Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Menerima Mahkota Keadilbenaran sebagai Ganjaran
Memalingkan Tumpuan kepada Yesus dalam Perlumbaan
Harapan Kita dalam Tuan yang akan Datang
Menerima Mahkota Keadilbenaran sebagai Ganjaran
2021-02-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (284)

    Bacaan Bible:

2 Tim. 4:1   Aku mengarahkan kamu dengan takzim di hadapan Tuhan dan Kristus Yesus…dan melalui penampilan diri-Nya dan kingdom-Nya.

2 Tim. 4:8   …Tersedia bagiku mahkota keadilbenaran yang akan diganjarkan Tuan, iaitu Hakim adilbenar, kepadaku pada hari itu, dan bukan aku sahaja tetapi juga semua yang mengasihi penampilan diri-Nya. 

2 Tim. 4:18   Tuan…akan menyelamatkan aku ke dalam kingdom syurgawi-Nya; kepada-Nya diberi kemuliaan buat selama-lamanya... 


Sabda Ministri:

Mengasihi penampilan Tuan dan mengasihi Tuan sendiri tidak dapat dipisahkan. Jika kita benar-benar mengasihi Tuan, kita akan mengasihi penampilan-Nya. Semua orang yang mengasihi Tuan dan meninggalkan segala-gala demi Tuan juga mengasihi penampilan-Nya, agar mereka dapat menerima ganjaran-Nya; orang yang tidak mengasihi Tuan, tetapi mengasihi dunia dan mengasihi dosa, gentar akan kedatangan Tuan. Oleh itu, mengasihi penampilan Tuan ialah bukti bahawa kita mengasihi Tuan dan hidup untuk-Nya hari ini; dengan demikian, ini juga menjadi satu syarat bagi kita menerima ganjaran-Nya.

Mahkota keadilbenaran yang diyakini Paulus ialah insentif kepada penginokulasi. Jika kita setia kepada sabda kebenaran yang sihat dan jika kita ialah penginokulasi yang setia untuk mendispenkan ramuan inokulasi divin [yang menentang kemunduran gereja] ke dalam orang Kristian hari ini agar mereka dapat kembali kepada pengetahuan penuh terhadap kebenaran, ganjaran ini akan diberi kepada kita semasa penampilan Tuan. Ini bermaksud bahawa jika kita setia kepada ministri Tuan, kita akan menerima mahkota keadilbenaran sebagai ganjaran kita. 

Terdapat banyak perbincangan dalam kalangan orang Kristian hari ini tentang kedatangan kedua Tuan. Namun tidak banyak percayawan yang menyedari bahawa apabila Tuan Yesus datang kembali, Dia tidak akan datang sebagai Tuhan yang penuh rahmat atau Penyelamat yang penuh kurnia, tetapi sebagai Hakim yang adilbenar. Orang Kristian harus diperingatkan dan digalakkan bagi bersiap sedia untuk berdiri di hadapan Hakim ini. Saya berharap agar banyak orang dalam kalangan kita akan memikul beban pada zaman kegelapan untuk membawa amaran yang takzim ini kepada umat Tuan. Kita semua perlu menerima amanat ini di hadapan Tuhan dan di hadapan Tuan Yesus, Dia yang akan menghakimi yang hidup dan yang mati. Kita harus mengisytiharkan hakikat bahawa apabila Tuan kembali, Dia akan menjadi Hakim bagi semua, kepada percayawan dan orang yang tidak percaya. Menurut Matius 25, semua hamba Tuan harus menyelesaikan akaun dengan-Nya. Tuan sama ada akan berkata, “Bagus, abdi yang baik dan setia” (ay. 21), atau, “Abdi yang jahat lagi malas” (ay. 26). Dalam keadilbenaran-Nya, Tuan akan memutuskan sama ada kita akan menerima ganjaran atau tidak.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 7, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Memalingkan Tumpuan kepada Yesus dalam Perlumbaan
Harapan Kita dalam Tuan yang akan Datang
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)