Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 16: Pertambahan Kristus dan Kristus Yang Tidak Terukur
Mesej 15: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (2)
Mesej 17: Keperluan Orang yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (1)
Mesej 16: Pertambahan Kristus dan Kristus Yang Tidak Terukur
2022-02-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PERTAMBAHAN KRISTUS DAN KRISTUS YANG TIDAK TERUKUR

Ayat-ayat Bible: Yoh. 3:22-36 

Kajian-hayat: Mesej 10

Bacaan Bible: 

Yohanes  3:30 Dia mesti bertambah, tetapi aku mesti berkurang. 

Petikan Bacaan:  

PERTAMBAHAN KRISTUS

Semua Orang yang Dilahirukan Menjadi Satu untuk Menjadi Pengantin Kristus yang Diberikan Tuhan kepada-Nya

    Meskipun kebanyakan orang Kristian tahu akan kelahiruan dalam Yohanes 3, namun sedikit sahaja yang melihat bahawa setiap orang yang dilahirukan seharusnya merupakan sebahagian daripada pertambahan Kristus, iaitu pengantin-Nya. Kelahiruan adalah untuk pertambahan Kristus. Kelahiruan adalah untuk menghasilkan pengantin. Kelahiruan adalah untuk kamu menjadi sebahagian daripada pengantin Kristus. Yohanes 3 adalah satu bab berkenaan kelahiruan untuk pertambahan Kristus. Banyak orang Kristian melihat kelahiruan sahaja. Adakah kelahiruan sekadar untuk kamu beroleh hayat abadi? Bukan! Kelahiruan mempunyai tujuan yang lebih daripada itu. Kelahiruan adalah untuk kita dibina menjadi pengantin, iaitu pertambahan Kristus. 

    Tambahan pula, dalam kelahiruan, kita semua telah dicambahkan dengan hayat divin. Memandangkan kita telah dicambahkan dengan hayat divin, maka kita semua adalah sebahagian daripada pengantin perempuan. Injil Yohanes ialah sebuah buku tentang pertambahan Kristus. Kristus sebagai pengantin lelaki memerlukan pengantin perempuan. Dia datang untuk tujuan ini. Dia datang untuk pertambahan-Nya. Bagaimanakah Dia memperoleh pertambahan-Nya? Dia memperoleh pertambahan-Nya dengan masuk ke dalam kita dan menjadikan kita sebahagian daripada diri-Nya. Kita semua ialah bahagian Kristus. Sebagai bahagian Kristus yang dibentuk bersama, kita ialah pengantin Kristus, iaitu pertambahan-Nya. 

Orang yang Bekerja untuk Kristus itu Berkurang

Kita harus membenarkan Kristus bertambah. Kita semua harus berkurang. Semua pengikut harus pergi kepada-Nya. Jika semua penginjil dan pemimpin Kristian hari ini berkata, “Tuan, biarlah semua pengikut aku menjadi milik-Mu supaya Engkau dapat bertambah dan aku berkurang,” maka masalah tidak akan timbul. 

KRISTUS YANG TIDAK TERUKUR

Yohanes 3:31-36 membingungkan banyak penterjemah Bible. Mereka tidak tahu di mana mereka harus menyelitkan ayat-ayat ini. Ayat 30 mengatakan bahawa Kristus mesti bertambah dan kita mesti berkurang. Mengapakah ayat 30 berkata demikian? Hal ini kerana Kristus adalah tidak terbatas dan almuhit. Ayat-ayat ini mewahikan Kristus yang tidak terbatas. Dia ialah Yesus kecil yang dilahirkan di dalam palung dan dibesarkan di Nazaret, di rumah seorang tukang kayu yang miskin. Dia tidak ada kecantikan atau tarikan luaran, dan Dia amat terbatas. Namun demikian, Dia adalah almuhit, tidak terukur. Dia lebih tinggi daripada syurga-syurga dan lebih luas daripada alam semesta. Dia ialah segala-galanya, dan segala-galanya adalah untuk Dia. Ayat 31 berkata, “Dia yang datang dari atas itu mengatasi segalanya, dia yang dari bumi adalah berasal daripada bumi dan pembicaraannya juga daripada bumi. Dia yang datang dari syurga itu mengatasi segalanya. Ayat ini mewahikan bahawa Kristus yang kita percayai itu tidak terbatas dan tidak terukur. 

Meministerkan Sabda Tuhan dan Mendispenkan Roh Itu dengan Tidak Terukur

    Ayat 34 berkata, “Dia yang diutus Tuhan membicarakan sabda Tuhan, kerana Dia memberi Roh itu dengan tidak terukur.” Dalam ayat ini, kita melihat dua perkara: Tuan Yesus meministerkan sabda Tuhan kepada umat-Nya, dan Dia memberi Roh itu kepada umat Tuhan dengan tidak terukur. Sesetengah Bible menterjemahkan ayat ini secara tidak tepat dengan mengatakan bahawa Tuhan Bapa memberi Roh itu kepada Anak dengan tidak terukur. Akan tetapi, jika kamu mengkaji manuskrip yang terbaik, kamu akan melihat bahawa maksud ayat ini ialah Anak memberi Roh itu dengan tidak terukur kepada umat Tuhan. Tuan Yesus meministerkan Sabda yang hidup dan Roh yang tidak terukur. 

Hari ini, sebagai Kepala gereja, Kristus masih meministerkan dua benda ini. Meskipun kita membicarakan Sabda, namun bukan kita yang meministerkan Sabda. Kita berbicara, tetapi Dialah yang meminister. Dia ialah pembicara yang divin dan pendispen yang divin. Dia meministerkan Sabda kaya dan mendispenkan Roh hidup dengan tidak terukur. Dialah yang meministerkan Sabda hidup untuk mengkhasiati semua anggota-Nya. Dialah yang mendispenkan Roh itu ke dalam semua anggota-Nya supaya mereka dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melakukan hal ini. Dia ialah Roh almuhit dan Kristus almuhit. Dia tidak terbatas. 

Tidak ada apa-apa yang lain yang dapat dianggap sebagai tanda adanya hadirat Tuan. Jika kita berhimpun tanpa kekayaan Sabda dan tanpa kecergasan Roh itu, tetapi masih mendakwa bahawa kita berhimpun dalam nama Tuan, maka dakwaan itu tidak membawa apa-apa makna. Dakwaan itu sia-sia belaka. Kita tidak ada pengesahan, tidak ada realiti untuk menyokong apa yang kita katakan. Di mana Tuan Yesus berada, di situlah kamu akan menemui Sabda yang kaya dan Roh yang hidup. 

Haleluya, kita ialah orang yang dilahirukan! Kita telah dilahirukan untuk pertambahan-Nya. Pertambahan-Nya adalah untuk Kristus yang almuhit. Yohanes bab tiga mempunyai tiga butir yang utama: kelahiruan, pertambahan, iaitu pengantin Kristus, dan Kristus yang almuhit.  

Mesej 15: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (2)
Mesej 17: Keperluan Orang yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)