Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 15: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (2)
Mesej 14: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (1)
Mesej 16: Pertambahan Kristus dan Kristus Yang Tidak Terukur
Mesej 15: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (2)
2022-02-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TUJUAN HAYAT

Ayat-ayat Bible: Yoh. 3:14-21

Kajian-hayat: Mesej 9

Bacaan Bible:

Yoh. 3:14 Dan sebagaimana Musa meninggikan ular di gurun tandus, demikian jugalah Anak Manusia harus ditinggikan

Roma 8:3 Kerana apa yang tidak dapat dilakukan hukum, disebabkan hukum lemah menerusi tubuh daging, Tuhan, dengan mengutus Anak-Nya sendiri dalam rupa bentuk tubuh daging dosa dan berkenaan dosa, mengutuk dosa dalam tubuh daging

Petikan Bacaan: 

    Tuan memberitahu Nikodemus bahawa roh yang dilahirukan itu sama seperti angin yang bukan bersifat fizikal, tetapi tidak dapat dilihat dan bersifat rohani. Nikodemus masih bingung lalu bertanya, “Bagaimana boleh berlakunya hal-hal ini?” Kemudian, Tuan berbicara kepadanya berkenaan pralambang atau tamsil bagi penebusan yang terdapat dalam Wasiat Lama. 

Seperti Orang Israel yang Diracuni dan Mati di Gurun Tandus 

    Yohanes 3:14 mengatakan “Dan sebagaimana Musa meninggikan ular di gurun tandus, demikian jugalah Anak Manusia harus ditinggikan.” Apabila bani Israel bercakap menentang Tuan dan menentang Musa, “Maka Yehova menghantar ular berapi ke kalangan umat, dan ular-ular itu mematuk umat sehinggakan banyak daripada umat Israel mati” (Bil. 21:6). Kemudian, umat datang kepada Musa dan meminta dia berdoa agar Yehova menghalau ular-ular itu. Musa berdoa untuk mereka, dan Tuhan menunjukkan jalan penyelamatan kepada Musa; Tuhan memberitahu dia supaya membuat satu ular tembaga dan meletakkannya pada tiang (Bil. 21:8-9). Apabila umat yang diracuni ular-ular berapi memandang ular tembaga itu, maka hiduplah mereka (Bil. 21:9). 

    Dalam Yohanes 3:14, Tuan Yesus menerapkan gambaran tersebut pada diri-Nya, dengan mengatakan bahawa Dia sebagai Anak Manusia akan ditinggikan sebagaimana ular tembaga ditinggikan Musa. Tuan memberitahu Nikodemus,“Nikodemus, kamu nampaknya seorang lelaki yang berbudi bahasa tetapi kamu harus sedar bahawa kamu sebenarnya ular...Dalam Adam, kamu sudah kena racun... Kamu telah dilahirkan daripada sifat yang beracun, maka kamu juga bersifat ular.” Nikodemus tidak pernah fikir bahawa dia mempunyai sifat ular. Namun demikian, Tuan Yesus yang merupakan pemberita injil yang terbaik telah menunjukkan banyak hal melalui satu ayat yang ringkas, iaitu memberitahu Nikodemus bahawa dia ialah ular. 

Kristus Ditinggikan di atas Salib dalam Bentuk Ular 

    Semasa Tuan Yesus mati di atas salib, Dia berada dalam bentuk ular. Roma 8:3 berkata, “Tuhan, dengan mengutus Anak-Nya sendiri dalam rupa bentuk tubuh daging dosa dan berkenaan dosa, mengutuk dosa dalam tubuh daging.” Dua Korintus 5:21 mengatakan bahawa Kristus dijadikan dosa oleh Tuhan bagi pihak kita. Ular tembaga mempunyai bentuk ular tetapi tidak mempunyai racun ular. Kristus dijadikan dalam “rupa bentuk tubuh daging dosa”, tetapi Dia tidak berbahagian dalam dosa tubuh daging (2 Kor. 5:21; Ibr. 4:15). Dari segi penampilan, Dia betul-betul sama seperti manusia yang berdosa, tetapi di dalam-Nya tidak ada sifat dosa. Walaupun Dia dijadikan dosa, Dia tidak mengenal dosa.

“Ular Kuno”, Iblis, Syaitan, Dihakimi menerusi Hal Ini 

    Apabila Kristus ditinggikan di atas salib, Syaitan, iblis, ular kuno itu, ditanggulangi (Yoh. 12:31-33; Ibr. 2:14). Ini bermaksud bahawa sifat ular yang berada dalam manusia jatuh telah ditanggulangi melalui kematian Kristus. Kita boleh mengambil perangkap tikus sebagai contoh. Dalam alam semesta ini, terdapat seekor “tikus” kecil iaitu Syaitan. Keinsanan telah menjadi suatu perangkap; dalam perangkap ini dia ditangkap. Pada suatu hari, Tuan Yesus mengenakan rupa bentuk tubuh daging dosa ini. Kemudian, Dia membawa tubuh daging ini ke atas salib dan menyalibkannya. Dengan menyalibkan tubuh daging, Dia telah menghapuskan iblis yang telah menyuntikkan dirinya ke dalam manusia. Kristus dalam tubuh daging menghapuskan Syaitan melalui kematian-Nya. 

    Di mata Tuhan, kita semua telah menjadi ular. Sebagaimana orang Israel dahulu kala yang menjadi ular dan memerlukan ular tembaga ditinggikan sebagai pengganti mereka, kita juga memerlukan Kristus mati di atas salib sebagai pengganti kita. Di atas salib, Kristus bukan sahaja Anak Domba Tuhan yang menghapuskan dosa dunia (1:29), tetapi Dia juga berada dalam bentuk ular supaya Dia dapat menanggulangi sifat ular kita dan menghapuskan ular kuno itu. Ketika Kristus ditinggikan di atas salib, sifat ular yang ada dalam manusia jatuh itu ditanggulangi. Apabila manusia menerima Kristus yang tersalib dan terbangkit ini agar dia dapat dilahirukan dengan hayat divin yang ada dalam Kristus, sifat kesyaitanannya Juga harus ditanggulangi. 

Manusia Percaya kepada Kristus dan Beroleh Hayat Abadi 

    Kristus mati di atas salib dalam bentuk ular sebagai pengganti kita. Dengan berbuat demikian, Dia menanggulangi sifat ular kita dan menghapuskan ular yang berada dalam tubuh daging kita. Hasil bagi hal ini ialah kita beroleh hayat abadi dengan percaya kepada-Nya. Sebagaimana orang Israel yang kena racun itu hidup dengan memandang ular tembaga yang ada pada tiang, kita juga dapat mengalami perkara yang sama hari ini jika kita bertaubat, mengangkat hati kita, dan menatap Yesus yang terpaku di atas salib. Apabila kita berbuat demikian, dosa kita disingkirkan, sifat ular kita ditanggulangi, Syaitan dihapuskan dalam kita, dan kita memiliki hayat abadi. Inilah yang dimaksudkan dengan kelahiruan!

Mesej 14: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (1)
Mesej 16: Pertambahan Kristus dan Kristus Yang Tidak Terukur
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)