Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 22: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (1)
Mesej 21: Waris-waris Kemuliaan (4)
Mesej 23: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (2)
Mesej 22: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (1)
2021-05-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMILIHAN TUHAN, TAKDIR KITA (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 9:1-10:21

Kajian-hayat: Mesej 22

Bacaan Bible: 

Roma 9:16 Dengan demikian, ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat.

Roma 9:23 Agar Dia dapat menyatakan kekayaan kemuliaan-Nya ke atas wadah-wadah rahmat yang telah disediakan-Nya itu terlebih dahulu untuk kemuliaan.

Petikan Bacaan: 

   Pembaca sekalian, kita telah meliputi Roma 1 hingga 8. Sekarang, kita akan mula mendalami Roma 9 untuk melihat pemilihan Tuhan, iaitu takdir kita. Bab 9 hingga 11 boleh dianggap sebagai sisipan. 

BERGANTUNG PADA TUHAN YANG MEMANGGIL

    Pemilihan Tuhan ialah takdir kita. Takdir abadi kita sama sekali telah ditetapkan melalui pemilihan Tuhan. Pemilihan dan takdir ini bergantung pada Tuhan yang memanggil, bukan bergantung pada orang yang bekerja. Dalam ayat 9-13, kita diberitahu bahawa Ribka telah hamil dan melahirkan dua orang anak, iaitu Esau dan Yakub. Sebelum anak-anak ini dilahirkan dan sebelum mereka melakukan apa-apa yang baik atau buruk, Tuhan telah memberitahu Ribka bahawa yang besar, iaitu Esau, akan melayan yang kecil, iaitu Yakub. Ini membuktikan bahawa pemilihan Tuhan bergantung pada kesukaan-Nya dan ketidaksukaan-Nya. Oleh itu, Tuhan berkata, "Aku mengasihi Yakub; tetapi Esau Aku benci" (Mal. 1:2-3). Hanya orang yang dikasihi dan dipilih Tuhan dikira sebagai benih. Pemilihan Tuhan bergantung pada diri-Nya yang memanggil menurut kesukaan-Nya, bukan bergantung pada kerja-kerja manusia. 

BERGANTUNG PADA RAHMAT TUHAN

    “Jadi, apa yang harus kita katakan? Apakah ketidakadilbenaran ada pada Tuhan? Sama sekali tidak! Kerana kepada Musa Dia berkata, 'Aku akan merahmati sesiapa sahaja yang akan Aku rahmati, dan Aku akan menunjukkan belas kasihan kepada sesiapa sahaja yang akan Aku tunjukkan belas kasihan!" (ay. 14-15). Apabila Tuhan berkata, "Aku akan”, kita tidak harus berbalah dengan-Nya. Kita bukan Tuhan dan tidak mempunyai ketentuan-Nya. 

    "Dengan demikian, ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat" (ay. 16). Rahmat mencapai lebih jauh daripada kurnia. Jika saya berada dalam keadaan yang baik, dengan mempunyai kedudukan yang sepadan dengan kedudukan kamu dan kamu memberi saya hadiah itu ialah kurnia. Akan tetapi, apabila saya berada dalam keadaan yang kasihan dan kedudukan saya jauh berbeza, kamu memberi saya sesuatu, itu ialah rahmat. Menurut keadaan semula jadi, kita jauh daripada Tuhan, sama sekali tidak layak untuk memperoleh kurnia-Nya. Kita hanya layak menerima rahmat-Nya. Kita begitu miskin dan begitu kasihan sehingga perlunya rahmat Tuhan untuk merapatkan jurang antara kita dengan Tuhan. Rahmat Tuhanlah yang membawa kita ke dalam kurnia-Nya. Betapa perlunya kita sedar akan hal ini dan menyembah Tuhan atas rahmat-Nya! Bahkan sekarang, selepas diselamatkan dan berbahagian dalam kekayaan hayat-Nya, dari aspek tertentu kita masih berada dalam keadaan yang memerlukan rahmat Tuhan untuk merapatkan jurang. Oh, betapa kita perlukan rahmat-Nya!

    Konsep kita ialah orang yang berkehendak akan mendapat apa yang dikehendakinya dan orang yang berlari akan mendapat apa yang dikejarnya. Jika inilah keadaannya, maka pemilihan Tuhan adalah menurut usaha dan jerih lelah kita. Akan tetapi, hal ini bukan demikian. Ini sama sekali bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat. Kita tidak perlu berkehendak atau berlari, kerana Tuhan merahmati kita. Jika kita tahu akan rahmat Tuhan, kita tidak akan menaruh keyakinan pada usaha kita; kita juga tidak akan berasa kecewa atas kegagalan kita. Harapan bagi keadaan kita yang melarat ini ialah rahmat Tuhan.

BERGANTUNG PADA KETENTUAN TUHAN

    Paulus bersambung, “Jadi, kamu akan berkata kepadaku, Mengapa Dia masih mencari kesalahan? Siapa yang berdiri menentang kehendak-Nya? Sebaliknya, O manusia, siapa kamu yang membalas balik kata Tuhan?" (ay. 19-20a). Kita semua perlu mengenali siapa kita ini. Kita ialah makhluk ciptaan Tuhan, dan Dia Pencipta kita. Sebagai makhluk ciptaan-Nya, kita tidak harus mengatakan apa-apa kepada Dia, Pencipta itu. Oleh itu, Paulus bertanya, “Dapatkah sesuatu yang dibentuk itu berkata kepada dia yang membentuknya, Mengapa kamu membuat aku sedemikian? Atau tidakkah tukang tembikar mempunyai kuasa atas tanah liat untuk membuat daripada gumpal yang sama satu wadah yang terhormat dan satu lagi yang terhina?" (ay. 20-21). Tuhan ialah tukang tembikar, dan kita pula gumpalan tanah liat. Sebagai tukang tembikar, Tuhan mempunyai kuasa atas tanah liat. Jika Dia berkehendak, Dia dapat membuat satu wadah yang terhormat dan satu lagi wadah yang terhina. Hal ini tidak bergantung pada pilihan kita- ia bergantung pada ketentuan-Nya.

    Pemilihan Tuhan mempunyai satu matlamat-memperoleh wadah yang banyak untuk berisikan Tuhan dan mengekspresikan-Nya buat selama-lamanya. Banyak daripada kita telah terpesong daripada sasaran matlamat Tuhan, beranggapan bahawa pemilihan-Nya hanya untuk menunjukkan kasih-Nya dengan menyelamatkan kita. Ya, Dia mengasihi kita. Akan tetapi, kasih-Nya dinyatakan bukan hanya untuk menyelamatkan kita, malah menjadikan kita wadah-wadah-Nya. Tuhan mencipta kita dengan cara demikian agar kita dapat menerima Dia ke dalam kita dan berisikan-Nya sebagai hayat dan bekalan hayat kita, agar kita menjadi satu dengan-Nya untuk mengekspresikan apanya Dia dan Dia dimuliakan dalam kita dan bersama-sama kita. Inilah matlamat abadi pemilihan Tuhan. Ini juga takdir abadi kita.

Soalan Kajian: 

"Kurnia mencapai lebih jauh daripada kurnia." Jelaskan ungkapan ini. Perihalkan betapa beharganya rahmat Tuhan dalam pengalaman kita sebagai seorang yang dipilih Tuhan sejak penyelamatan kita sehingga kini.


Mesej 21: Waris-waris Kemuliaan (4)
Mesej 23: Pemilihan Tuhan, Takdir Kita (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)