Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 16: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (3)
Mesej 15: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (2)
Mesej 17: Pengudusan Dalam Hayat
Mesej 16: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (3)
2021-05-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMBEBASAN ROH ITU DALAM ROH KITA (3)

Ayat-ayat Bible: Roma 8:7-11


Kajian-hayat: Mesej 16


Bacaan Bible:

Roma 8:11 Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.


Petikan Bacaan:

        Dalam Roma 7, kita mempunyai dosa yang huni secara dalaman sebagai faktor utama segala kesengsaraan. Haleluya! Dalam Roma 8, kita mempunyai Kristus yang huni secara dalaman sebagai faktor segala keberkatan.

        Jika Kristus bukan Roh itu, Dia tidak akan dapat menghuni kita secara dalaman. Dia haruslah Roh itu untuk menghuni kita secara dalaman. Dalam ayat 9 dan 10, kita mendapati tiga istilah sinonim yang digunakan secara bersilih ganti: “Roh Tuhan", "Roh Kristus”, dan "Kristus". Selain itu, ayat 11 merujuk kepada Roh yang menghuni secara dalaman. Sinonim-sinonim ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Kristus ialah Roh yang menghuni secara dalaman. Dia ialah "Roh hayat”, Dia ialah “Roh Tuhan" dan Dia juga “Roh Kristus” yang menghuni kita secara dalaman agar Dia dapat menyalurkan diri-Nya sebagai hayat kepada kita.

        Kristus bukan sahaja menyalurkan hayat kepada roh kita (ay. 10), malah juga kepada minda kita (ay. 6) dan kepada tubuh kita yang akan mati (ay. 11). Oleh itu, Kristus kini ialah hayat dalam Roh Kudus (ay. 2), hayat dalam roh kita (ay. 10), hayat dalam minda kita (ay. 6), dan hayat dalam tubuh kita yang akan mati (ay. 11). Kristus ialah hayat yang mempunyai kekayaan empat kali ganda. Dia begitu kaya. Dia menopang roh kita, membekali minda kita, bahkan menghidupkan tubuh kita yang akan matiKita semua harus melihat bahawa Kristus kita ialah Roh yang huni secara dalaman sebagai hayat yang mempunyai kekayaan empat kali ganda.

Tubuh Daging

        Roma 8:7 berkata, “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah permusuhan dengan Tuhan, disebabkan minda ini tidak tunduk kepada hukum Tuhan, dan tidak dapat tunduk." Ayat ini dengan tegasnya mengatakan bahawa tubuh daging kita tidak berharapan. Jika minda kita diletakkan pada tubuh daging, minda kita juga menjadi tidak berharapan. Apa-apa sahaja yang bersatu dengan tubuh daging tidak ada harapan. Jangan sangka bahawa kamu boleh menguduskan tubuh daging kamu. Hal ini tidak mungkin berlaku. Tubuh daging tidak mungkin dapat diperbaik. Tuhan telah membuat keputusan yang pasti bahawa tubuh daging harus ditamatkan kerana ia korup sama sekali. 

        Paulus mengatakan bahawa "minda diletakkan pada tubuh daging ialah permusuhan dengan Tuhan”. Tubuh daging ialah permusuhan dengan Tuhan, dan minda diletakkan padanya juga permusuhan dengan Tuhan. Minda yang diletakkan pada tubuh daging tidak tunduk kepada hukum Tuhan. Paulus meneruskan pemikiran ini dalam ayat 8 dengan berkata, "Dan mereka yang berada dalam tubuh daging tidak dapatdiperkenan Tuhan." Asalkan kita berada dalam tubuh daging, kita tidak dapat diperkenan Tuhan. Dalam ayat 7 dan 8, kita melihat empat butir: tubuh daging ialah permusuhan dengan Tuhan, tubuh daging tidak tunduk kepada hukum Tuhan, tubuh daging tidak dapat tunduk kepada hukum Tuhan, dan tubuh daging tidak dapat diperkenan Tuhan. Inilah keadaan tubuh daging.

Kristus Roh Itu yang Huni Secara Dalaman

        "Tetapi kamu bukan dalam tubuh daging, sebaliknya dalam roh, jika sesungguhnya Roh Tuhan huni dalam kamu. Namun, jika sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, dia bukan kepunyaan-Nya" (ay. 9). Banyak ayat dalam surat-surat bermula dengan perkataan "tetapi” yang mengagumkan. Haleluya untuk "tetapi”! Jangan sekali-kali mengatakan bahawa kamu mempunyai tubuh daging yang baik dan bahawa kamu berada dalam tubuh daging kamu yang baik. Kita tidak harus berada dalam tubuh daging, sebaliknya kita harus berada dalam roh. Roh ini menandakan roh insani yang berbaur dengan Roh Divin.

        Ada satu syarat untuk kita berada dalam roh. Syaratnya ialah Roh Tuhan huni dalam kita (ay. 9). Perkataan "huni" sebenarnya bermakna "berumah". Kita berada dalam roh sekiranya Roh Tuhan huni, berumah dalam kita. Walaupun kamu telah diselamatkan, kemungkinan Roh Tuhan masih belum lagi berumah dalam kamu. Ini menerangkan mengapa kamu masih tidak berada dalam roh. Walaupun Roh Tuhan berada dalam kamu, Dia tidak dapat berumah dalam kamu. Dia tetamu, bukan penghuni. Jika Roh Tuhan dapat berumah dalam kita, menetap dalam kita dengan memperoleh ruang yang cukup, maka kita akan berada dalam roh dan tidak berada dalam tubuh daging. 

Soalan-soalan Kajian:

1. Apakah kekayaan empat kali ganda yang disingkapkan dalam Roma 8? 

2. Seringkali dalam pengalaman rohani, kita seperti mencapai puncak yang tinggi dengan kenikmatan yang mendalam terhadap Tuan. Namun, tidak lama selepas itu, kita menemui kegagalan lagi. Melalui bacaan mesej ini, kongsikan pengalaman sedemikian dalam cahaya berkenaan tubuh daging dan Roh Tuhan yang huni secara dalaman.

Mesej 15: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (2)
Mesej 17: Pengudusan Dalam Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)