Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 14: Pembebasan Roh Itu Dalam Roh Kita (1)
Mesej 13: Pembelengguan Hukum Dalam Tubuh Daging Kita (2)
Mesej 15: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (2)
Mesej 14: Pembebasan Roh Itu Dalam Roh Kita (1)
2021-04-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PEMBEBASAN ROH ITU DALAM ROH KITA (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 7:25-8:2

Kajian-hayat: Mesej 14

Bacaan Bible: 

Roma 8:1-2 Jadi sekarang, tidak ada pengutukan terhadap mereka yang berada dalam Kristus Yesus. Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut. 

Petikan Bacaan: 

Roh Hayat

    Sebelum kita berbicara tentang Roma 8, kita perlu melihat satu istilah yang mulia dan ajaib dalam 8:2--"Roh hayat". Istilah ini hanya digunakan sekali dalam seluruh Bible. Dalam buku Roma, istilah "Roh hayat" tidak diwahikan sehingga 8:2. Enam bab pertama buku Roma banyak kali berbicara tentang hayat divin. Hayat ialah matlamat penyelamatan Tuhan. Walaupun bab-bab buku Roma yang disebut di atas mengata kan bahawa kita harus diselamatkan, meraja, bergerak-hidup, dan dikuduskan dalam hayat, namun Paulus masih belum memberitahu kita bagaimana kita dapat melakukan hal-hal ini.Sekarang, dalam Roma 8:2, dia tiba-tiba menggabungkan hayat dengan Roh itu dalam frasa "Roh hayat". Haleluya! Jalan untuk beroleh hayat ialah Roh itu. Jalan untuk diselamatkan dalam hayat-Nya ialah Roh itu. Jalan untuk meraja dalam hayat ialah Roh itu, Jalan untuk bergerak-hidup dalam kebaruan hayat ialah Roh itu. Jalan untuk dikuduskan dalam hayat ialah Roh itu. Roh itu ialah jalannya. Oleh itu, cara untuk mengalami hayat yang divin, abadi, dan tidak tercipta ini adalah melalui Roh itu. Dengan ini, kita dapat melihat hubungan antara Roma 8 dengan bab-bab yang sebelumnya.

Hayat Empat Kali Ganda

    Hayat yang disebut buat kali pertama dalam bab 8 berhubung dengan Roh Kudus, kali kedua berkaitan dengan minda kita, kali ketiga berhubung dengan roh kita, dan kali keempat berkenaan tubuh kita. Roma 8 menyingkapkan hayat empat kali ganda. Mula-mula, hayat ialah Roh itu. Kemudian, Roh itu masuk ke dalam roh kita untuk menjadikan roh kita hayat. Seterusnya, Roh itu menyebar dari roh kita ke dalam minda kita untuk menjadikan minda kita hayat. Bahkan Roh itu menyalurkan hayat ini ke dalam tubuh kita yang akan mati untuk menjadikan tubuh dosa ini tubuh hayat. Kita mempunyai hayat empat kali ganda. Fokus bagi semua ini ialah Roh Kudus yang menghuni roh kita secara dalaman. Hayat ini menyebar dari roh kita ke dalam minda kita dan meliputi seluruh sukma kita, bahkan mencapai semua anggota tubuh kita. Akhirnya, seluruh diri kita akan dipenuhi hayat dan kita akan menjadi orang kepunyaan hayat!

Hukum Roh Hayat

    Dalam Roma 8, kita bukan sahaja mempunyai Roh hayat, tetapi juga hukum Roh hayat. Dalam Roma 7, dia membicarakan tiga hukum: hukum Tuhan, hukum kebaikan, dan hukum dosa. Paulus menunjukkan kepada kita bahawa di luar kita terdapat hukum Tuhan berserta tuntutannya, dalam sukma kita terdapat hukum kebaikan yang bergerak balas terhadap hukum Tuhan, dan dalam anggota tubuh kita terdapat satu lagi hukum yang berperang menentang hukum kebaikan dalam sukma kita. Paulus pernah memberitahu kita bahawa hukum dalam minda kita adalah lemah dan tidak berdaya, tetapi hukum dalam anggota kita adalah penuh daya dan penuh kekuatan. Paulus berkata, "Tetapi jika apa yang tidak ku ingini, ini aku lakukan, maka bukan lagi aku yang mengerjahasilkannya tetapi dosa yang huni dalam aku” (7:20). Siapakah dosa ini? Dosa ini ialah Syaitan. Syaitan lebih kuat daripada mana-mana satu manusia. Jika kamu cuba mematuhi hukum Tuhan, akibatnya ialah, “Aku manusia yang sengsara! Siapakah yang akan menyelamatkan aku daripada tubuh kepunyaan maut ini?" Namun Haleluya, terdapat Seorang yang lebih kuat daripada raksasa yang jahat ini!

    Selepas Roma 7 adanya Roma 8; bab ini membicarakan hukum Roh hayat. Hukum ini bukan hukum Tuhan ataupun hukum kebaikan dalam minda kita, tetapi hukum Roh hayat. Roma 8:2 mewahikan bahawa Tuhan telah menjadi Roh hayat. Kita boleh mengatakan bahawa Roh hayat dalam ayat ini menandakan Tuhan yang terproses. Tuhan dalam Kristus telah melalui suatu proses yang panjang- proses inkarnasi, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Dia ialah Roh hayat yang dapat diterima dengan mudah sekali.

    Dalam Roh hayat ini terdapat satu hukum. Hukum ini bukan hukum Tuhan yang "mentah” berserta tuntutannya. Hukum ini ialah hukum Tuhan yang terproses, hukum Roh hayat berserta bekalannya. Puji Tuan, bersama dengan Tuhan yang terproses adanya hukum Roh hayat! Hukum ini ialah prinsip, kudrat, dan kekuatan Tuhan yang terproses. Kita semua harus bersorak, "Haleluya!”, kerana hukum ini yang merupakan kudrat divin yang spontan, bukan di luar kita tetapi dalam roh kita. Hukum Tuhan yang terproses berada dalam roh kita. Apakah yang terdapat dalam hukum ini? Apakah esens hukum ini? Apakah elemennya? Elemen hukum Roh hayat ialah Roh Divin dan hayat abadi. Oleh itu, hukum ini penuh kudrat dan dinamik, dan kudratnya adalah spontan. Hukum sedemikian berada dalam roh kita. Segala keperluan kita berada dalam Roh itu!

Soalan-soalan Kajian: 

1. Bagaimana kita mengaitkan hayat dalam enam bab pertama dengan Roh yang disebut dalam Roma 8 menurut pengalaman? 

2. Apakah perbezaan di antara Roh Tuhan dalam Roma 7 dengan Roh hayat dalam Roma 8? Apakah yang dimaksudkan Tuhan "mentah" dan Tuhan "terproses"? 

Mesej 13: Pembelengguan Hukum Dalam Tubuh Daging Kita (2)
Mesej 15: Pembebasan Roh itu Dalam Roh Kita (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)