Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 14: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (1)
Mesej 12 & 13: Tujuan Hayat
Mesej 15: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (2)
Mesej 14: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (1)
2022-02-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KEPERLUAN ORANG YANG BERMORAL - DILAHIRUKAN HAYAT (1)

Ayat-ayat Bible: Yoh. 2:23—3:13

Kajian-hayat: Mesej 8

Bacaan Bible:

Yohanes 3:3 Yesus menjawab dan berkata kepadanya, Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Melainkan seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kingdom Tuhan. 

Petikan Bacaan: 

Bermula dari bab tiga hingga bab sebelas, Yohanes memilih sembilan keadaan manusia untuk menggambarkan bagaimana Tuan sebagai hayat dapat dan masih dapat memenuhi keperluan setiap keadaan manusia. 

KELAHIRUAN SEBAGAI PRASYARAT BAGI PENYELAMATAN PENUH 

Kes pertama, iaitu kes Nikodemus, adalah kes berkenaan kelahiruan. Nikodemus merupakan seorang yang mempunyai taraf tertinggi. Dia seorang yang bertaraf tinggi, berpencapaian tinggi, dan bermoral. 

Semasa Nikodemus datang berjumpa dengan Tuan Yesus, Tuan mengambil peluang itu untuk mewahikan keperluan sebenar manusia. Semasa berbual dengan Nikodemus, Tuan mewahikan bahawa tidak kira betapa baiknya kita, kita masih memerlukan kelahiruan. Kelahiruan adalah keperluan pertama manusia. Baik orang yang bermoral mahupun orang yang tidak bermoral memerlukan kelahiruan. Banyak orang Kristian berpegang pada konsep yang salah, iaitu manusia memerlukan kelahiruan kerana mereka sudah jatuh. Namun begitu, meskipun manusia tidak pernah jatuh, dia masih memerlukan kelahiruan. Sekalipun Adam tidak jatuh, dia masih memerlukan kelahiruan. Inilah sebabnya Tuhan meletakkan dia di hadapan pohon hayat. Jika Adam makan daripada pohon hayat, dia pasti sudah dilahirukan. 

Konsep Manusia dan Konsep Agama yang Salah — Memerlukan Ajaran yang Lebih Baik untuk Memperbaiki Manusia 

Disebabkan budaya manusia dan agama Yahudi, Nikodemus beranggapan bahawa manusia perlu berkelakuan baik. Memandangkan manusia perlu berkelakuan baik dan menyembah Tuhan dengan cara yang wajar, maka manusia memerlukan banyak ajaran. Namun, jawapan Tuan dalam ayat seterusnya menyingkapkan kepadanya bahawa dia perlu dilahirkan semula. 

Jawapan Tuan kepada Nikodemus menanggulangi konsep manusia, konsep tradisional, dan konsep keagamaannya. Tuan seolah-olah memberitahu Nikodemus, “Nikodemus, apa yang kamu perlukan bukanlah ajaran, tetapi satu lagi hayat.” 

Keperluan Manusia yang Sebenar — Dilahirkan Semula 

1. Bukan Masuk ke dalam Rahim Ibu dan Dilahirkan Sekali Lagi

Apabila Nikodemus dengar bahawa dia perlu dilahirkan semula, dia menyangka bahawa ini bererti dia perlu masuk semula ke dalam rahim ibunya dan keluar sekali lagi. Dia salah faham terhadap kata-kata Tuan. Kemudian, Tuan Yesus mengatakan bahawa yang dilahirkan daripada tubuh daging ialah tubuh daging. Dia seolah-olah berkata kepada Nikodemus, “Tidak kira berapa banyak kali kamu masuk semula ke dalam rahim ibumu dan keluar sekali lagi, kamu tetap ialah tubuh daging. Yang dilahirkan daripada tubuh daging ialah tubuh daging. Nikodemus, usah mengatakan bahawa kamu tidak dapat masuk semula ke dalam rahim ibumu dan dilahirkan sekali lagi, kerana sekalipun kamu dapat melakukannya, kamu tetaplah sama. Meskipun kamu dapat dilahirkan semula dengan cara itu dan menjadi muda sekali lagi, selepas enam puluh atau tujuh puluh tahun, kamu tetap sama seperti sekarang. Kamu tidak memerlukan kelahiran semula yang sedemikian.” Nikodemus bukan memerlukan satu lagi kelahiran dari segi masa, tetapi satu lagi kelahiran dari segi sifat. 

2. Tetapi Dilahirkan daripada Air dan Roh Itu

“Yesus menjawab, Sesungguh-sungguhnya Aku beritahu kamu, melainkan seseorang dilahirkan daripada air dan Roh itu, dia tidak dapat masuk ke dalam kingdom Tuhan.” Kata-kata “daripada air dan Roh itu” sepatutnya jelas bagi Nikodemus tanpa memerlukan apa-apa penjelasan lagi. Memandangkan kata-kata yang sama dibicarakan oleh Yohanes Pembaptis kepada orang Farisi dalam Matius 3:11, kata-kata ini sepatutnya difahami sepenuhnya dalam kalangan orang Farisi. Yohanes memberitahu mereka bahawa dia membaptis di dalam air, tetapi Seorang lagi akan datang untuk membaptis dengan Roh. Sekarang Nikodemus, salah seorang Farisi, sedang berbual dengan Tuan, dan Tuan membicarakan kata-kata yang biasa didengarnya ini kepadanya, iaitu dilahirkan daripada air dan Roh itu.

Air ialah tanda utama ministri Yohanes Pembaptis, iaitu untuk mengebumikan dan menamatkan manusia kepunyaan ciptaan lama. Dalam ministrinya, Yohanes Pembaptis datang membaptis orang dengan air. Dia memberitahu orang bahawa mereka perlu bertaubat dan sedar bahawa mereka adalah jatuh dan tidak ada gunanya lagi melainkan dikebumikan. Setiap orang yang mendengar pemberitaan Yohanes dan bertaubat itu dibaptis di dalam air. Ini membawa maksud bahawa, sebagai manusia jatuh kepunyaan ciptaan lama, mereka ditamatkan. Inilah ministri Yohanes. Di samping itu, Yohanes memberitahu orang bahawa ministrinya adalah untuk menistri Tuan Yesus. Sebagaimana air adalah tanda utama ministri Yohanes Pembaptis, Roh itu adalah makna utama ministri Yesus, iaitu untuk mencambahkan manusia dalam ciptaan baru. 

Untuk menerima penyelamatan, kita memerlukan pertaubatan dan juga iktikad. Bertaubat bererti menerima ministri Yohanes, dan percaya bererti menerima ministri Tuan Yesus. Inilah kelahiruan. 

Mesej 12 & 13: Tujuan Hayat
Mesej 15: Keperluan Orang yang Bermoral- Dilahirukan Hayat (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)