Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 15: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (2)
Mesej 14: Pembebasan Roh Itu Dalam Roh Kita (1)
Mesej 16: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (3)
Mesej 15: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (2)
2021-04-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMBEBASAN ROH ITU DALAM ROH KITA (2)

Ayat-ayat Bible: Roma 8:1-6


Kajian-hayat: Mesej 15


Bacaan Bible:

Roma 8:2 Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.

Roma 8:6 Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.

Petikan Bacaan:

            Dalam mesej ini, kita akan mula melihat Roma 8:1-6.

PEMBEBASAN HUKUM ROH HAYAT

Kini Tidak Ada Pengutukan

            Pada pengakhiran Roma 7 Paulus berseru, “Aku manusia yang sengsara! Siapakah yang akan menyelamatkan aku daripada tubuh kepunyaan maut ini?” (ay.24). Paulus memulakan bab lapan dengan berkata, “Jadi sekarang, tidak ada pengutukan terhadap mereka yang berada dalam Kristus Yesus” (ay.1). Dalam buku Roma terdapat dua jenis pengutukan: pengutukan luaran yang objektif dan pengutukan dalaman yang subjektif. Pengutukan luaran diselesaikan sepenuhnya melalui darah penebusan Kristus.

            Pengutukan dalaman yang subjektif ditemui dalam bab tujuh. Apabila Paulus meratap, “Aku manusia yang sengsara,” dia bukan mengalami pengutukan Tuhan, tetapi mengalami pengutukan yang datang daripada dirinya, yakni pengutukan diri oleh orang yang cuba mematuhi hukum. Jika kamu seorang yang bersikap acuh tak acuh, tidak pernah cuba menjadi baik, kamu tidak akan mengalami pengutukan dalaman. Akan tetapi, jika kamu berkata, “Aku mesti jadi betul dan sempurna,” kamu akan dikutuk oleh diri sendiri. Semakin kamu cuba memperbaiki diri kamu, semakin kamu berada di bawah pengutukan diri. Pengutukan ini bukan datang daripada Tuhan. Tuhan akan berkata, “Anak yang jahil, Aku tidak mahu kamu mengalami pengutukan sedemikian. Kamu sendiri yang mencari masalah.”

            Pada penghujung bab tujuh, selepas Paulus berseru dalam kesengsaraan, dia mengisytiharkan dalam kemenangan, “Sekarang, tidak ada pengutukan terhadap mereka yang berada dalam Kristus Yesus.”

Pembebasan Hukum Roh Hayat

            Hukum yang membebaskan kita ini mempunyai potensi yang terbesar berbanding dengan mana-mana hukum. Walaupun di luar kita terdapat hukum Tuhan yang menuntut, dalam minda kita terdapat hukum kebaikan yang bersetuju dengan hukum Tuhan, dan dalam tubuh kita terdapat hukum dosa yang berperang menewaskan hukum kebaikan, namun kita harus memuji Tuan kerana dalam roh kita terdapat hukum Roh hayat. Hukum ini berada dalam kita dan membebaskan kita.

            Bagaimanakah hukum Roh hayat membebaskan kita? Ia membebaskan kita dengan cara yang “hebat”. Menurut kaedah peperangan zaman kuno, jika sesetengah tentera dikepung oleh pasukan musuh, mereka perlu menyerang untuk merempuh keluar. Akan tetapi, dalam peperangan zaman moden, tidak ada keperluan sedemikian; kita ada jalan naik ke atas. Kita boleh berkata kepada Syaitan, “Syaitan, kamu lebih berkuasa berbanding dengan saya. Tetapi tidak tahukah kamu bahawa saya mempunyai Tuhan yang ajaib, yang berada dalam roh saya dan di syurga-syurga? Syaitan, saya tidak perlu merempuh keluar. Saya hanya berkata, ‘Puji Tuan’, saya sudah berada di syurga ketiga. Syaitan, kamu dan tentera kamu yang menyerang berada di bawah kaki saya, dan saya adalah bebas.”

Minda Ialah Kunci

            Kita akan menyimpulkan dengan 8:6, “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.” Minda yang sendirinya tidak berupaya mematuhi hukum Tuhan boleh menjadi minda hayat dan damai sejahtera apabila minda ini diletakkan pada roh.

            Ini bukan teori; perkara ini berkesan dari segi amalan. Jika kamu mengamalkannya, kamu sendiri akan mengesahkannya. Paulus menulis Roma 8 bukan menurut teori, tetapi menurut pengalamannya. Hukum mudah digenapi secara spontan. Sebenarnya bahkan kita tidak perlu melakukannya sendiri, kerana hukum itu akan digenapi dalam kita secara spontan dan tanpa disedari. Walaupun kita tidak berniat untuk menggenapi hukum itu, kita mendapati bahawa hukum telah digenapi. Kamu mungkin tidak berniat hendak mengasihi isteri kamu, namun kamu mengasihinya tanpa disedari. Inilah penggenapan tuntutan hukum secara spontan dan automatik dengan meletakkan minda pada roh.

Soalan-soalan Kajian:

1. Bagaimanakah hukum Roh hayat membebaskan kita? (Sila rujuk KH Roma, Mes. 15, ms. 199-201)

2. Doa-baca Roma 8:6. Kongsikan dengan teman rohani anda tentang pengalaman terhadap ayat ini. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 15, ms. 207-209)

Mesej 14: Pembebasan Roh Itu Dalam Roh Kita (1)
Mesej 16: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)