Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 23: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (2)
Mesej 22: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (1)
Mesej 24: Ekonomi Tuhan dalam Pemilihan-Nya
Mesej 23: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (2)
2021-05-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMILIHAN TUHAN, TAKDIR KITA (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 10:4-21

Kajian-hayat: Mesej 23

Bacaan Bible: 

Roma 10:8 Tetapi apakah yang dikatakan oleh keadilbenaran ini? “Sabda itu dekat denganmu, dalam mulutmu dan dalam hatimu,” iaitu sabda iktikad yang kita beritakan.  

Roma 10:12 Kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani, oleh sebab Tuan yang sama ialah Tuan kepada semua dan kaya kepada semua yang menyeru-Nya.    

Petikan Bacaan: 

Pembaca sekalian, pemilihan Tuhan dan takdir kita sama sekali berfokus pada Kristus. Dalam bacaan hari ini, kita akan melihat beberapa aspek tentang Kristus yang diwahikan dalam Roma 10:4-21. 

MENERUSI KRISTUS 

Kristus, Dekat Denganmu  

Sila beri perhatian kepada apa yang dibicarakan Paulus dalam ayat 8. “Tetapi apakah yang dikatakan oleh keadilbenaran ini? ‘Sabda itu dekat denganmu, dalam mulutmu dan dalam hatimu,’ iaitu sabda iktikad yang kita beritakan.” Kristus yang bangkit, sebagai Sabda hidup adalah dekat dengan mulut kita dan dalam hati kita. Dalam ayat ini, Paulus tiba-tiba menggunakan istilah “sabda” secara bertukar ganti untuk Kristus; ini menunjukkan bahawa sabda ini sudah pasti ialah Kristus sendiri. Kristus dalam kebangkitan sebagai Roh beri-hayat ialah Sabda hidup. Ini sepadan dengan wahi Wasiat Baru, iaitu sabda ialah Roh. Jika kamu membaca Efesus 6:18 dalam bahasa Yunani, kamu akan mendapati bahawa Roh itu ialah sabda. Dia ialah Roh untuk kita sentuh dan Dia ialah sabda untuk kita fahami. 

Kristus yang bangkit sebagai Roh beri-hayat ialah Sabda hidup yang begitu dekat dengan kita. Dia berada dalam mulut kita dan dalam hati kita. Mulut kita adalah untuk menyeru, dan hati kita adalah untuk percaya. Oleh itu, kita boleh menyeru-Nya dengan mulut kita dan percaya kepada-Nya dengan hati kita. Apabila kita menyeru-Nya, kita diselamatkan; apabila kita percaya kepada-Nya. Kita dijustifikasikan. 

Kristus, Dipercayai dan Diseru 

Menyeru nama-Nya bukan hanya untuk penyelamatan, malah juga cara kita menerima kekayaan Kristus. Adakah kamu ingin berbahagian dalam dan menikmati kekayaan Kristus? Jika kamu ingin, janganlah bersenyap-senyap; bukalah mulut kamu dan seru nama-Nya. Beberapa tahun kebelakangan ini, Tuan telah banyak mewahikan perkara menyeru nama-Nya kepada kita. 

Kita perlu membaca ayat 9 hingga 13. “Bahawa jika kamu mengaku dengan mulutmu Yesus sebagai Tuan dan percaya dalam hatimu bahawa Tuhan telah membangkitkan-Nya daripada yang mati, kamu akan diselamatkan; kerana dengan hati adanya kepercayaan yang membawa kepada keadilbenaran, dan dengan mulut adanya pengakuan yang membawa kepada penyelamatan. Kerana Kitab mengatakan, ‘Sesiapa yang percaya pada-Nya tidak akan diaibkan.’ Kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani, oleh sebab Tuan yang sama ialah Tuan kepada semua dan kaya kepada semua yang menyeru-Nya; kerana ‘barang siapa yang menyeru nama Tuan akan diselamatkan.’” Paulus mengatakan bahawa dalam hati “adanya kepercayaan yang membawa kepada keadilbenaran”. “Membawa kepada”, yang terdapat dalam banyak tempat, bersamaan dengan kata sendi nama bahasa Yunani yang bermaksud “menghasilkan”. Oleh itu hasil daripada percaya dengan hati ialah keadilbenaran, manakala hasil daripada mengaku dengan mulut ialah penyelamatan. Jika kita ingin dijustifikasikan, iaitu mempunyai keadilbenaran Tuhan, kita harus percaya kepada Tuan Yesus. Jika kita ingin diselamatkan, kita perlu mengaku Tuan Yesus, iaitu menyeru Dia.  

Dalam Roma 9:21, 23, kita diberitahu bahawa di bawah pemilihan Tuhan, kita, iaitu orang yang dipanggil, telah dijadikan wadah-wadah rahmat untuk kehormatan dan untuk kemuliaan. Akan tetapi, kita masih perlu sedar bahawa wadah-wadah sedemikian sendiri adalah kosong. Wadah-wadah memerlukan isi kandungan. Walaupun Roma 9 memberitahu kita bahawa kita ialah wadah, namun ia tidak memberi kita jalan untuk dipenuhi. Menjadi wadah rahmat untuk kehormatan dan untuk kemuliaan memang baik sekali, tetapi menjadi kosong amat kasihan. Kita perlu dipenuhi. Cara untuk dipenuhi didapati dalam Roma 10. Setiap wadah ada mulut, pembuka. Jika wadah itu tidak ada mulut, maka itu bukan wadah. Peralatan seperti tukul, pisau, dan kapak tidak ada mulut. Akan tetapi, kita ialah wadah, dan sebagai wadah kita ada pembuka – mulut kita. Tahukah kamu mengapa kamu ada mulut? Kamu dicipta dengan adanya mulut supaya kamu dapat dipenuhi kekayaan Kristus. Tuan begitu kaya! Dia kaya kepada semua yang menyeru-Nya. 

Soalan Kajian: 

Doa baca Roma 10: 12-13. Sila kongsikan kepada rakan injil atau rakan Kristian tentang keperluan kita sebagai wadah-wadah rahmat untuk kehormatan dan untuk kemuliaan serta jalan keperluan kita dapat dipenuhi (Sila rujuk KH Roma, Mes. 23, ms. 304-310). 

Mesej 22: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (1)
Mesej 24: Ekonomi Tuhan dalam Pemilihan-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)