Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Harapan Kita dalam Tuan yang akan Datang
Menerima Mahkota Keadilbenaran sebagai Ganjaran
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (286)
Harapan Kita dalam Tuan yang akan Datang
2021-02-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (285)

Bacaan Bible:

1 Tes. 1:10   Serta menantikan Anak-Nya dari syurga-syurga, iaitu Yesus yang dibangkitkan-Nya daripada yang mati, yang menyelamatkan kita daripada kemurkaan yang akan datang. 

Wahi 22:20   Dia yang bersaksi tentang hal-hal ini berkata, Ya, Aku datang segera. Amen. Datanglah, Tuan Yesus!

Beban saya ialah hal ini: Semasa para dutus menulis Wasiat Baru, bagi mereka Tuan akan datang tidak lama lagi. Oleh itu, ajaran dalam Wasiat Baru menunjukkan kepada kita bahawa kehidupan mereka adalah dalam persiapan untuk perkembalian Tuan. Situasi ini sama seperti sesetengah saudara mara yang telah lama berpisah dan akan kembali tidak lama lagi. Seisi keluarga bersiap sedia untuk mengalu-alukan mereka. Ini juga seperti seorang gadis menanti untuk berkahwin, yang mengetahui hari perkahwinannya dan menanti dengan sepenuh hati untuk ketibaan hari itu....Setiap bab dalam 1 Tesalonika disimpulkan dengan perkembalian Tuan. Daripada ini, kita dapat melihat bahawa Paulus ialah seorang yang mengasihi penampilan Tuan (2 Tim. 4:8). Kita juga haruslah bersikap sebegini.

Memandangkan kita mengasihi penampilan Tuan, kita harus menunggu kedatangan-Nya dengan bersungguh-sungguh (Flp. 3:20; 1 Tes. 1:10). Oleh itu, masa depan kita terletak pada-Nya. Kehidupan kita harus menunjukkan bahawa kita tidak mempunyai harapan lain di bumi ini. Harapan kita adalah dalam Tuan yang akan datang. Dia ialah takdir abadi kita. Dalam 1 Korintus 7, Paulus berkata, “…Masa telah disingkatkan. Mulai sekarang, mereka yang beristeri harus seolah-olah tidak beristeri; mereka yang menangis seolah-olah tidak menangis; mereka yang girang seolah-olah tidak girang; mereka yang membeli seolah-olah tidak memiliki apa-apa, dan mereka yang menggunakan benda-benda di dunia seolah-olah tidak menyalahgunakannya; kerana gaya dunia ini sedang berlalu” (ay. 29-31). Kristus ialah harapan sebenar kita. 

Kita boleh menyatakan hasrat kita terhadap perkembalian Tuan dalam doa kepada-Nya dengan berseru, “Datanglah, Tuan Yesus!” (Wahi 22:20). Kita harus sentiasa berseru untuk perkembalian-Nya. Ini menjadi respons kita terhadap perkembalian-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 7, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Menerima Mahkota Keadilbenaran sebagai Ganjaran
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (286)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)