Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 17: Pengudusan Dalam Hayat
Mesej 16: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (3)
Mesej 18: Waris-waris Kemuliaan (1)
Mesej 17: Pengudusan Dalam Hayat
2021-05-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENGUDUSAN DALAM HAYAT 

Ayat-ayat Bible: Roma 1-8

Kajian-hayat: Mesej 17

Bacaan Bible: 

Roma 8:11 Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.  

Roma 8:13 Kerana jika kamu hidup menurut tubuh daging, kamu mesti mati, tetapi jika melalui Roh itu kamu mematikan amalan-amalan tubuh, kamu akan hidup.  

Petikan Bacaan: 

Pembaca sekalian, sebelum kita sampai ke bahagian tentang pemuliaan, kita mempunyai satu mesej tambahan berkenaan pengudusan dalam hayat.

KEADILBENARAN, KEKUDUSAN, DAN KEMULIAAN TUHAN 

Dalam buku Roma, Paulus meliputi subjek pengutukan terlebih dahulu, kemudiannya meliputi justifikasi, pengudusan, dan pemuliaan. Semasa Tuhan menanggulangi kita, Dia selalu menjaga tiga daripada atribut divin-Nya — keadilbenaran, kekudusan, dan kemuliaan-Nya. Keadilbenaran berkaitan dengan perbuatan Tuhan, cara, tindakan, dan aktiviti-Nya. Segala-gala yang dilakukan Tuhan adalah adilbenar. Kekudusan ialah sifat Tuhan. Kemuliaan ialah Tuhan sendiri diekspresikan. Semasa Tuhan diekspresikan, itulah kemuliaan. 

Pada tahap pertama penyelamatan Tuhan, kita berbahagian dalam keadilbenaran Tuhan. Inilah justifikasi. Pada tahap kedua, kita berada dalam proses pengudusan; dalam proses ini, Tuhan menggarapkan sifat divin-Nya ke dalam kita. Sebelum diproses, Dia tidak tersedia ada untuk melakukan kerja pengudusan yang subjektif ini. Sebelum Dia diproses Dia berupaya mencipta dunia, tetapi Dia tidak dapat masuk ke dalam makhluk ciptaan-Nya. Walaupun Dia dapat melakukan banyak perkara di luar kita, Dia tidak dapat masuk ke dalam kita sehinggalah Dia melalui process inkarnasi, penyaliban, dan kebangkitan yang lengkap. Setelah Dia diproses, Dia telah menjadi Roh hayat yang sedia ada. Sebagai Roh hayat yang sedia ada, Tuhan telah masuk ke dalam roh kita dan menjadikan roh kita hayat. Tuan telah menjadikan roh kita hayat melalui kelahiruan. Sekarang sebagai Roh hayat dalam roh kita, Dia sedang menyebarkan diri-Nya dari roh kita ke dalam sukma kita — ke dalam minda, emosi, dan tekad kita. Akhirnya, Dia bahkan akan berkembang ke dalam tubuh kita yang akan mati. Dengan cara demikian, Tuhan menepui kita dengan diri-Nya. Penepuan ini dipanggil pengudusan. Menerusi penepuan ini, Tuhan menggarapkan diri-Nya dengan sifat kudus-Nya ke dalam seluruh diri kita, ke dalam roh, sukma dan tubuh kita (1 Tes. 5:23). Dengan demikian, seluruh diri kita akan diresapi, dikuduskan sepenuhnya dengan sifat kudus-Nya. Kita sekarang sedang melalui proses pengudusan ini, yakni tahap kedua penyelamatan Tuhan. 

Pada tahap yang seterusnya, kita akan diraptur dan dimuliakan. Masa itu ialah penebusan tubuh kita. Pemuliaan bermakna mentransfigur tubuh hina kita menjadi tubuh mulia (Flp. 3:21). Pada masa itu, kita akan dibawa secara sepenuhnya dan secara mutlak ke dalam diri Tuhan kemuliaan kita. 

Sekarang kita boleh memahami mengapa Paulus menulis Roma mengikut urutan sebegini, bermula dengan justifikasi, diikuti dengan pengudusan dan pemuliaan. Tiga bahagian ini meliputi tiga tahap penyelamatan lengkap dan sejajar dengan tiga bahagian diri kita. Dalam justifikasi, roh kita dihidupkan; dalam pengudusan, sukma kita dijadikan hayat; dalam pemuliaan, bahkan tubuh kita akan penuh dengan hayat. Apabila proses ini lengkap, kita bukan sahaja akan dijustifikasikan dan dikuduskan, malah juga dimuliakan.  

HAYAT DAN PENGUDUSAN DALAM BUKU ROMA 

Dalam tujuh bab setengah buku Roma yang pertama, perkara hayat digunakan banyak kali. Hayat ini terutamanya untuk pengudusan. Melalui hayat ini, Kristus meresapi kita, menepui kita, dan menginfusi sifat kudus Tuhan ke dalam kita, menjadikan kita kudus dari segi disposisi.  

Selepas bekerja secara objektif untuk memberi kita keadilbenaran-Nya, Tuhan sekarang sedang bekerja secara subjektif untuk menyalurkan kekudusan-Nya ke dalam kita. Tuhan akan mentransfusi dan menginfusikan sifat divin-Nya ke dalam diri kita. Oleh itu, dalam diri kita ada esens-Nya yang kudus dan divin. Kita akan ditepui dan diresapi sepenuhnya dengan sifat kudus Tuhan. Inilah pengudusan dalam buku Roma. 

TUJUAN TUHAN DALAM PENGUDUSAN

Apakah tujuan bagi pengudusan dari segi disposisi ini? Tujuannya ialah Tuhan dapat menghasilkan banyak anak (Roma 8:29). Apa yang sedang dilakukan Tuhan dalam kalangan kita hari ini ialah membuka mata kita supaya kita dapat melihat keperluan kita untuk kerja pengudusan-Nya. Kita memerlukan hayat pengudusan-Nya. Kita memerlukan hayat abadi-Nya untuk menggarapkan diri-Nya yang kudus ke dalam sifat kita supaya kita benar-benar dapat menjadi anak-Nya secara praktikal, bukan dalam kata-kata, tetapi dalam realiti. Walaupun kita telah dilahirkan sebagai anak Tuhan, kita tidak mirip anak Tuhan. Oleh itu, kita memerlukan pengudusan dalam hayat yang subjektif.  

Kita telah dijustifikasikan dan kini kita sedang dikuduskan. Tuhan sedang menggarapkan kekudusan-Nya ke dalam kita, dan kita akan dikuduskan dalam hayat. Tuan sedang bekerja dalam roh kita, menyebarkan diri-Nya dari pusat diri kita hingga setiap bahagian kita, sehingga Dia mencapai lilitan. Kemudian kita akan ditepui sepenuhnya dengan sifat kudus-Nya. Dengan itu, seluruh diri kita akan dikuduskan.  

Soalan-soalan Kajian: 

1. Sila kaitkan tiga daripada atribut divin Tuhan — keadilbenaran, kekudusan, dan kemuliaan-Nya dengan penyelamatan lengkap Tuhan serta tiga bahagian diri kita. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 17, ms. 229-232)

2. Doa-baca Roma 8:13. Kongsikan dengan teman rohani anda tentang pengalaman terhadap ayat ini. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 17, ms. 237-238)


Mesej 16: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (3)
Mesej 18: Waris-waris Kemuliaan (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)