Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Memalingkan Tumpuan kepada Yesus dalam Perlumbaan
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (282)
Menerima Mahkota Keadilbenaran sebagai Ganjaran
Memalingkan Tumpuan kepada Yesus dalam Perlumbaan
2021-02-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (283)

Bacaan Bible:

Ibr. 12:2   Dengan memalingkan tumpuan kepada Yesus, iaitu Pengasas dan Penyempurna iktikad kita; demi keriangan yang terletak di hadapan-Nya, Dia bersabar-tahan terhadap salib, memandang ringan akan kehinaan itu, dan duduk di sebelah kanan takhta Tuhan. 

Mzm. 27:4   Seperkara yang telah aku mohon daripada Yehova; itulah yang pasti aku cari, yakni mendiami rumah Yehova seumur hidupku, untuk menatap keindahan Yehova, dan memohon dalam bait-Nya. 

Semoga kita semua menjadi orang yang berlari dalam perlumbaan...sehingga pengakhiran. Sekalipun jika kita dilukai, disinggung, disalah fahami, dan ditolak semasa berlari, kita masih perlu bergirang dan berlari dalam perlumbaan tanpa penat demi Tuan Yesus. Siapakah yang menerima paling banyak pujian dalam satu perlumbaan? Orang yang terluka, yang bangun semula, dan yang akhirnya memenangi tempat pertama....Dilukai dan menderita bukanlah satu masalah; malah gagal juga bukan satu masalah....Hari ini kita semua berada dalam perlumbaan. Tidak ada apa-apa yang diambil kira pada hari ini; segala-galanya akan menerima penghakiman muktamad pada pengakhiran perlumbaan. Kita tidak harus berputus asa, berasa letih, atau patah semangat atas apa jua alasan. Kita harus memandang kepada Yesus, Pengasas dan Penyempurna iktikad kita dan berlari dalam perlumbaan yang ditetapkan di hadapan kita!

Dalam Ibrani 12:2, Paulus memberitahu percayawan Ibrani agar memalingkan tumpuan kepada Yesus, iaitu Pengasas dan Penyempurna iktikad. Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai “memalingkan tumpuan kepada” bermakna memandang dengan perhatian yang tidak terbahagi dengan berpaling daripada segala objek yang lain....Percayawan Ibrani harus memalingkan tumpuan daripada segala sesuatu dalam situasi mereka, daripada agama lama mereka dan penindasannya, serta daripada segala hal bumiah supaya mereka dapat menumpu pada Yesus yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Tuhan di syurga-syurga. Dalam surat-surat Paulus yang lain, dia menyampaikan kepada kita terutamanya Kristus yang huni dalam roh kita (Roma 8:10; 2 Tim. 4:22) sebagai Roh beri-hayat (1 Kor. 15:45) untuk menjadi hayat dan segala-gala kita. Namun dalam buku Ibrani, dia mengarahkan kita terutamanya kepada Kristus yang telah duduk di syurga dan yang mempunyai begitu banyak aspek, supaya Dia dapat menjaga kita dalam segala hal. 

Dalam surat-surat Paulus yang lain, Kristus yang huni secara dalaman berlawanan dengan tubuh daging, diri, dan manusia alamiah kita. Dalam buku ini, Kristus di syurga berlawanan dengan agama di bumi dan segala hal di bumi. Bagi mengalami Kristus yang huni secara dalaman, kita perlu berpaling kepada roh kita dan menghubungi-Nya. Untuk menikmati Kristus di syurga, kita perlu memalingkan tumpuan daripada segala sesuatu di bumi kepada Dia yang telah duduk di sebelah kanan takhta Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 7, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (282)
Menerima Mahkota Keadilbenaran sebagai Ganjaran
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)