Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 25: Keperluan Orang Yang Di Bawah Belenggu Dosa- Dibebaskan Hayat
Mesej 24: Keperluan Orang Yang Haus— Kehausannya Dihilangkan Hayat
Mesej 26: Keperluan Orang Buta Dalam Agama—Penglihatan Hayat dan Penggembalaan Hayat (1)
Mesej 25: Keperluan Orang Yang Di Bawah Belenggu Dosa- Dibebaskan Hayat
2022-03-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan
KEPERLUAN ORANG YANG DI BAWAH BELENGGU DOSA- DIBEBASKAN HAYAT

Ayat-ayat Bible: Yoh. 7:53-8:1-59
Kajian-hayat: Mesej 19-20

Petikan Bacaan:  

AGAMA HUKUM BERLAWANAN DENGAN AKU ADALAH YANG AGUNG 

Tiga kes yang terakhir dalam bab lapan hingga sebelas membentuk satu kumpulan lain yang terdiri daripada tanda-tanda yang menandakan bahawa dari segi negatif, Tuan ialah hayat kepada kita untuk menyelamatkan kita daripada tiga perkara negatif yang utama: dosa, kebutaan, dan maut.

Sekarang kita melihat bagaimana Tuan yang merupakan hayat menanggulangi perkara negatif yang pertama- dosa. Kes ini mewahikan bahawa agama hukum (8:5, 17), seperti yang diwakili bait (8:2, 20), tidak dapat membebaskan orang daripada dosa dan maut, tetapi Tuan Yesus, iaitu Aku Adalah yang menjadi Anak Manusia dan ditinggikan di atas salib untuk orang yang diracuni ular, dapat melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh agama dan hukum. 

Umat pilihan Tuhan, iaitu orang yang dipilih-Nya, mempunyai konsep yang salah. Mereka tidak memberi perhatian penuh kepada butir fokus: Tuhan sendiri dalam Anak dan sebagai Roh ingin masuk ke dalam manusia untuk menjadi hayatnya dan segala-gala baginya. Umat Tuhan tersasar daripada matlamat ini. Mereka mengumpulkan banyak peraturan, hukum, dan butir-butir lain yang baik lalu menggabungkan semuanya menjadi satu agama yang digunakan untuk membunuh mereka sendiri. Kasihan betul! Oleh itu, pada masa Yohanes 8 terdapat dua benda di bumi: Satu agama dan satu Persona yang hidup. Kita semua harus melihat pertentangan ini. 

Menjadi Anak Manusia 

Aku Adalah yang agung ini, iaitu Tuhan sendiri yang mempunyai hubungan dengan manusia, telah menjadi Anak Manusia. Hal ini sangat bermakna. Yehova menjadi Anak Manusia bermaksud Dia perlu rendah hati, iaitu merendahkan diri-Nya. Disebabkan semua masalah negatif yang ada dalam manusia, hal ini amat diperlukan. Dosa ada dalam manusia. Ular itu, yakni iblis, juga ada dalam manusia. Manusia adalah tumpuan segala masalah. Sekiranya Tuhan ingin menyelesaikan semua masalah asas manusia, maka Dia sendiri perlu menjadi seorang manusia. Syaitan tahu kepentingan hal ini. Syaitan tidak takut akan Tuan Yesus yang merupakan Anak Tuhan. Dia takut akan Tuan Yesus yang menjadi seorang manusia. Oleh itu, Tuhan Yehova menjadi manusia.

Setiap Manusia Mempunyai Dosa 

Ahli-ahli agama cuba sedaya upaya untuk mencari kesalahan pada Tuan Yesus. Selepas bab lima dan tujuh mereka berikhtiar hendak meletakkan Yesus ke dalam situasi yang sulit. Mereka menangkap seorang perempuan yang berdosa dan membawa dia kepada Tuan Yesus. Menurut hukum, perempuan yang berdosa seperti ini harus direjam sampai mati, tetapi ahli-ahli agama itu tidak berbuat demikian. Mereka membawa perempuan itu kepada Tuan dengan tujuan hendak memerangkap Dia. Mereka berkata, “Guru, perempuan ini ditangkap ketika dia sedang berzina. Musa memerintahkan kita agar merejam orang sedemikian. Apa kata-Mu?” Mereka menanya Tuan satu soalan yang sangat licik. Jika Dia mengatakan bahawa mereka harus merejam perempuan itu sampai mati, maka Dia akan kehilangan kedudukan-Nya sebagai Penyelamat dan Penebus. Bolehkah Penyelamat mengatakan bahawa pendosa seperti ini mesti direjam sampai mati? Namun, dari segi yang lain, jika Dia mengatakan bahawa mereka tidak harus merejam perempuan itu sampai mati, maka mereka akan mengatakan bahawa Dia telah melanggar hukum. Soalan ini merupakan satu muslihat yang halus daripada musuh.

