Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 27: Transformasi: Dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (3) dan Dalam Ketundukan, Kasih, dan Peperangan
Mesej 26: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (2)
Mesej 28: Transformasi dalam Menerima Percayawan (1)
Mesej 27: Transformasi: Dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (3) dan Dalam Ketundukan, Kasih, dan Peperangan
2021-06-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TRANSFORMASI: DALAM MENGAMALKAN KEHIDUPAN TUBUH (3) DAN DALAM KETUNDUKAN, KASIH, DAN PEPERANGAN 

Ayat-ayat Bible: Roma 12:9-13:14

Kajian-hayat: Mesej 27

Bacaan Bible: 

Roma 13:14 Sebaliknya, pakailah Tuan Yesus Kristus, dan jangan membuat persediaan untuk tubuh daging bagi memuaskan nafsunya.

Petikan Bacaan: 

Dalam bacaan hari ini, kita datang kepada butir yang lebih lanjut berkenaan transformasi: transformasi dalam menjalani kehidupan yang normal serta dalam ketundukan, kasih, dan peperangan.    

TRANSFORMASI DALAM KETUNDUKAN, KASIH, DAN PEPERANGAN

DALAM KETUNDUKAN

Roma 13:1 berkata, “Hendaklah semua orang tunduk kepada pihak berkuasa di atasnya, kerana tidak ada kuasa melainkan daripada Tuhan, dan yang wujud itu kesemuanya ditetapkan Tuhan.” Perwatakan manusia yang alamiah adalah bersifat memberontak, tetapi perwatakan yang ditransform itu selalu menunduk. Menundukkan diri kita kepada pihak berkuasa yang ditetapkan Tuhan memerlukan tahap transformasi yang tertentu. “Dengan demikian, dia yang menolak pihak berkuasa menentang ketetapan Tuhan, dan mereka yang menentang akan menerima penghakiman ke atas diri sendiri” (ay. 2). Memang tidak baik untuk menolak pihak berkuasa. Penghakiman itu akan sama ada menimpa kamu daripada pihak berkuasa atau datang kepada kamu secara langsung daripada Tuhan. 

DALAM PEPERANGAN

Ayat 11 berkata, “Dengan ini, kamu mengetahui masa itu bahawa inilah waktunya kamu harus bangun dari tidur; kerana sekarang penyelamatan kita lebih dekat daripada ketika kita percaya.” Penyelamatan di sini bermakna penyelamatan dalam tahap terakhir, iaitu penebusan tubuh kita. Penyelamatan meliputi roh, sukma, dan tubuh kita. Pada tahap pertama penyelamatan, Tuan melahirukan roh kita; pada tahap kedua, Dia mentransform sukma kita; dan pada tahap ketiga, iaitu tahap terakhir, pada masa perkembalian-Nya, Dia akan mentransfigur tubuh kita yang hina kepada tubuh kemuliaan (Flp. 3:21). Kemudian ayat 11 mengatakan bahawa penyelamatan kita lebih dekat daripada ketika kita percaya, ini merujuk kepada penyelamatan tahap ketiga, iaitu transfigurasi tubuh kita. Dengan kata lain, ini merujuk kepada penebusan tubuh kita, atau menggunakan istilah lain, keanakan penuh. 

Ayat 14 amat penting. “Sebaliknya, pakailah Tuan Yesus Kristus, dan jangan membuat persediaan untuk tubuh daging bagi memuaskan nafsunya.” Dalam ayat 12, kita diberitahu agar “memakai senjata cahaya” dan dalam ayat 14 pula kita diberitahu agar “pakailah Tuan Yesus Kristus”. Dengan meletakkan kedua-dua frasa ini bersama-sama, kita dapat melihat bahawa Tuan Yesus Kristus sendiri ialah senjata cahaya. 

Apakah maksud memakai Kristus? Kita telah dibaptis ke dalam Kristus dan sudah pun berada dalam Kristus. Maka mengapakah kita masih harus memakai Kristus? Memakai Kristus sebenarnya bererti hidup melalui Kristus dan menghidup keluar Kristus. Walaupun kita berada dalam Kristus, namun kita perlu hidup melalui Kristus dan menghidup keluar Kristus secara praktikal. Kita perlu mempunyai kehidupan harian yang melalui Kristus dan yang mengekspresikan Kristus. Ekspresi Kristus dalam kehidupan harian kita ialah senjata untuk berperang dengan tubuh daging. Memandangkan peperangan dalam ayat 14 bukan dengan iblis dan kedurjanaan rohani, tetapi terhadap tubuh daging dan semua nafsunya, maka kita perlu hidup melalui Kristus. Semakin kita hidup melalui Kristus, semakin Dia menjadi senjata kita untuk menentang nafsu tubuh daging. 

Paulus mengatakan bahawa kita tidak harus membuat persediaan untuk tubuh daging. Kita tidak harus menyediakan apa-apa untuk tubuh daging. Ini menunjukkan bahawa tubuh daging tetap wujud. Tidak kira betapa rohaninya kita, tubuh daging masih boleh dirangsang. Tubuh daging adalah lapar dan mengingini makanan, tetapi kita harus membiarkannya kebuluran, tidak membuat persediaan yang akan membenarkannya memuaskan nafsunya. 

Apakah maksud membuat persediaan untuk tubuh daging? Memandangkan orang muda terutamanya mungkin mendapatinya sukar untuk memahami hal ini, saya ingin memberi sedikit gambaran. Masyarakat manusia sekarang adalah gelap dan jahat, mengandungi banyak sekali persediaan untuk tubuh daging. Misalnya, pertimbangkan surat khabar serta gambar dan iklannya. Saya tidak percaya ada sesiapa yang dapat menjadi begitu rohani sehinggakan apabila dia melihat gambar jahat dalam surat khabar pun tidak akan terpengaruh. Pengalaman kamu akan bersaksi kepada kamu bahawa apabila kamu melihat sesetengah iklan dan gambar dalam surat khabar, tubuh daging kamu akan dirangsang. Selain itu, televisyen juga banyak digunakan musuh untuk menyediakan makanan untuk tubuh daging yang lapar dan memecah-belahkan gereja tetapi kurniaan dalam hayat membina gereja.

Soalan Kajian: 

Apakah maksud memakai Kristus? Kita telah dibaptis ke dalam Kristus dan sudah pun berada dalam Kristus. Maka mengapakah kita masih harus memakai Kristus? 


Mesej 26: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh (2)
Mesej 28: Transformasi dalam Menerima Percayawan (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)