Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 17: Keperluan Orang yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (1)
Mesej 16: Pertambahan Kristus dan Kristus Yang Tidak Terukur
Mesej 18: Keperluan Orang Yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (2)
Mesej 17: Keperluan Orang yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (1)
2022-02-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KEPERLUAN ORANG YANG TIDAK BERMORAL- DIPUASKAN HAYAT (1)

Ayat-ayat Bible: Yoh. 4:1-14

Kajian-hayat: Mesej 11

Bacaan Bible

Yohanes  4:14 Tetapi barang siapa yang minum daripada air yang akan Kuberikan kepadanya pasti tidak akan haus buat selama-lamanya; tetapi air yang akan Kuberikan kepadanya akan menjadi sumber mata air dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi. 

Petikan Bacaan:  

Dalam mesej ini, kita melihat kes perempuan Samaria dalam Yohanes 4. Terdapat perbezaan yang besar antara kes ini dengan kes Nikodemus dalam bab tiga. Nikodemus seorang yang bermoral dan berasal daripada golongan atasan, manakala perempuan Samaria seorang yang tidak bermoral dan berasal daripada golongan bawahan. 

Kes Nikodemus menyatakan keperluan pertama manusia sejagat. Menurut pengalaman rohani, keperluan pertama manusia sejagat ialah kelahiruan. Apakah keperluan manusia yang kedua? Apakah keperluannya selepas kelahiruan? Keperluan kedua ialah kepuasan. Tidak ada apa-apa yang dapat memuaskan manusia melainkan Kristus sendiri. Selagi Kristus tidak menjadi kepuasan bagi kehidupan manusia kita, selagi itulah kita tidak dapat dipuaskan oleh apa-apa. Di luar Kristus, tidak ada kepuasan. Sebagai manusia, kita selalu berasa haus; Kristus sahaja yang dapat menghilangkan kehausan kita. 

PENYELAMAT YANG HAUS DAN PENDOSA YANG HAUS

    Kes perempuan Samaria mewahikan bahawa Kristus ialah kepuasan yang sebenar. Nikodemus ialah orang Yahudi sejati, manakala perempuan Samaria ialah orang kacukan. Segala sesuatu yang berkaitan dengannya adalah kebinasaan; tidak ada satu perkara pun yang murni atau baik. Oleh sebab dia orang bawahan dan seorang yang hina, maka Bible tidak mendedahkan namanya. Perempuan Samaria ini keluar seorang diri untuk menimba air pada waktu tengah hari. Mengapakah dia berbuat demikian? Ini kerana dia mempunyai nama buruk, dan tidak ada orang yang ingin menemaninya. Dia takut dikatai, dikritik, dan dia tidak berani keluar pada waktu lewat petang semasa banyak orang akan berada di sana. Perempuan ini kasihan dan tidak bermoral. Dia pernah mempunyai lima orang suami dan sedang tinggal bersama seorang yang bukan suaminya. Tidak ada orang yang mengambil berat akan dia. Dia menyedari hal ini dan keluar menimba air pada masa yang begitu sunyi; dia berharap tidak ada sesiapa yang nampaknya. 

Penyelamat “harus Merentasi” Tempat Pendosa 

    Tanpa ragu-ragu, perempuan Samaria ini telah dipraketahui dan dipratakdirkan Tuhan Bapa pada keabadian lampau (Roma 8:29). Dia memang telah diberikan Bapa kepada Tuan Yesus (6:39). Seorang perempuan Samaria yang begitu rendah, hina, dan tidak bermoral telah diberikan kepada Tuan oleh Bapa. Oleh itu, Tuan berbeban untuk pergi ke Samaria agar melakukan kehendak Bapa. Selepas itu, Dia memberitahu disipal-disipal-Nya, “Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyiapkan KkerjaNya” (4:34). Tuan pergi ke Samaria untuk melakukan kehendak Tuhan, iaitu untuk mencari perempuan Samaria yang tidak bermoral itu. Tuan mencarinya supaya dia dapat menjadi penyembah Bapa. Demi jiwa perempuan itu, berbaloi bagi Tuan pergi ke sana secara khusus.