Ketika Tuan ditanya tentang soalan ini, Dia tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Dia membongkok dan menulis di atas tanah. Semasa Tuan membongkok untuk menulis, Dia menenangkan situasi itu. Semua orang merenung Tuan ketika Dia membongkok untuk menulis di atas tanah. Kemudian Tuan menegakkan diri dan berkata, “Dia yang tanpa dosa di kalangan kamu, biarlah dia yang pertama melemparnya dengan batu” (8:7). Tuan seolah-olah berkata, “Kamu boleh merejam dia sampai mati tetapi harus ada seseorang yang melakukannya terlebih dahulu. Tidak ada seorang yang layak mengetuai tindakan ini kecuali dia yang tanpa dosa. Biarlah dia yang tanpa dosa di kalangan kamu yang pertama-tama melemparkan batu ke atasnya.” Kata-kata ini menusuk zimah mereka. Bermula dengan yang lebih tua hingga yang paling muda, mereka keluar seorang demi seorang (8:9). 

Hanya Aku Adalah yang agung itu tanpa dosa, dan hanya Dia yang layak mengutuk dosa. Betapa arifnya Tuan Yesus! Selepas beredarnya ahli-ahli agama, perhatikanlah betapa penyayang dan lembutnya Tuan berbicara dengan perempuan yang berdosa itu. Tuan bertanya kepadadia sama ada sesiapa mengutuknya atau tidak, dan dia berkata, “Tidak ada, Tuan.” Dan Yesus berkata, “Aku juga tidak mengutuk kamu” (8:11). Kata-kata ini bagaikan muzik kepada sukma perempuan yang gerun itu. 

BAGAIMANA MENYELESAIKAN MASALAH DOSA 

A. Hanya Ada Seorang yang Tanpa Dosa 

Dalam seluruh alam semesta, siapakah yang tanpa dosa? Hanyalah Tuan Yesus sendiri. Dia adalah tanpa dosa (8:7, 9). 

B. Hanya Yesus yang Layak Mengutuk Dosa tetapi Dia Tidak Mengutuk 

Siapakah yang layak mengutuk kamu? Siapakah yang mempunyai kedudukan ini? Hanyalah Dia yang tanpa dosa. Satu-satunya Orangyang layak dan mempunyai kedudukan untuk mengutuk kamu ialah Tuan Yesus sendiri kerana Dia langsung tidak ada dosa. Sungguhpun Dia layak mengutuk kamu, Dia tidak berbuat demikian. 

C. Ditinggikan demi Dosa Pendosa 

Tuan Yesus ditinggikan demi dosa pendosa (8:28). Dosa ialah perjasadan ular, dan dosa pendosa ialah racun ular. Demi penebusan, Tuan Yesus perlu menjadi Anak Domba Tuhan, tetapi demi menanggulangi sifat ular, Tuan Yesus perlu ditinggikan dalam bentuk ular. Untuk menanggulangi sifat ular yang berdosa dalam umat manusia, Dia perlu ditinggikan di atas salib dalam bentuk ular. 

D. Layak Mengampunkan Dosa Manusia dan dapat Membebaskan Manusia daripada Pengabdian Dosa 

Tuan layak mengampunkan dosa manusia dan dapat membebaskannya daripada pengabdian dosa (8:32-34). Tuan bukan hanya memberi kita hayat, tetapi Dia juga masuk ke dalam kita untuk menjadi hayat kita. Muslihat Syaitan bukan sahaja menyebabkan kita berbuat salah, malah dia menyuntikkan dirinya ke dalam kita. Justeru, dosa bukan lagi sekadar salah laku yang objektif dan luaran. Dosa adalah sifat yang subjektif dalam diri kita. Dosa bukan lagi di luar kita, tetapi berada dalam kita. Malah dosa menjadi diri kita. Dosa ada dalam sifat kita. Oleh itu, apa-apa sahaja yang berada di luar sifat kita tidak dapat membantu kita menanggulangi dosa yang ada dalam sifat kita. Kita memerlukan hayat yang satu lagi untuk masuk ke dalam kita. Dalam sejarah manusia, hanya terdapat satu Orang yang dapat masuk ke dalam kita dan menjadi hayat kita untuk menentang sifat ular dalam kita. Satu-satunya Dia yang dapat melakukan hal ini ialah Yehova, Aku Adalah yang agung itu. Hanya Dia sendiri yang dapat masuk ke dalam kita sebagai hayat untuk melawan sifat ular dalam kita. Hayat divin lebih tinggi daripada hayat Syaitan. Apabila hayat divin masuk ke dalam kita, hayat ini menewaskan hayat dan sifat ular. 

Mesej 24: Keperluan Orang Yang Haus— Kehausannya Dihilangkan Hayat
Mesej 26: Keperluan Orang Buta Dalam Agama—Penglihatan Hayat dan Penggembalaan Hayat (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)