Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (156)
Menjadi Pejayeng- Saksi-saksi Tuhan untuk Mengekalkan Kesaksian-Nya
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (157)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (156)
2020-10-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Yer. 9:17-19   Beginilah Yehova ribuan tentera bersabda, Perhatikanlah, dan panggillah perempuan yang meratap itu datang, dan utuslah orang untuk memanggil perempuan yang mahir itu datang; biarlah mereka bergegas dan mengungkapkan ratapan bagi kita, supaya mata kita mencucurkan air mata dan kelopak mata kita mencurahkan air. Kerana suara ratapan kedengaran dari Zion: Betapa kita sudah binasa! Kita diaibkan sepenuhnya!…

[Dalam Yeremia 9:17-19] Yehova mencadangkan perempuan yang meratap itu, perempuan yang mahir itu, datang dan mengungkapkan ratapan “bagi kita”. Dalam ayat-ayat ini, perkataan kita menunjukkan bahawa Yehova menggabungkan diri-Nya dengan umat yang menderita dan bersatu dengan mereka dalam penderitaan mereka. Tuhan yang bersimpati yang menghukum itu juga berada dalam kalangan umat-Nya yang dihukum.…Akhirnya, mereka yang meratap bukan sahaja mengungkapkan ratapan untuk Israel tetapi juga untuk Yehova. Yehova sendiri menangis kerana bersimpati terhadap umat-Nya. Dia seumpama ibu yang menangis bersama dengan anaknya sambil memukul anaknya. 

Buku Yeremia mempunyai sifat dan pendirian yang tersendiri berkenaan kelembutan hati Tuhan dan keadilbenaran Tuhan. Tuhan kita ialah Tuhan yang berhati lembut, dan Dia adilbenar secara mutlak. Dia penuh dengan belas kasihan, simpati, dan jagaan yang halus. 

Buku ini juga merupakan sebuah autobiografi; Yeremia memberitahu kita berkenaan keadaannya, orangnya, dan perasaannya, dengan menunjukkan hatinya yang lembut. Yehova ialah Tuhan yang berhati lembut, dan Yeremia sama sekali satu dengan Tuhan dalam hal ini.…Yeremia mewakili Tuhan semasa dia menangis. Oleh itu, Tuhan dapat menggunakan seorang penyabda seperti Yeremia untuk mengekspresikan-Nya, berbicara untuk-Nya, dan mewakili-Nya di bumi.

Menurut buku Yeremia, kasih Tuhan terdiri daripada jagaan-Nya yang halus, belas kasihan, dan simpati-Nya. Biarpun semasa Dia mendisiplinkan umat pilihan-Nya Israel, Dia berbelas kasihan terhadap mereka. Berkenaan hal ini, Tuhan seumpama bapa yang menangis ketika dia mendisiplinkan anaknya kerana dia mengasihi anaknya.…Yeremia menangis bagi pihak Tuhan; tangisannya menyatakan perasaan Tuhan. Kita boleh mengatakan bahawa Tuhan menangis dalam tangisan Yeremia, kerana dalam tangisannya Yeremia menjadi satu dengan Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 1, Hari 3.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Menjadi Pejayeng- Saksi-saksi Tuhan untuk Mengekalkan Kesaksian-Nya
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (157)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)