Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 18: Waris-waris Kemuliaan (1)
Mesej 17: Pengudusan Dalam Hayat
Mesej 19: Waris-waris Kemuliaan (2)
Mesej 18: Waris-waris Kemuliaan (1)
2021-05-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

WARIS-WARIS KEMULIAAN (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 8:14-27

Kajian-hayat: Mesej 18

Bacaan Bible: 

Roma 8:14 Kerana sebanyak mana yang dipimpin Roh Tuhan, inilah para anak Tuhan.

Roma 8:15  Kamu bukannya menerima roh pengabdian yang membawa kamu ke dalam ketakutan sekali lagi, tetapi kamu telah menerima roh keanakan yang dalamnya kita berseru, Abba, Bapa!

Roma 8:16  Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan.

Petikan Bacaan: 

Dalam mesej ini, kita datang kepada perkara pemuliaan. Apakah matlamat pemuliaan? Matlamat pemuliaan ialah keanakan yang penuh bagi anak-anak Tuhan. Pengutukan memerlukan justifikasi, justifikasi adalah untuk pengudusan, pengudusan adalah untuk pemuliaan, dan pemuliaan pula adalah untuk keanakan yang penuh bagi anak-anak Tuhan.

I. BERKAT-BERKAT KEANAKAN

    Roma 8:14 berkata, “Kerana sebanyak mana yang dipimpin Roh Tuhan, inilah para anak Tuhan." Bermula dari ayat ini, Paulus mula berbicara tentang para anak Tuhan dan anak-anak Tuhan. Akan tetapi, konsep muktamad bagi  bahagian berkenaan pemuliaan (8:14-39) bukan berkenaan anak-anak Tuhan atau para anak Tuhan, tetapi berkenaan waris. Kita mungkin anak Tuhan, namun tidak mempunyai pertumbuhan para anak Tuhan; atau kita mungkin para anak Tuhan, namun tidak mempunyai kelayakan seorang waris. Oleh itu, konsep muktamad Paulus dalam bahagian Roma ini berkaitan dengan waris yang mulia.

A. Roh Keanakan

"Kamu bukannya menerima roh pengabdian yang membawa kamu ke dalam ketakutan sekali lagi, tetapi kamu telah menerima roh keanakan yang dalamnya kita berseru, Abba, Bapa!" Bagaimanakah kita menerima roh keanakan ini? Melalui Roh  Anak Tuhan masuk ke dalam roh kita. Galatia 4:6, iaitu ayat kembar bagi Roma 8:15, berkata, "Dan oleh sebab kamu ialah anak, Tuhan telah mengutus Roh Anak-Nya ke dalam hati kita, berseru, Abba, Bapa!” Apabila kita berseru, Dia berseru dalam seruan kita. Apabila Dia berseru, kita berseru bersama dengan-Nya. Kedua-dua ayat ini membuktikan bahawa kita dan Dia, roh kita dan Roh itu adalah satu. Apabila kita berseru, "Abba, Bapa," Dia menyertai kita dalam seruan kita. Roh itu berseru dalam seruan kita kerana Roh Anak Tuhan menghuni roh ada seruan "Abba, Bapa" yang manis kita secara dalaman. Oleh itu, tidak ada perasaan takut, hanya ada seruan "Abba, Bapa" yang manis. Abba" ialah perkataan Aram yang juga bermakna bapa. Apabila dua istilah ini "Abba" dan "Bapa" diletakkan bersama-sama, hasilnya ialah perasaan yang dalam dan manis, yakni perasaan yang intim sekali. “Abba, Bapa" ialah kemanisan yang diperhebat. 

B. Roh Itu Bersaksi

"Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan." Mengapakah Paulus tiba-tiba menyebut tentang "anak-anak" dalam ayat 16? Ini kerana Roh itu bersaksi tentang sesuatu yang asas. Dia bersaksi tentang hubungan asas atau hubungan permulaan kita dengan Tuhan. Masih terlalu awal untuk Roh Kudus bersaksi bahawa kita semua ialah waris Tuhan. Kebanyakan daripada kita tidak cukup matang untuk persaksian sedemikian. Oleh itu, Roh itu bersaksi terhadap hubungan yang paling asas dan hubungan pada mulanya, iaitu kita ialah anak-anak Tuhan. Tidak kira betapa muda atau barunya kamu, jika kamu ialah anak Tuhan, Roh Tuhan bersaksi bersama dengan roh kamu. Ayat ini mengatakan bahawa Roh itu bersaksi bersama dengan roh kita; ini bermaksud bahawa kedua-duanya bersaksi bersama-sama. Roh Tuhan bersaksi, dan pada masa yang sama, roh kita bersaksi bersama dengan-Nya. Ini sungguh ajaib.

C. Pimpinan Roh Itu

Banyak orang Kristian mempunyai konsep yang salah dan alamiah berkenaan pimpinan Roh itu. Orang sering beranggapan bahawa pimpinan Roh itu datang secara tiba-tiba dari syurga ketiga atau tempat lain. Sesetengah orang meminta Tuan memberikan tanda dengan berkata, "O Tuan, berilah aku tanda, petunjuk,sama ada aku harus beli benda ini atau tidak...Tuan, jadikanlah kedai itu buka, kerana jika kedai itu tutup, ini menunjukkan bahawa Engkau tidak mahu aku membeli apa-apa."Inilah contoh konsep yang salah berkenaan pimpinan Tuan.

Pimpinan Roh itu bukan datang daripada atau bergantung  pada hal-hal luaran. Pimpinan Roh itu ialah hasil daripada hayat dalaman. Ia datang daripada perasaan hayat, daripada kesedaran hayat divin dalam kita. Perkataan hayat disebut sekurang-kurangnya lima kali dalam Roma 8. Oleh itu, pimpinan Roh itu ialah perkara hayat, perkara berkenaan perasaan atau kesedaran hayat. Bagaimanakah kita dapat mengenali hayat ini? Bukan melalui benda luaran, tetapi melalui perasaan dan kesedaran hayat. Terdapat satu perasaan dalaman yang datang daripada meletakkan minda pada roh. Jika minda kita diletakkan pada roh kita, dengan serta-merta kita dikuatkan dan berasa puas secara dalaman. Kita juga disirami dan disegarkan. Melalui perasaan dan kesedaran ini, kita dapat mengenali hayat dalam kita dan melalui perasaan hayat ini, kita juga tahu bahawa kita bergerak-hidup dengan betul. Dengan kata lain, kita tahu bahawa kita berada di bawah pimpinan Roh itu. Oleh itu, pimpinan Roh itu dalam ayat 14 bukan bergantung pada hal-hal luaran; ia sama sekali bergantung pada perasaan hayat dalam roh kita.

Soalan-soalan Kajian: 

1. Bagaimanakah perkembangan daripada anak-anak Tuhan, para anak Tuhan dan waris Tuhan berlaku?

2. Setelah membaca mesej ini, sila kongsikan pencahayaan yang diterima berkenaan pimpinan Roh itu.


Mesej 17: Pengudusan Dalam Hayat
Mesej 19: Waris-waris Kemuliaan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)