Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 24: Keperluan Orang Yang Haus— Kehausannya Dihilangkan Hayat
Mesej 23: Keperluan Orang Yang Haus- Kehausannya Dihilangkan Hayat (1)
Mesej 25: Keperluan Orang Yang Di Bawah Belenggu Dosa- Dibebaskan Hayat
Mesej 24: Keperluan Orang Yang Haus— Kehausannya Dihilangkan Hayat
2022-03-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KEPERLUAN ORANG YANG HAUS—KEHAUSANNYA DIHILANGKAN HAYAT

Ayat-ayat Bible: Yoh. 7:37-52

Kajian-hayat: Mesej 18

Petikan Bacaan:   

HAYAT BERSERU KEPADA ORANG YANG HAUS

Pada hari terakhir perayaan, hari terbesar, Yesus berdiri dan berseru kepada orang yang haus (7:37-39). Hari terakhir menandakan penghujung segala kenikmatan terhadap sebarang kejayaan dalam kehidupan manusia. Tidak kira apa jenis kejayaan yang kamu miliki, pasti ada hari terakhirnya. Segala sesuatu ada hari terakhirnya. 

Aliran Sungai-sungai Air Hidup

Tuan Yesus berkata, “Dia yang percaya ke dalam Aku, sebagaimana yang dikatakan dalam Kitab, dari diri dalamannya akan mengalir sungai-sungai air hidup” (7:38). Satu-satunya sungai air hidup ialah Roh Kudus. Daripada satu-satunya sungai ini, banyak sungai akan mengalir. Satu sungai ialah sungai damai sejahtera, dan sungai-sungai yang lain ialah keriangan, pelipuran, keadilbenaran, hayat, kekudusan, kasih, kesabaran, dan kerendahan hati. Inilah Kristus yang merupakan hayat. 

Roh Itu belum Lagi

Ayat 39 berkata, “Tetapi kata-Nya ini berkenaan Roh itu yang sudah hendak diterima oleh mereka yang percaya ke dalam-Nya; sebabnya Roh itu belum lagi, kerana Yesus belum lagi dimuliakan.” Banyak orang Kristian tidak memahami kata-kata “belum lagi” dalam ayat ini. Bible versi King James menambah perkataan “diberi” yang dimiringkan; ini menunjukkan bahawa ayat ini menyusahkan penterjemah-penterjemah. Akan tetapi, ayat 39 bukan bermaksud bahawa Roh itu “belum diberi”; maksudnya ialah Roh itu “belum lagi”. Roh itu belum ada lagi. Yesus dimuliakan ketika Dia dibangkitkan (Luk. 24:26). Selepas kebangkitan-Nya, Roh Tuhan menjadi Roh Yesus Kristus yang telah berinkarnat, disalibkan, dan dibangkitkan; Roh ini dihembuskan Kristus ke dalam disipal-disipal-Nya pada malam hari Dia dibangkitkan (Yoh. 20:22). 

Selepas penyaliban, Dia melewati kebangkitan dan kenaikan ke syurga, dan Roh Tuhan menjadi Roh Yesus Kristus yang berinkarnat dan terbangkit. Kini Roh Yesus Kristus keluar menghubungi manusia. Sebelum ini, Roh Tuhan yang keluar menghubungi makhluk ciptaan Tuhan dengan kedivinan, tetapi sekarang Roh Yesus Kristus yang keluar mencapai manusia dengan kedivinan, keinsanan, keberkesanan kematian-Nya yang almuhit, dan dengan elemen kebangkitan. Sebelum Kristus dibangkitkan, Roh yang sedemikian “belum lagi”. 

