Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 19: Waris-waris Kemuliaan (2)
Mesej 18: Waris-waris Kemuliaan (1)
Mesej 20: Waris-waris Kemuliaan (3)
Mesej 19: Waris-waris Kemuliaan (2)
2021-05-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

WARIS-WARIS KEMULIAAN (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 8:17-27

Kajian-hayat: Mesej 19

Bacaan Bible: 

Roma 8:23 Dan bukan itu sahaja, malah kita sendiri juga mempunyai buah sulung Roh itu, bahkan kita sendiri mengeluh dalam diri sendiri, menanti-nantikan keanakan, iaitu penebusan tubuh kita. 

Roma 8:26 Tambahan pula, dengan cara yang sama Roh itu juga turut serta membantu kita memikul kelemahan kita, kerana kita tidak tahu untuk apa kita harus berdoa dengan sewajarnya, tetapi Roh itu sendiri berdoa-pinta untuk kita dengan keluhan yang tidak terungkap.   

Petikan Bacaan: 

Pembaca sekalian, kita akan terus melihat perkara pemuliaan daripada Roma 8:17-27 dalam bacaan ini. 

Buah Sulung Roh Itu

Roma 8:17 berkata, “Dan jika anak, waris juga; dari satu segi, waris Tuhan; dari segi lain, waris bersama dengan Kristus…” Sila beri perhatian kepada koma bertitik dalam ayat ini. Kita tidak harus mengatakan bahawa hanya disebabkan kita ialah anak-anak, maka kita ialah waris. Asalkan Roh itu bersaksi bersama dengan roh kita, maka kita ialah anak-anak Tuhan. Akan tetapi, untuk kita maju daripada anak-anak kepada waris, ada syaratnya. 

Syarat untuk menjadi waris Tuhan ialah “kita menderita bersama dengan-Nya supaya kita juga dapat dimuliakan bersama dengan-Nya”. Semakin banyak penderitaan yang kita lalui, semakin kemuliaan kita akan diperhebat, kerana penderitaan menambah intensiti kemuliaan kita. 

Berikutannya, ayat 23 berkata, “Dan bukan itu sahaja, malah kita sendiri juga yang mempunyai buah sulung Roh itu, bahkan kita sendiri mengeluh dalam diri sendiri, menanti-nantikan keanakan, iaitu penebusan tubuh kita.” Kita harus mengaku bahawa tubuh kita masih kepunyaan ciptaan lama. Memandangkan tubuh kita kepunyaan ciptaan lama dan masih belum ditebus, kita mengeluh dalamnya sama seperti semua ciptaan. Akan tetapi, semasa kita mengeluh, kita mempunyai buah sulung Roh itu. Buah sulung Roh itu adalah untuk kenikmatan kita; buah sulung Roh itu ialah prarasa bagi tuaian yang akan datang. Prarasa ini ialah Roh Divin-Nya menjadi buah sulung tuaian bagi kenikmatan penuh terhadap segala apanya Dia kepada kita. Bahkan semasa kita sedang menderita, kita mempunyai kenikmatan. Kita merasai hadirat Tuan. Hadirat Tuan ialah Roh itu sebagai buah sulung untuk kita nikmati.  

Semasa kita mengeluh dan menikmati buah sulung Roh itu, kita menantikan keanakan. Di sini, keanakan bermakna keanakan yang penuh. Apa itu keanakan yang penuh? Keanakan yang penuh ialah penebusan tubuh kita. Inilah keanakan penuh, iaitu harapan yang kita nanti-nantikan. Semasa kita menunggu, kita perlu bertumbuh. Semakin cepat kita bertumbuh, semakin cepat hari itu akan tiba. 

Bantuan Roh Itu

“Tambahan pula, dengan cara yang sama Roh itu juga turut serta membantu kita memikul kelemahan kita…” (ay.26). Apakah maksud frasa “dengan cara yang sama”? “Dengan cara yang sama” merangkumi semua butir dalam ayat-ayat yang sebelumnya — penantian, jangkaan, keluhan, kesabartahanan, harapan, dan sebagainya. Semasa kita mengeluh, Roh Kudus juga mengeluh. Semasa kita menanti, Dia juga menanti. Semasa kita mengharap dan bersabar-tahan, Dia juga mengharap dan bersabar-tahan. Sebagaimananya kita, demikian juga dengan Dia. Apabila kita berdoa dengan suara yang kuat, “O, Bapa,” Dia juga berdoa dengan suara yang kuat. Dia juga berdoa dengan suara yang lembut apabila kita berdoa dengan suara yang lembut. Jika kita berdoa dengan cepat, girang, dan dengan suara yang kuat, Dia juga berdoa dengan cara yang sama. Cara kita ialah cara-Nya. Jangan anggap bahawa Roh Kudus begitu berbeza dengan kita. Roma 8 mewahikan bahawa Roh Kudus adalah menurut cara kita. 

Roh itu tidak meminta kita menyertai-Nya, tetapi Dia turut serta dengan kita. Roh itu tidak berkata, “Naiklah ke standard tertinggi untuk menurut serta Aku.” Tidak ada sesiapa daripada kita pun yang dapat melakukannya. Oleh itu, Roh itu turut serta dengan cara kita. Cubalah berdoa. Sama ada kamu berdoa secara kuat atau lemah, dengan suara yang lantang atau lembut, itu tidak menjadi masalah kepada-Nya. Jika kamu berdoa, Dia akan berdoa “dengan cara yang sama”. “Dengan cara yang sama” Dia akan turut serta untuk membantu kamu. 

Keanakan yang Penuh

Kita telah melihat bahawa kita ialah para anak Tuhan yang menikmati segala berkat keanakan. Kita boleh menyenaraikan berkat-berkat ini: Roh keanakan, Roh itu bersaksi, pimpinan Roh itu, buah sulung Roh itu, bantuan Roh itu, dan doa-pinta Roh itu. Akhirnya kita akan mempunyai keanakan para anak Tuhan yang penuh dimanifestasikan dalam kebebasan kemuliaan (ay. 19, 21). 

Soalan-soalan Kajian: 

1. Sila jelaskan bagaimana penderitaan dan keluhan membantu kita untuk menjadi waris Tuhan (Sila rujuk KH Roma, Mes. 19, ms. 253-258)

2. Doa-baca Roma 8:26. Kongsikan dengan teman rohani anda tentang pengalaman terhadap ayat ini. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 17, ms. 258-260)


Mesej 18: Waris-waris Kemuliaan (1)
Mesej 20: Waris-waris Kemuliaan (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)