Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 24: Ekonomi Tuhan dalam Pemilihan-Nya
Mesej 23: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (2)
Mesej 25: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh
Mesej 24: Ekonomi Tuhan dalam Pemilihan-Nya
2021-06-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

EKONOMI TUHAN DALAM PEMILIHAN-NYA

Ayat-ayat Bible: Roma 9:11-11:36

Kajian-hayat: Mesej 24

Bacaan Bible: 

Roma 11:33-36 Oh, dalamnya kekayaan, kearifan, dan pengetahuan Tuhan! Betapa tidak terduganya penghakiman Tuhan dan tidak tertelusurnya jalan Tuhan! Kerana siapakah yang pernah mengetahui minda Tuan, atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya? Atau siapakah yang pernah memberi kepada-Nya terlebih dahulu, agar dia dibayar balik? Kerana segala sesuatu berasal daripada-Nya dan menerusi-Nya serta kembali kepada-Nya. Kepada-Nya diberi kemuliaan buat selama-lamanya. Amen   

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej ini, kita datang kepada butir kedua dalam bahagian pemilihan Tuhan, iaitu ekonomi Tuhan. Ekonomi Tuhan dalam pemilihan-Nya, pertama-tamanya adalah pada saki-baki yang disimpan kurnia dan kedua adalah pada bangsa-bangsa, iaitu bangsa Asing yang diselamatkan menerusi penyandungan orang Israel. 

SAKI-BAKI YANG DISIMPAN OLEH KURNIA

    Roma bab sembilan dan sepuluh seolah-olah menunjukkan bahawa Tuhan telah meninggalkan Israel. Disebabkan sesetengah orang beranggapan sedemikian, maka Paulus bertanya, "Adakah Tuhan telah membuang umat-Nya?" Kemudian dia sendiri menjawab soalan itu dengan berkata secara tegas, "Sama sekali tidak!" Dalam 11:5, Paulus berkata, “Pada masa kini juga, sudah wujudnya saki baki menurut pemilihan kurnia.”  Tuhan telah menyimpan saki-baki untuk tujuan abadi-Nya. 

        Ayat 6 berkata, “Tetapi jika melalui kurnia, maka bukan lagi berasaskan kerja-kerja; jika tidak, kurnia bukan lagi kurnia." Jangan sesekali lupa bahawa kita telah disimpan oleh kurnia, Ini bukan hasil daripada kerja kita; ini sama sekali disebabkan kurnia-Nya. Jika tidak, kurnia bukan lagi kurnia. Dari segi prinsip, keadaan hari ini juga sama. Apakah yang dapat kita megahkan? Hanya kurnia Tuan.

BANGSA ASING DISELAMATKAN MENERUSI PENYANDUNGAN ORANG ISRAEL

    Dalam ayat 11, Paulus berkata, "Jadi, aku berkata, Adakah mereka tersandung agar mereka jatuh? Sama sekali tidak! Sebaliknya, melalui kesilapan langkah mereka, penyelamatan telah sampai kepada bangsa Asing, untuk merangsang kecemburuan mereka."Akibat daripada kesilapan langkah ketidakpercayaan ini, penyelamatan Tuhan sampai kepada bangsa Asing. Kita perlu membaca ayat 15 secara teliti. "Kerana jika peminggiran mereka ialah pendamaian bagi dunia, apakah penerimaan semula mereka nanti, kalau bukan hidup kembali daripada yang mati?" Sila beri perhatian bahawa Paulus bukan mengatakan "membuang”. Membuang bermakna meninggalkan, manakala meminggirkan bermakna mengetepikan mereka buat sementara waktu. Oleh itu, pemikiran Paulus ialah Tuhan meminggirkan Israel, bukan membuang mereka.

      Mari kita baca ayat 16 hingga 18. "Sekarang jika doh yang dipersembahkan sebagai bahagian pertama adalah kudus, seluruh adunan itu juga kudus, dan jika akar itu kudus, ranting-rantingnya juga kudus. Tetapi jika beberapa batang ranting telah dipatahkan, dan kamu, sebagai pohon zaitun liar, telah dicantum di antara ranting-ranting dan menjadi rakan senikmat kesuburan akar pohon zaitun, jangan bermegah terhadap ranting-ranting itu; tetapi jika kamu bermegah, ingatlah bahawa bukannya kamu yang menopang akar, tetapi akar yang menopang kamu." 