    Dalam kedaulatan dan kearifan-Nya, Tuan menunggu perempuan itu di bawah matahari yang terik dan di kawasan lapang. Penyelamat tahu di mananya pendosa. Dia tahu keadaan sebenar pendosa. Tuan Yesus pergi ke perigi, mengutus semua disipal-Nya pergi dari tempat itu, duduk di tepi perigi, dan menunggu hingga perempuan itu muncul. Jika kamu mengimbas kembali penyelamatan kamu, kamu akan sedar bahawa sekurang-kurangnya pada tahap tertentu, prinsip yang sama ini beroperasi. Kamu tidak pergi ke syurga, Tuanlah yang datang kepada kamu. Dia pergi ke tempat kamu berada. Bukan kamu yang pergi berjumpa dengan Penyelamat, tetapi Penyelamat yang datang kepada kamu. Kita semua diselamatkan dengan cara ini. Ajaib betul! 

    Semasa Tuan Yesus menunggu pendosa itu datang, Dia haus. Justeru, dalam kes kedua ini, kita melihat Penyelamat yang haus dan pendosa yang haus. Kamu mungkin berfikir bahawa kamu adalah haus, namun kehausan kamu menandakan bahawa Penyelamat adalah haus. Penyelamat mendahagakan kita, kerana bagi Nya kita merupakan air yang menghilangkan kehausan. Adakah kamu sedar bahawa kamu adalah air yang menghilangkan kehausan Penyelamat? Penyelamat seolah-olah berkata, “Tidak ada apa-apa yang dapat memuaskan Aku melainkan engkau. Aku mempunyai berjuta-juta malaikat di syurga-syurga, tetapi tidak ada satu pun daripada mereka yang dapat memuaskan-Ku. Aku datang ke bumi untuk mencari air yang menghilangkan kehausan. Engkaulah air itu.” Kamu mungkin merendah diri dan berkata, “Tidak, Dialah air hidup saya. Bagaimanakah saya dapat menjadi air yang menghilangkan kehausan-Nya?” Walau bagaimanapun, Tuan memerlukan kamu kerana tanpa kamu Dia sama sekali tidak dapat dipuaskan. 

    Pada mulanya, Penyelamat dan pendosa adalah haus, dan Penyelamat juga lapar. Pendosa adalah haus dan keluar menimba air untuk memuaskan kehausannya. Penyelamat adalah lapar dan haus. Dia mengutus disipal-disipal pergi membeli makanan supaya Dia dapat makan dan Dia meminta air minuman daripada pendosa. Akhirnya, Penyelamat dan pendosa tidak minum atau makan apaapa pun, namun mereka berdua telah dipuaskan. Ajaib betul! Pendosa minum daripada Penyelamat, Penyelamat minum daripada pendosa, dan mereka berdua telah dipuaskan. Disipal-disipal berasa hairan. Apabila mereka pulang membawa makanan, mereka menggesa Dia makan, tetapi Dia berkata, “Aku mempunyai makanan untuk dimakan yang tidak kamu tahu” (4:32). Pendosa dipuaskan kerana air hidup Penyelamat, sementara Penyelamat dipuaskan kerana Dia melakukan kehendak Tuhan dengan memuaskan pendosa. Melakukan kehendak Tuhan untuk memuaskan pendosa ialah makanan Penyelamat. Oh, Tuan sebagai Penyelamat mendahagakan kamu dan saya! Pada suatu hari, Dia memperoleh kita dan Dia dipuaskan. 

    Hanya sejenis “air” yang dapat memuaskan orang buat selama-lamanya — Yesus Kristus. Kristus memuaskan kita pada hari ini, esok, dan buat selama-lamanya. Dia sentiasa baru dan sentiasa segar. Dia sentiasa memuaskan kita. Oleh itu, Tuan memberitahu perempuan Samaria itu bahawa barang siapa yang minum daripada air yang diberikan-Nya pasti tidak akan haus buat selamalamanya, kerana air itu akan menjadi mata air di dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi.

Mesej 16: Pertambahan Kristus dan Kristus Yang Tidak Terukur
Mesej 18: Keperluan Orang Yang Tidak Bermoral- Dipuaskan Hayat (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)