terhadap pekudus, hamba Tuan, dan terhadap gereja-gereja. Dia ialah dikbang yang sama sekali terbenam dalam persekutuan yang penuh prihatin. Semua salam khusus yang tercatat dalam Roma 16 ialah bukti keprihatinannya yang meluas. 

Sekarang mari kita kaji setiap penggunaannya dengan lebih terperinci. Dalam 16:1 Paulus berkata, “Aku mengesyorkan Febe dikkak kita kepadamu; dia seorang diaken perempuan bagi gereja yang berada di Kengkrea." Febe ialah diaken perempuan, iaitu orang yang melayan. Dia mengatakan bahawa "dia sendiri juga ialah penaung kepada banyak orang, malah kepadaku juga". Istilah "penaung" dalam bahasa Yunani ialah perkataan yang mulia, menunjukkan seorang yang membantu, menopang, dan membekal. Penaung ialah orang yang berdiri di sisi kamu, melayan kamu, memberi makan dan membelai kamu, serta memberi semua jagaan yang kamu perlukan. Jika kita serius terhadap Tuan dalam kehidupan gereja kita juga perlu melayan gereja dan menjaganya tidak kira apa jua harga. Jika kita kekurangan hati untuk menjaga gereja, kita tidak layak mengamalkan kehidupan gereja. Tuntutan pertama untuk mengamalkan kehidupan gereja ialah kita melayan gereja.

Kedua, Paulus mengatakan bahawa kita perlu mempertaruhkan leher kita demi gereja. Semasa membicarakan Priskila dan Akwila, Paulus berkata dalam 16:4 bahawa mereka "mempertaruhkan leher mereka sendiri demi nyawaku; kepada mereka bukan sahaja aku yang berterima kasih, tetapi juga semua gereja bangsa Asing". Kita perlu mempertaruhkan nyawa kita demi kehidupan gereja. Priskila dan Akwila tidak menganggap nyawa mereka berharga; mereka sanggup menjaga gereja tanpa mengambil kira nyawa mereka. Oleh itu, semua gereja bangsa Asing, di dunia bangsa Asing, amat bersyukur terhadap mereka. Jika kita benar-benar mengasihi gereja Tuan, kita perlu mempertaruhkan nyawa kita untuk gereja. Kita harus rela membayar harga ini bukan hanya untuk satu gereja, bahkan untuk semua gereja. 

Kali ketiga gereja disebut adalah dalam 16:5, di situ Paulus mengatakan "salam kepada gereja yang berada di rumah mereka", merujuk kepada rumah Priskila dan Akwila. Dari satu segi, pasangan ini adalah untuk semua gereja; dari segi yang lain, mereka adalah khususnya untuk gereja lokal. Semasa mereka tinggal di Efesus (Kis. 18:18-19), gereja di Efesus ialah rumah mereka (1 Kor. 16:19). Apabila mereka berada di Rom, gereja di Rom berhimpun di rumah mereka. "Gereja yang berada di rumah mereka" dalam ayat 5 ialah gereja di Rom. Mempunyai gereja di rumah kamu memang beban yang amat berat. Akan tetapi, Priskila dan Akwila adalah mutlak untuk kehidupan gereja; mereka tidak mempedulikan beban yang berat.

Dalam 16:16 pula, Paulus berkata, "Semua gereja Kristus memberi salam kepadamu." Tiba-tiba Paulus menyebut tentang "semua gereja Kristus”. Tidak kira di mana gereja terletak, sama ada di kota kamu atau di bandar saya, gereja itu haruslah gereja Kristus. Gereja di setiap lokaliti haruslah gereja Kristus. Jangan mengatakan bahawa gereja ialah gereja Dikbang Si Anu. Percakapan sedemikian adalah salah. Kita semua harus belajar mengatakan “semua gereja Kristus”.

Kali terakhir gereja disebut dalam buku Roma berkaitan dengan penginapan. “Gayus, tuan rumahku dan tuan rumah seluruh gereja, memberi salam kepada kamu. Erastus, bendahari kota ini, dan dikbang Kwartus memberi salam kepadamu” (ay. 23). Tanpa penginapan akan adanya kekurangan dalam kehidupan gereja yang praktikal. Semakin banyak penginapan yang kamu beri, maka kehidupan gereja kamu akan menjadi semakin kaya. Gayus bukan sahaja tuan rumah kepada seorang dutus, tetapi tuan rumah kepada seluruh gereja. Rumahnya terbuka dan tersedia kepada semua pekudus. Kehidupan gereja yang sejati bergantung pada penginapan sebegini. Apabila sesebuah rumah terbuka untuk memberi penginapan, rumah ini akan dipenuhi berkat Kristus. Kita memuji Tuan bahawa semakin banyak penginapan yang kita beri, semakin banyak kita mengalami kehidupan gereja. Ini adalah praktikal.

Secara ringkas, kita boleh menyenaraikan lima aspek kehidupan gereja ini: melayan gereja, mempertaruhkan nyawa kita demi gereja; mempunyai gereja di rumah kita, jangan sekali-kali menganggap gereja itu milik siapa-siapa, tetapi mengaku bahawa gereja ialah gereja Kristus; memberi penginapan kepada semua orang dalam gereja dan menjadi tuan rumah kepada semua gereja. Dalam catatan pemberian salam Paulus dalam Roma 16, dia menyingkapkan penunjuk penting bagi kehidupan gereja yang wajar dalam gereja lokal tertentu dan juga antara gereja. Pemberian salamnya juga menekankan ciri-ciri banyak pekudus yang dikasihi. Oleh itu, konsumasi muktamad injil ialah kehidupan gereja.

Untuk Menghancurkan Syaitan

Selepas memberi salam yang menunjukkan persekutuan daam keprihatinan dalam kalangan pekudus dan antara gereja, dutus mengisytiharkan bahawa Tuhan damai sejahtera akan menghancurkan Syaitan, dan akan menghancurkannya tidak lama lagi di bawah kaki pekudus yang berada dalam kehidupan gereja (16:20). Ini menunjukkan bahawa perihal Tuhan menghancurkan Syaitan berkaitan dengan kehidupan gereja. Jika kita tidak berada dalam gereja dan tidak mengamalkan kehidupan gereja, memang sukar untuk kita membolehkan Tuhan menghancurkan Syaitan di bawah kaki kita. Kehidupan gereja ialah sarana yang paling kuat bagi Tuhan mengatasi Syaitan. Setiap kali kita terpisah daripada gereja, kita menjadi mangsa Syaitan, kerana kita sukar berperang dengan Syaitan secara individu. Akan tetapi, puji Tuan, kerana apabila kita berada dalam gereja dan kita bersatu dengan Tubuh, Syaitan berada di bawah kaki kita, dan kita menikmati Tuhan sebagai Tuhan damai sejahtera dalam kehidupan gereja. 

Soalan Kajian: 

Paulus menyingkapkan lima aspek yang praktikal dalam menjalani kehidupan gereja yang wajar. Sila kongsi satu aspek yang menyentuh kamu dan bagaimana amalan ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan gereja hari ini. 

Mesej 29: Transformasi dalam Menerima Percayawan (2)
Mesej 31: Kata Penutup
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)