    Doh adalah untuk kepuasan Tuhan, manakala akar adalah untuk kepuasan kita. Roma 9 menunjukkan kepada kita bahawa kita ialah gumpalan tanah liat yang dijadikan wadah-wadah yang berisikan Kristus. Ini memang ajaib. Akan tetapi, saya lebih gembira untuk menjadi sepotong doh, sebahagian daripada adunan. Tanah liat tidak ada hayat, tetapi adunan ialah perkara hayat kerana dibuat daripada tepung gandum yang halus. Walaupun tanah liat berguna untuk membuat wadah-wadah yang berisikan Kristus demi kemuliaan Tuhan, namun adunan adalah untuk kepuasan Tuhan; adunan dipersembahkan kepada Tuhan sebagai makanan demi kepuasan-Nya. Kita sebagai pohon zaitun liar, telah dicantum ke dalam pohon zaitun yang ditanam Tuhan supaya kita dapat menjadi rakan senikmat kesuburan akarnya. Inilah kenikmatan kita. Tuhan menikmati doh; kita pula menikmati akar. Doh dan akar berasal daripada hayat tumbuhan, hayat yang memuaskan Tuhan dan manusia. Gandum dan zaitun menghasilkan kenikmatan dan kepuasan untuk Tuhan dan manusia. Puji Tuan! 

ISRAEL DIRESTORASIKAN MENERUSI PENERIMAAN RAHMAT OLEH BANGSA ASING

      "Dan mereka juga, jika mereka tidak terus berada dalam ketidakpercayaan, akan dicantum kerana Tuhan berupaya mencantum mereka semula. Kerana jika kamu dipotong dari pohon zaitun liar yang semula jadi dan dicantum bertentangan dengan sifat sejadi ke dalam pohon zaitun yang ditanam, bukankah lebih-lebih lagi ranting-ranting semula jadi ini akan dicantum ke dalam pohon zaitun sendiri? Dikbang-dikbang, aku tidak ingin kamu tidak mengetahui misteri ini (supaya jangan kamu menganggap dirimu arif) bahawa ketegaran telah sedikit sebanyak menimpa orang Israel, hingga tergenapnya bilangan bangsa Asing" (ay. 23-25). “Tergenap-nya bilangan bangsa Asing" merujuk kepada bangsa Asing yang bertaubat dan percaya. Sekarang ialah masanya untuk banyak bangsa Asing bertaubat. Oleh itu, hal "tergenapnya bilangan bangsa Asing” masih belum disempurnakan; ia masih berterusan pada masa sekarang. 

        "Sebagaimana kamu dahulunya mengingkari Tuhan, tetapi kini telah dirahmati disebabkan keingkaran mereka, begitu juga mereka kini adalah ingkar, agar disebabkan rahmat yang ditunjukkan kepada kamu, kini mereka juga dapat dirahmati. Kerana Tuhan mengurung semua dalam keingkaran supaya Dia dapat merahmati semua" (ay. 30-32). Di sini kita melihat bahawa Paulus menggunakan keingkaran dan rahmat sebagai cara dia berhujah. Keingkaran manusia membolehkan rahmat Tuhan mempunyai peluang, dan rahmat Tuhan membawa penyelamatan kepada manusia. Oleh itu, sekali lagi kita melihat bahawa Paulus telah menang setiap kes. Tuhan telah mengurung semua dalam keingkaran supaya Dia dapat merahmati semua. Inilah ekonomi Tuhan. Apakah yang dapat kita katakan? Kita hanya dapat berkata, "Haleluya untuk rahmat-Nya!"

Soalan Kajian: 

Bahagian ini berkenaan ekonomi Tuhan adalah satu misteri seperti yang dikatakan dalam 11:25. Jelaskan pengalaman kita sebagai doh dan pohon zaitun liar yang penuh hayat dalam pemilihan Tuhan.  

Mesej 23: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (2)
Mesej 25: Transformasi dalam Mengamalkan Kehidupan Tubuh
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)