Kita boleh menggunakan ilustrasi segelas air tulen yang ditambah dengan banyak bahan lain. Mula-mulanya, air tulen itu melewati satu tahap, iaitu susu ditambah. Kemudian, air tulen itu melewati beberapa tahap yang lain, iaitu ditambah madu, teh, dan garam. Akhirnya, air tulen itu menjadi minuman yang almuhit. Sebelum air tulen melewati semua peringkat ini, minuman yang sedemikian menakjubkan “belum lagi” sungguhpun air tulen sudah ada di dalam gelas. Begitu juga, Roh itu yang dijanjikan Tuan Yesus dalam 7:39 dan 14:16-17 bukanlah Roh yang hanya mempunyai kedivinan sebagai isi kandungan-Nya, tetapi Roh yang mempunyai kedivinan, keinsanan, kematian almuhit, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Kini kita bukan hanya mempunyai Roh Tuhan, tetapi kita juga mempunyai Roh Yesus Kristus. Roh almuhit sedemikianlah yang memberi kita aliran sungai-sungai air hayat. 

Dalam Roh almuhit itu ada ubat. Ubat ini ialah kematian Kristus yang membunuh, yang terdapat dalam Roh Kudus hari ini. Semakin kamu berkata, “O Tuan Yesus, semakin kamu menerima Roh almuhit. Beberapa minit kemudian, kamu berasa bahawa Roh itu membunuh panas baran kamu, keangkuhan kamu, sikap mementingkan diri kamu, dan hal-hal negatif yang lain. Tambahan lagi, dalam minuman almuhit ini, ada bahan-bahan yang memberi khasiat. Dalam Roh ini, kita ada segala-gala yang kita perlukan. 

PERPECAHAN YANG DISEBABKAN OLEH KEMUNCULAN HAYAT

Yesus benar-benar seorang yang membuat susah. Dia membawa perpecahan. Kristus, iaitu benih Daud, dilahirkan di Betlehem (7:42; Luk. 2:4-7), tetapi Dia muncul sebagai seorang Nazaret dari Galilea (7:52). Jangan memberi perhatian kepada penampilan luaran. Kamu harus melihat apa yang di dalam. Adakah Kristus di dalam? Kita semua harus mengenal Kristus menurut realiti dalaman dan bukan menurut penampilan luaran. 

Pada suatu hari, Tuan Yesus pergi ke Betania dan ada di sebuah rumah kecil bersama Lazarus, Marta, dan Maria (Yoh. 12:1-2). Pada masa itu, di Yerusalem ada bait. Di bait kudus itu ada hentar-hentar yang berpakaian jubah hentar; mereka mempersembahkan korban di atas mazbah dan membakar kemenyan dengan cara yang sepatutnya. Segala sesuatu di dalam bait adalah menarik. Akan tetapi, di rumah yang kecil itu di Betania, tidak ada apa-apa—tidak ada hentar, tidak ada jubah hentar, tidak ada mazbah, tidak ada kemenyan. Hanya ada dua orang dikkak yang miskin dan seorang dikbang. Pada masa itu, adakah Tuhan berada di dalam bait atau di rumah kecil itu: Dia berada di rumah kecil itu. Oleh yang demikian, kita harus belajar mengikut Tuan Yesus menurut realiti dalaman dan bukan menurut penampilan luaran. Prinsip ini tidak berubah hingga selama-lamanya. Puji Tuan kerana Dia bersama orang yang hina. 

Sewaktu Tuan berada di bumi, Dia tidak mempunyai penampilan yang menarik. Begitu juga halnya dengan kehidupan gereja dalam pemulihan-Nya hari ini; kehidupan gereja tidak ada penampilan yang menarik. Namun begitu, jika kamu masuk ke dalam kehidupan gereja dalam pemulihan Tuan, kamu akan melihat kecantikan Kristus di sana. Dia bukan orang Nazaret—Dia ialah benih Daud. Inilah Kristus! Haleluya!

Mesej 23: Keperluan Orang Yang Haus- Kehausannya Dihilangkan Hayat (1)
Mesej 25: Keperluan Orang Yang Di Bawah Belenggu Dosa- Dibebaskan Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)